life is beautiful

life is beautiful

Thursday, February 06, 2014

Dataran Shah Alam

Kau orang CNY hari tu  balik kampung kan, kami pon balik kampung gak tapi kampung kat SA. Metropolitan gitu. Kampung batu bak kata mak den. Ahahaha. Aktiviti takde pegi mana sebab ahad tu kan aku ada appointmnet scan baby. So semua dah stuck. Nak balik sban macam tergantung pasal daddy isnin tak cuti. So lets habiskan masa kat SA. Lagi satu sepanjang kawin, family kitaorang tak penah tido sana. Never ok. Gigih balik rumah sendiri walaupon dah malam buta. Pasal apa aku pon tak tahu. Maybe selesa tido kat rumah sendiri plus rumah sekangkang kera je. KL dgn SA bukan jauh sangat. Boleh balik hari hari. Tapi takda makna nak balik ulang alik hari hari. Letih. Hihihi.

So malam cny kami lepak dataran. Memang hajat dah lama sangat nak bawak anak bujang tu lepak sana. Saja, main bola, lari2, main belon. Bonding time with sepupu sepapat. Walaupunnnn anak bujang tu la yang  paling kocik antara mereka. Cucu bongsu lah katekan (buat masa ni).

Shine bright like a diamond sangat. 
Peginya lepas maghrib. Dapat la dengar sipi sipi imam tengah bagi ceramah. Imam ke? Entah.




Boleh tak dia ni merajuk, pastu lari dok kat hujung. 
Dengan harapan ada orang seek and find. 
Feeling abang sangat tau. Eeee geram.
Sebenarnya dia tengah cari daddy. 
Daddy diam diam lariks nak cari mainan yang beapi tu.
Budak ni kan anak daddy.
Pantang daddy takde depan mata, mencarik.





Daddy nak. Nak daddy, nakkkk.
Nasib la ko budak kecik. 


Happening sangat dataran SA malam minggu gini. Sesuai nak bawak anak menikmati suasana malam. Takde kelua duit seseng pon. Eceh. Ada satu family tu siap main badminton lagi. Oklah tu, beriadah katanya. Family bonding sangat. Hahahaha. Ni kalau anak anak dah besa tentu seronots. Sambil kau lepak tengok bulan sambil monitor anak main kat padang. Padang ni luas hokay. So kalau nak rest and relaks tu pegi la pilih port yang tak ramai orang. Tapi jaga jaga! Jangan buat maksiat sudeh.

Aku suka environment kat SA sebab ada banyak tempat awam utk kau bawak anak jalan jalan sebab aku and daddy tak suka pegi tempat yang ramai orang. Bukan tak suka, boleh je nak pegi tapi kalau boleh time pegi tu kena pegi time orang tak ramai. Gitu. Faham tak? Dah tua tua ni rasa nak relaks la sikit. Hihihi eee tolong la.

Nasib rumah kat SA ni mahal ya amat. Kalau tidak, iolls dah menetap kat sini je. Maklumla, selera laki bini besor. Nak rumah banglo yang ada tanah luas depan belakang kiri kanan yang boleh buat wakaf disamping boleh tanam pokok dan boleh tgk anak bermain diwaktu petang. Kakhkahkah.

Kbai!





2 comments:

Sheila Mutalib said...

Aktiviti bl dok bandor.. ni la port nyer.. nak g shopping complex dah jemu..

si peri peri said...

kannnn, shopping mall ramai org, anak suka berlari sakan. kang jap lagi tah mana hala dia redah. ohh cannot.