life is beautiful

life is beautiful

Monday, February 24, 2014

Farm in the City @ Seri Kembangan

Kelas kan ada pets zoo ditengah tengah bandor. Hahaha. Gila tak kelas. Ini sebab dapat free voucher je kalo tak jangan harap lah. Tu zoo negara pon belum dibawanya anak bujang lagi. Actually, email pasal redeem voucher ni dah lama dah cuma kitaorang bebudak ofis je baru hegeh hegeh. Nak buat camaner, derr email jabatan memang sebulan sekali je kot nak log in. Takde kepentingan. Maklumla iolls bukan boss nak kena update email sejam sekali.

Ehh ape kemelalut nih. Sambung balik.

Nak masuk sini kalau guna mykad, adult saja dah RM30. Kot? Lupa nak snap pic. Tapi ada pakej, 2 adults+2 kids dalam seratus lebih gitu. Dapat foc vitagen buat hilang haus. So sebab guna voucher maka kami anak beranak masuk free. Best tak? Best tak? Meh sini layan gamba dulu.

 Bird...
Ayam...
Bird...
Ayam la nakk.
Ok yang sini aku lalu sambil pejam mata. Pasal apa? Pasal ada ulaqqqq.
Derr, tengah pregnant ni kan. Maka pandangan mata kena lah tapis tapis jugak.
Plus haku memang penggeli benda melingkau ni.
Eeeuuiiii, yang kat atas cermin kaca tu pon dia ada.
Seram uolls.
Nak pegang tapi pentakut. Daddy pulak penggeli. Aaaaa.
Ni baru lah bird yang sebenar. Yg kat atas tadi tu ayam.
Kan umi dah cakap, ayammmm.
 Ni pembuli oi. Kemain dia buli merbuk tu. Eh merbuk ke? Hahaha
Hantam saja lah labuu.
Aku memang suka amik gamba view from back side daddy dan aqif.
Teghase sesuatu disitu. Like family bonding sangat. Berpimpin tangan.
Dua dua botaks, dua dua kaki melangkah sama.
Tak ke sesuatu tu. Kahkahkah. 
Motif umi kau ni.
Apa daaaa, pentakut.
Yang macam parit ni sebenarnya uolls boleh tangkap ikan.
Tak tau la ikan ape. Ikan bandaraya kot. Tak pon ikan guppy. Ahh entah.
Terhingat jaman kanak kanak ribena. Dok tangkap ikan kat longkang.
Padahal kan tu bukan ikan, tu beruduuu. Aaaaaaaa geli.
Comels rasa nak picit picit. Tapi anak bujang iolls tak hingin pon nk pegang.
Dia dah bosan kot kat rumah mak dia kan ada rabbit.
Budak ni sebenarnya tak cukup tido. Elok fefeling tido dlm keta, umi kejut suruh bangun.
Terus emosi. Muka nak ketat. Pastu nak berdukung je. Nasib dpt snap gamba masa comels.
Kauorang tak tengok pulak masa dia mengamuk.
Motip sangat tengok air terejun tu. Nak mandi lettew.
Iye, budak kan suka air.
Dasar pemalash. Tido je kejanya. Dia tak tahu ke ramai visitor ni.
Umi sorok perot. Hahaha. Malulah iolls. Perut dah makin over.
Tang pusat tu takleh nak buat apa dah.
Happy family sangat.

So far nak kata best tu, bagi aku biasa je. Bebudak best la kot. Sebab boleh feed binatang sendiri. Boleh tunggang pony. Boleh macam macam lah. Tapi sini takde ghimau. Like a small zoo for kids. Pun tempat nya takdelah luas mcm zoo negara. Kira gagah lah lagi aku yg mak buyung ni nak tawaf. Cuma skrg cuaca panas kan. Kalau nak pegi aku suggest pegi pagi. Weekends/PublicHoliday/School Holiday jam 0930 dah open dah. So serbu lah weii. 

FITC ni betul betul kat belakang giant seri kembangan. Entrance dia macam bangunan tinggal pon ada. Memula confuse acik haaa. Ingatkan sesat tadi. Kahkahkah. Kauorang jalan depan sikit ada building baru. Nama dia Atmosphere. Boleh tangkap gamba 3D. Tapi aku tak singgah. Sebab cuaca panas hazabedah. Iolls kan puteri lilin. Hiks.
Gini ahh artsphere@atmosphere. Ni ofismate aku. Diaorang sempat menyinggah. Shooting gamba pre-wedding pon cantik gak ni. Art sangat. Asyik asyik gamba kat tasik, kat putrajaya. Ahh bosan. So sesekali tukar angin. Seri kembangan pon dah maju. Dulu masa aku tgh cari rumah kat area sana masih under construction lagi. Sekarangggg, aaa jammed sana sini. Cannot go.

Eh tu jelah aktiviti minggu lepas. Sabtu ahad penuh jadual. Takpela, saja habiskan masa dengan anak bujang. Later nak bawak pi mandi manda pulak. Tapi tak tahunya bila.






No comments: