life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 11, 2014

Dugaan



Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,

Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah--

Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan, terpisah--

Jika ditakdirkan kalian ke syurga--
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah--
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan.
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..? 
Nauzubillah--

Justeru, wahai isteri,


Cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah, 
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung, 
Rindu mampu ditangani, 
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...



Lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.
Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu. 
CINTALAH berpada-pada.



On fb, saja stalker kawan kawan then, terbukak wall kawan ni.
Dapat tahu, suami dia baru meninggal.
Innalillah.
Speechless.
Dulu,
tunang dia meninggal beberapa minggu sebelum pernikahan mereka.
Accident.
And now,
baru nak mengecapi nikmat perkahwinan, suami pulak dijemput ilahi.
Sungguh berat dugaan yang dia tanggung.
Walaupon aku tak berapa nak rapat dengan dia sebab dia radio, aku tv.
Tapi,
aku amik tahu jugakla sebab dia satu batch dgn aku.
Saing masuk sama sama. Pernah dia offer aku tumpang bilik sewa dia time first day lapor diri.
Entahkan dia ingat atau tak. Wallahualam.
Tapi aku tahu,
Allah takkan duga hambanya melainkan Dia tahu yang hambanya mampu utk menghadapi dugaan tersebut.
Aku harap dia tabah.
Walaupun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kita bukan kat tempat dia ok.





No comments: