life is beautiful

life is beautiful

Thursday, February 06, 2014

Evening Sickness??

Selasa hari tu tah kenapa angin takde ribut takde, tiba tiba aku muntah muntah, badan berangin siap cirits birits dah macam simptom perempuan mengandung trimester pertama. Gila la. Balik keja naik rumah terus melepek. Kemudian muntah. Dan muntah lagi sampai dah kelua air apa je.  Satu malam tu badan tak sedap. Tetengah malam bangun cirits, sampai aku dok tido kat sofa, kemudian bawak tido kat lantai. Hazabedah sungguh.

Nasib la daddy free and easy so dia jela yg take over anak. Aku dah macam apa dah. Lemah segala sendi. Makan pon tak lalu padahal daddy siap tapaukan grill steak lagi. Baby dalam perut lagi la. Sebab aku muntah teruk, sedikit sebanyak ada tekanan kat bawah perut. So rasa sakit. Bila minum air masak, kejap lagi aku muntahkan balik air tu. Sampai dah fobia nak jamah makanan. End up, pukul 1pagi aku gagahkan diri bangun buatkan air milo panas. Sekadar alas perut. Sebab kesian kat baby. Ikutkan dah taknak makan ape ape.

Serius. Tak tahu simptom apa padahal siang tu ok je. Bila masuk petang dah balik rumah mula la. Badan berangin la, pening la, rasa nak baringgg je. Ni  bawak ke hari ni aku dah tak tahu nak makan apa. Macam selera tu mati. Tengok nasik boleh kembang tekak. Bau masakan dah buat aku loya. Macam tadi pegi lunch kat masjid. Dalam kereta ok je takde pulak mual. Elok dah duduk nak pilih lauk mula la tekak kembang semangkuk. The end, nasik yang aku ambik, tak habis. Habiskan air limau buat potong loya.

Ke ni alahan? Sebab awal pregnancy aku ok je takde apa. Takkan perut dah besa baru nak merasa? Daddy siap tanya, dah nak bersalin ke? Oi lambat lagi la. Ni pon terasa baby dok tendang tendang bila cakap pasal makanan. Weii tolongla. Aku sangat lemah bila badan berangin ni. Sebab nanti mula la semua serba tak kena. Malam tadi, elok kami anak beranak tido, daddy sound tido la diam diam jangan bergerak. Nanti anak bangun. Now dah tido satu tilam 3 beranak. Sebab playpen dah bukak nak bawak balik sban. Lagipon hari tu aqif kan demam. If tido satu tilam senang umi dia nak monitor.

Camaner ni. Taknak la macam ni. Bagilah balik selera makan iolls. Huwaaa. Kesian daddy, kesian aqif. Umi takleh nak masak masak.





No comments: