life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, February 05, 2014

Scan 3D4D : Part 3

Umum aku dah cerita kan yang ahad hari tu aku ada appointment scan 3d4d kat Umra Shah Alam. So far alhamdulillah, everything is under control. Pasal air ketuban doc kkia cakap kurang, actually takde isu pon. Sonographer yang scan aku, Miss Jezzlyn sangat friendly. Sporting gila. Boleh tak aku kena scan 2 kali sebab baby merajuk tak nak tunjuk muka. So Miss Jezzlyn usaha kan jugak godek perut sambil dibantu oleh aku cakap cakap dgn baby supaya jgn tutup muka tu dengan tangan. Tu yang sampai kena scan dua kali. Hihihi.


Sepatah haram tak faham tapi yang aku diberitahu, perkembangan baby mengikut umur dia la. Saiz kepala, saiz badan, tulang peha, kaki, jantung, otak ahh semualah. Kang nak cite satu satu kau orang bukan paham pon. Air ketuban masa ni +16cm. Alhamdulillah mommy no worries. Happy sangat. Cuma masa ni kedudukan baby sentiasa berubah. Kejap kepala kat atas, kejap kaki kat bawah, kejap melintang but Miss Jezzlyn cakap its normal sebab ruang dalam perut masih banyak lagi. Tapi kalau dah 35weeks kepala baby still tak nak duduk bawah maka dengan itu faham faham sajala. 

Aku harap kali ni dapat la bersalin normal lagi. Hari hari aku doa semoga dapat bersalin normal, mudah dan selamat. Tapi tu semua kuasa tuhan. Kalau tuhan tu nak aku merasa bersalin caesar nak buat camano kan. Redha jela.



Yeah, another boy. Thank you. 

Daddy siap gelak lagi. So lepas ni sila cuba lagi ye. Eh btw aku sebenarnya dah dapat rasa. Naluri seorang ibu kot. Tak kisah la jantan ke betina janji sihat sudah. Boleh sangat refill baju anak bujang. Nasib masa shopping baju baby aku beli pon kaler sepesen. Dah kata naluri seorang ibu kan. So lepas ni misi finding nama baby. Aaaaa. Apa nak bagi nama ni. Dalam list aku banyak nama baby gegirl (walaupon masa tu kau yakin yang baby boy akan kelua). Pelik aku ni tau, saja je nak buat keja banyak kali. Hormon kot.

Awal daddy dah pesan, jangan nak publish pic muka baby kat mana mana page pon. Tu semua kerja tuhan. Okla okla umi menurut perintah. Tapi yang pastinya, tang pipi tu ikut umi dia okay. Miss Jezzlyn siap cakap, waaa baby u pipi chubby aaa. Hidung like anak bujang. Kalau dah hidung mcm anak bujang tak lain tak bukan ikut sapa lah kan. Hihihi. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke pinggan. 

Aku sangat berpuas hati dengan service yang diberikan oleh Scan 3D4D Malaysia ni. Bukan takat kau pegi scan je. Kat Umra ni before nak scan, kena amik sampel air kencing, check berat dan tekanan darah. Lepas scan, ada consult dengan doc lagi. Kira macam kau pegi check up monthly la. Mungkin kat Umra je kot. Tempat lain aku tak sure pulak. Then of course la dapat cd dan printed pic baby. Dalam cd ada pic scan baby dalam 30pcs dan jugak video baby gerak. Uiiii best. Dulu masa aqif dapat gamba alah ciput jer. Video pon takde. Sobs. 

Aku nak share video baby gerak tapi masalahnya video tu nampak muka baby. Kang kalau share jugak serupa la aku ingkar cakap daddy. No no no. Aku simpan buat simpanan jela buat masa ni. Esok lusa baby dah kelua aku share kat sini eh.

Hahaha.
Till then, bye!






No comments: