life is beautiful

life is beautiful

Thursday, February 20, 2014

Ragam anak

Aku tak tahu la lately ni anak bujang sorang tu asyik nak mengamuk je. Pantang ada yg tak kena kat mata dia cepat je nak mengamuk. Yelah, aku as a parent mesti ada tahap kesabaran. Kadang tu sampai dah uji keimanan tapi takde lah sampai nak pukul bagai. Sepuk manja gitu.

Ngape eh?

Paling ketara sekali bila malam masa nak tido. Ada jeee dia make a point ajak gaduh dgn umi daddy. Pastu nangis. Pastu yg tak boleh belah sekali siap hantuk kepala kat lantai/dinding. Dia acah saja tapi ada satu ketika tu terkuat pastu nangis. Dah salah sendiri kan. Hati tu masa balik semban lagi lah hoi. Dah kat sana mmg keja dia suka round naik moto. Malam sabtu ahad tu boleh pulak buat hal memalam nak naik moto jugak ajak ronda. Aku lagi lah berapi dah pukul berapa lak kan. Tak bagi, mengamukkkk. Nangis macam nak tercabut anak tekak. Atok dia pon melayan. Bagi lagi naik moto. Pastu dah naik moto tak puas hati, naik keta lak. Dah nak terlelap dlm keta, bawak masuk rumah. Pastu nangis. Aaaaaaaa.

Why? Why lah anak??

Kau orang faham tak org mengandung ni badan boleh tahan panas woi. Nak nak cuaca sekarang boleh mengundang panas lak dlm hati. Dengan anak bujang lg yg mengamuk sakan. The end, dia tido sambil berdukung dgn atok dia. Same like last night. Cari pasal. Pastu nangis. Selalu lepas dinner, kena tukar baju tido yg baru nak bagi dia selesa. Boleh pulak buat hal, tak nak pakai pampers, seluar baju bagai. Pastu nangis. Tak bagi masuk bilik air, nangis jugak. Hello, dah malam kot nak mandi manda. Pujuk suruh pakai selua boleh dia campak remote astro kena bibir umi dia. Aku apatah lagi, panas dlm hati. Nak ku sepuk, anak sendiri. Tapi kena lah jugak babap kat punggung. Daddy pon dah tak tau nk buat apa dah. Nak kata kita org ada marah dia, cannot. Kot dia ada teghase hati, pon tak tahu la.

Mak aku ada sound, biasa lah budak. Nak nak umi dia tgh ngandung skrg ni. Ada lah tu yg tak berkenan kat hati dia. Kita mana tahu. Dia budak baru umur setahun setengah. Akal pon takde. Nyawa dia pon terletak kat tangan kita. Wuwuwuwu T__T Sekali setepek aku kena.

Aku panas hati bukan apa, aku panas sebab takde angin takde ribut, tetiba nak mengamuk. Pantang tak dpt apa yg dia nak, terusssss, nangis mcm hape. Malam tadi, boleh pulak pukul 1pagi dia nangis tak tahu tetiba. Tido nak berdukung. Mampu? Pulak tu dah ckp anak daddy kan, mencari daddy je. Dengan aku taknak. Daddy tu melayan kejap oklah, ni kalau dah sampai nak tido berdukung sejam dua letih baq hang. So bergilir. Aku sampai dukung dia sambil sandar kat dinding sambil dodoi sampai dia tido.

Pengorbanan.

Yes. Tahu tu. Tapi dengan keadaan sekarang aku rasa agak kehilangan kesabaran lak. Rasa nak picit picit je. Nasib comel. Bukan takde amalkan petua petua yg selalu aku baca kat fb tu. Ada. Cuma yelah. Mungkin ada satu tahap tu, budak memang macam tu. Satu ketika dia baik sangat. Satu ketika kita yg mak bapak ni ada masa letih. Maka jadi hilang sabar. Aku tak nak lah jadi macam tu. Selagi ada daya aku taknak la marah marah dia. Kesian. Aku cuma terfikir, dekat rumah mak dia bagaimanakah? Kalau dia mengamuk, kena pukul kah? T__T

Anak bujang umi daddy.
Awak kena marah, bukan sebab umi daddy tak sayang. Umi daddy sayang sangat dengan awak. Awak bakal jadi contoh utk adik adik awak. Umi rotan, bermakna umi nak bagi awak lesson. Umi marah awak hantuk kepala kat dinding sebab umi takut awak sakit. Nanti bengkak berdarah. Umi tak suka tengok awak nangis mengamuk sebab kalau awak buat begitu nnt umi akan ada perasaan marah kat awak.

Awak tahu tak,
anak pertama adalah anak yg dinanti. Sedih umi kalau awak selalu begini. Rasa macam umi tak pandai didik awak je. Walaupun awak masih kecik. Tapi umi tahu, awak anak yg bijak. Insyaa allah.

Umi cuba layan awak sebaik mungkin.






No comments: