life is beautiful

life is beautiful

Saturday, March 29, 2014

Foodporn




Healthy sangat tu oi.
Lasagna secret recipe biasa je.
Sebab mengidam punya pasal.
Nak buat sendiri, barang tak lengkap.
Hamtam sajalah labu.
Asalkan dapat rasa jadilah.
Tuh, set ayam berempah.
Slurpp.
Datang sana mesti pekena ini.
Sampai daddy pon nak try jugak.
He he heee.




Friday, March 28, 2014

Mahkota Hills

Balik sban singgah sini jap.
Jenguk jenguk apa yg patut.
Masih macam seperti dulu.
Tanah je dah rata.
Tiang tak pacak lagi.
Wuwuwu.
Takpela, no rushing. 
Belum nak duduk lagi pon.
Take ur time eh.
Jangan buat ala kadar dah le.
Rumahku syurgaku lah katakan.
Nak lah proper sikit.
Kemudian singgah club house.
Sajaaaa.
Kot la ada lot yang masih kosong lg.
Boleh sambar satu. Hikhikhik.
Amboi, gaya banyak uwang je iye.

Tak padan ngan kocik. Tangga tu tinggi la sayang.

Eh pool dah boleh guna ke?
Harus datang awal lain kali.
Ihikhik.





Thursday, March 27, 2014

Checklist Baby : Nursing Pillow & Bean Bag

Lupa nak update, aku dah beli dah nursing pillow utk baby baru ni. Dulu tak beli sebab jahiliah sangat. Hehehe. Kali ni aku nak betul betul selesa semasa berpantang nanti. Yeahh. Macam tak sabor je kan nak bersalin.

Aku beli kat sini.


Last week kot. Guna alamat sban. Sebab minggu ni aku busy sikit takut posmen datang aku takde kat rumah lak. So minggu ni baru nak balik sban. Jadi tiada gambar utk diupload. Hahahaha. Tapi lebih kurang gini ah rupanya cuma aku punya corak lain. Banyak corak yg sold out. Geram betul.


Tak termasuk bantal kecik tu ye. Jangan salah anggap. Including postage RM75. Oklah tu under bajet aku. Taknak la beli mahal sangat nanti kena sekat kat kastam a.k.a daddy. Huehehehe. Dia tu kalau tahu aku beli benda baru mesti disoal selidik sampai dia puas hati. Aku ni dah la malas nak cakap banyak. Aku nak kan keselesaan aku je.

Eeeii, cant wait hokay. Nak balik sban nak balik sban. Kahkahkah.

Ada lagi satu, dalam check list jugak. Mesti kauorang kata merapu kan. Ahh lantak la janji aku senang hati. Lama dah aim. Baru ni jugak dapat beli. Pon masih menggunakan alamat sban. Aku beli yang ni,

Fb ada, ig pon ada. Pegi la usha. Including postage baru RM119. Pon aku tak tau lagi dia dah selamat sampai ke belum. Hehehe. Maklumla, semua yg beli online buat masa ni kena guna alamat sban. Senang tak payah nak mengangkut bagai. Iolls kan berpantang di sana. Tapi kalau ikutkan trackking number, dah sampai dah tadi adik aku yg amik. Yeayyy! Ni lagi la buat aku tak menyabor nak balik sban.

Jap, kauorang rasa aku membazil ke apa ni? Beli benda yg bukan bukan. Bean bag? Bukan aqif dulu dah ada bouncer ke? Bukan utk diturunkan ke adik dia ke? Aaaaa. Tetiba takuit kalau daddy marah. Aah lantaklah. Aku tahu, nnt daddy mesti suka punya. Sebab dia adalah daddy yg sangat mementingkan keselesaan anak anak dia. Truly.

Aku plan nnt utk tido anak beranak mungkin dalam bilik, bukan macam yg lepas tido kat hall. Bising satu hal. So bean bag ni boleh la guna utk baby lepak kat hall time siang. Tak payah nak hangkut tilam bagai. Lagi satu selesa kot. Tinggi sikit. Ke cemana. Tak sanggup aku nak duduk kat hall time berpantang nnt. Dengan adik adik aku kelua masuk serupa baby tak lena tido dengar bunyi bising. Aku dah ada experience wei.

Dont worry, playpen semua dah hangkut balik sban. Dah planning baik punya. Cooler fan pon dah beli. See, daddy sangat mementingkn keselesaan bini dan anak anak dia. Hahaha. Maklumla, rumah mak iolls takde aircond. Duduk rumah bawah kan ke bahang. Maka kena lah guna alternative lain.

Harap harap, apa yg diharapkan menjadi la. Semoga baby tak banyak ragam. Dan aqif juga.
=)

Rasa rasa utk baby no.2 ni kami laki bini lebih teratur dan terurus la dari segi persediaan mental dan fizikal. Especially aku.

Bai!




Anak bujang

Dah lama tak cerita pasal anak bujang kan. Hihihi. Rindulah pulak. Padahal pagi sampai tghari tadi aku jaga dia. Keleteh dia tu, buat umi geram je tau. Dah pandai mengikut arahan ye kawan kawan. Dan yang paling utama sekali, dah pandai ngikut perbuatan umi dia.

Hari ni aqif dah masuk 1y 6m 21d. Tak lama lagi nak beradik. Fefeling abang tu insyaa allah ada sikit sikit. Boleh la dari takde. Suruh kiss adik dia selak baju then kiss perut umi. Alahai. Macam mana la tak sedih. Uhukk. Takpela, adik dah kelua pon nanti umi daddy still sayang awak jugak. Cuma perhatian lebih tu kurang sikit la kot. Jgn marah ye. Ihikhik.

Kat rumah terpaling suka masuk dapur. Agaknye dia dok perati umi asyik ke dapur je maka automatik dia pon suka masuk situ. Nampak sangat kan umi dia ni rajin masak. Ok sila muntah. Tak nak main mainan dia, suka dengan periuk umi, sudip kuali umi. Pandai amik kuali sebenar kemudian nak tenggekkan kat atas dapur walaupun tak berapa nak sampai. Gigih jingkit kaki. Duhh. Bab ni tergelak sendirian. Panjang akal betul.

Cubaan bukak peti ais semakin berjaya. Good job. Tah mana dia dapat kekuatan. Haihh. Umi memang struggle habis menjaga awak sebab takut awak buat kerja bukan bukan. Bukan tu saja, tahu amik bedak sendiri bila nak tukar pampers. Amik, hulur kat umi. =)

Tahap bebelan semakin kuat membebel. Nak pandai cakap katanya. Umi daddy melayan. Walaupun satu hapah perkataan tak faham. Eh tapi umi faham lebih dari daddy. Hehehe. Instinct kot. Nampak minion terus mulut bebel nananana. Faham lah tu. Amik hp umi suruh bukak upin ipin. Mulut bebel pin pin. Hee heee.

Paling suka sebut ayah. Eh dan dah pandai panggil umi jugak okay. Tapi mie jelah. Alhamdulillah. Sejuk hati umi awak. Dah lama nak dengar awak panggil umi.

Pandai mengikut arahan. Pandai buang sampai dalam tong sampah. Kalau air tumpah, pegi amik kain tak kira la baju daddy dia ke then lap air tu. Ihik. Yee, mesti awak selalu tgk mak awak buat mcm tu kan. Tahu pulak amik penyapu dan nak sapu sampah. Pandai nak seterika baju. Tapi bab ni umi pantau habis. Takut dia main plug. Haihh. Dah boleh sikit sikit pakai kasut sendiri. Tahu nak pegi jalan terus duduk depan grill. Tunjuk kasut nak pakai.

Memberontak nombor satu. Selalu buat nangis kalau ade tak kena kat dia. Mintak pujuk mintak simpati. Alahai anak. Tido mesti nak tido kat lengan umi daddy. Like umi masa mengandungkan awak. Suka tido kat ketiak daddy. =) Ihikk. Suka main gomol gomol dengan daddy. Suka ke rela ke tak tahu la. Kemudian suka sangat nak main sorok sorok. Nak suruh org cari dia agah agah dia.

Haihh--
Macamana la umi tak rindu awak.
Macamana la umi tak kasih awak.

 Tah pasaipa nak baring kat situ.
Feeling boss sangat tgk upin ipin. Fav dia all the time. Umi bohsan dah.

Umi daddy doakan semoga awak jadi anak yg membanggakan hati kami. Anak yang berjaya dunia akhirat. Dan yang paling penting sekali, anak yg tetap imannya. Love u.

Ameen.





Malam jumaat

Baca yassin tadi.
Semput woihhh.
-______-
Perot dah besor gamaknye.
Menekan nekan pundi kenching ioll.
Itupun baca sambil duduk kat sofa ye.
Mintak nafas pleaseeeee.





Wednesday, March 26, 2014

38 weeks

Kalau ikutkan perkiraan aku dah masuk 38weeks. Gulp. *lap peloh*

Macam tak caya je kan. Kurang dari dua minggu dari tarikh dijangka bersalin. 
Aku takde apa nk update sangat. 
Cuma lately ni nak kena pegi jumpa dietitian sebab masa minum air gula hari tu bacaan selepas puasa ade tinggi sikit. 
So kena diet control. 
Gigih beli blood glucose meter supaya boleh kawal gula dalam darah. 
Doc cakap kalau tinggi lagi nanti tak apsal kena induce. 
Means, delivery awal. Tapi tu semua bergantung kepada bacaan result aku. 
Kalau ok maintain, takyah susah susah. Tunggu je sampai due date. 
Tapi kalau tak delivery jugak maka terpaksa jugak induce sebab doc taknak baby lebih dr 40weeks. 
Gituh.

Layan jela. 
Dah sarat sarat ni apa kata doc aku ikut. 
Taknak memandai sangat. 
Tahu la anak kedua kan. Bajet pengalaman sangat lettew. Padahal. 
Aku dah lupa wei cara nak push push ni.
Hahahaha. 
Nak kena gugel balik ni. Step step dia. 
Eh tapi kan aku nak bagitahu ni, kdg kdg aku mcm tak sabor lak nak fefeling contraction tu. 
*pitam dengar*

Agak agak masa tgh contraction tu aku kat mana haa? 
Ofis ke rumah ke tgh shopping?
Amboi riangnya hati ye kak bedah. 
Kalau masa contraction tu daddy keja, hazab lah weh. 
Agak agak sempat tak aku nak pegi spital? 
But dont worry, bag baby, baby umi semua dah ready dlm kete. 
Mudah mudahan Allah permudahkan urusan aku dan baby dlm perut ni. 
Insha Allah.





Tuesday, March 25, 2014

See u when i see u ;-(

Umum kita tahu malam semalam our pm kita dah declare yang flight MH370 ended in southern indian ocean. Terkejut jugak la dengar. Masa tu tengah dok tidokan anak bujang. Daddy pulak tgh layan hp. Memang kami anak beranak semua kat dalam bilik. Alih alih daddy cakap pm buat pc, comfirmkan yang MH370 ended kat lautan hindi. 

T___T
Speechless. 

Kalau dah aku yang takde kena mengena ni sedih dan terkejut, apatah lagi kaum keluarga, sahabat handai warga penumpang, anak kapal semua tu kan. 17 hari menunggu dengan harapan boleh la dapat happy ending. The end, Allah jua yg maha mengetahui. 

Najib cakap ended. So makna ended tu terhempas ke apa? kot hijack ke apa apa ke, hanya orang yg kat dalam flight tu je tahu. Body tak jumpa apatah lg serpihan flight. Ada jumpa objek, tapi tak sure. Ini yg jadi persoalan kat dalam kepala otak aku ni. Bohong la kalau aku kata bukan aku sorang je fikir macam tu kan. Maybe ada sesuatu. Yang kita sebagai orang biasa ni tidak mempunyai hak utk mengetahui dengan lebih dalam lagi. Who's know?

Wahh spekulasi sungguh.

Takdelah, now zaman kan dah moden. Takde nak tunggu pm berucap kat dalam tv lg. Mak aku kat kg tu boleh la kot.  Internet semua dihujung jari. Klik sana sini jumpa mcm mcm link yang terkadang tu eh mcm betul macam boleh percaya. Wahh gitu. Tapi ni pendapat aku la. Susah nak percaya walaupun kauorang cakap lautan hindi tu lautan yg paling ganas kat dunia.

Lagi satu, kenapa nak pegi salahkan captain. Duhh. Sebab dia ada simulator sendiri kat rumah kauorang dah label dia 'sesuatu'. Come on lah. So nak aku cakap editor kat rtm ni boleh je nak bocorkan program yang diaorang edit sebab memasing ada editing suite kat rumah/pc sendiri. Kahkahkah. Sangat kelakar tau. Tu kan minat orang. Tak boleh la nak blame sampai macam tu sekali. Kesian kat family dia.

Aku walaupun malas dah nak amik port pasal MH370 (pasal dah 17hari kot) tapi sedih jugak bila pm umum macam tu. Rasa misteri sangat. Rasa nak tahu pasaipa dan kenapa jadi begitu sangat mendalam. Kita tak tahu kan cemana la situasi keje orang yg tgh buat SAR tu. Berhempas pulas. So jgn nak sedap cakap apa yg susah sgt nk mencarinya flight MH370 tu?? Ko pegi try sendiri tengok cemana boleh belah ke tak boleh belah.

Kadang kadang lebih senang bercakap dari buat.
*peringatan utk diri sendiri.

Semoga Allah permudahkan pencarian serpihan flight tersebut. Jumpa satu pon jadila. Buat bukti supaya saudara mara warga cina yang meroyan kat dalam tv tu terdiam dan terduduk. Tak nak percaya sangat. Suka nau salah kan malaysia.

Satu hari ni memang melayan rancangan khas tribute to MH370 je. Even astro, rtm dan media prima semua hold program cuti sekolah. Aku sedih wei. Sedih sebab tanpa alasan yang munasabah. Masih banyak persoalan yg belum terungkai. Melakar sejarah penerbangan yang aku rasa takde sapa boleh lupa. 






Hunting Gifts

Macam biasa idris's family kan buat birthday celebration every months. So bulan April ni birthday mil, fil dan kak ain. Whoot whoot. Kali ni kena cari hadiah yang proper sikit pasal diaorang kan otai. Mesti hadiah pon nak kena kelas vogue vass gitu. Hahaha. Padahal kami laki bini dah pening nak bagi apa. Maklumla orang tua.

Takat telekung, baju semua tu usah la. Berlambak mak men aku ada. Siap telekung sutera hokay. Ni bajet pon memain peranan gak. Tak nak bajet over sangat. Eh tapi hari tu birthday daddy diaorang bagi al-quran dgn rehal plus frame ayat 100 dihar suruh gantung dalam rumah. Ehehe.

After checkup semalam saja berjalan ke one utama. Lama tak melawat kawasan. Pun lama tak berdua duaan dgn daddy. Sejak job kat side baru ni boleh la nak lari lari sikit. Aku biasa la, asal checkup je mesti apply mc. Doc pon berserah. Maklumla dah sarat, doc tentu kasihan tgk perempuan mengandung ni nak pegi keje balik. So ke one utama hajat mmg nak cari hadiah utk mereka. Saja cari awal, kot nnt aku dah delivery takde la daddy terkontang kanting cari sendirian. Bukan boleh harap sangat.

Tapi, aku rasa macam kena repeat balik je ke one utama tu pasal benda yg nak dibeli tak beli, tapi heboh pegi beli benda lain. Hahahaha. Sengals. Daddy la, dah dpt barang dia terus ajak balik. I is aaaaa. Tak patut.

Penat hoi. Nasib tak ramai orang. Bagus jugak banyak jalan ni. Cepat sikit aku beranak. Nak urut reflexology memang tak la. Ngandung kan. Tunggu lepas bersalin nnt. Macam macam dok ada dlm kepala ni. Ihik.

Kauorang takde idea ke hadiah nak bagi kat orang tua ni?

Baju
Tudung
Telekung
Handbag
Jam tangan

Semua dah bagi. Terus buntu kepala otak.





Tuesday, March 18, 2014

Minit minit terakhir

Dah nak dekat dekat due date ni rasa macam malas je. Malas keje. Malas masak. Malas itu, malas ini. Haihh. Tambah pulak tengah catuan air ni. Lagi la kemalasan melanda diri. Apa cerita kauorang? Aku sekarang tiap tiap minggu mesti sehari akan mc. Heh heh heh. Now dah weekly checkup. So alang kepalang mintak la mc terus. Malas nak patah balik pegi ofis. Baik duduk rumah rehat. Perut dah senak. Jalan banyak pon dah tak larat. Baby asyik mengeras je. Dah nak bersalin kah aku? Wuwuwu.

Sejujurnya aku dah lupa sakit bersalin ni hoi. Alaaa, nervous la. Lagi satu, asyik terfikir la aqif tu nanti camane. Now dah 37w. So dah tempoh matang dah tu. Jaga jaga cik salmah. Dulu masa aqif full term. Yang ni tak tahu lah. Ku berserah semuanya pada Allah.

Apa nak cerita eh. Takkan nak cerita pasal MH370 kot. Kang salah cerita tak pasal je buat spekulasi baru. Tapi sedih kan. Tah apa la nasib diaorang. Doa kan jela semoga semuanya selamat.

Aku ni macam blur je tau. Penyakit pelupa datang balik. Macam waktu lepas beranak satu dulu tu. Tak kenapa tah. Dalam otak fikir lain, tapi buat lain. Kerap sangat daddy tegur. Aku pun tak paham kenapa. Ke sebab aku terlalu memikirkan masalah nak bersalin ni. Haihh. Rileks lah weh. Bersalin tetap kena bersalin. Cuma masa dan ketika je tak tahu. So layan jela. Apa nak takut. Kang ke dah ada pengalaman. Eh tapi pengalaman setiap anak kan lain lain. Buat ni kali ni czer camaner weh. Takuit. Mintak mintak dijauhkan la. Aku nk normal. Taknak czer. Ewah boleh main pilih pilih ko eh.

Hahahaha. Apa aku merepek ni labu.









Thursday, March 06, 2014

Mainan baru

Aku nak cerita pon macam agak malu lah pulak. Ni berkenaan dengan perangai anak bujang den tu haa. Kauorang tahu tak, lately ni dia ada satu perangai yg macam bukan anak bujang tau. Aku tak tahu la kot dia selalu perati apa yg umi dia selalu buat kat rumah tu. Haihh--




Aaaaaaa.
Gelak eh kauorang tu. Tak,, sebenarnya dia nak bagitau la yg dia hari hari tgk umi dia masak. So dia nak praktik lah kan mana tahu kot boleh jadik master chef wannabe. Kahkahkah. Nampak sangat kat aku ni rajinnnn sangat masak kat rumah tu. 

Kalau ke dapur, harus dia mengekor aku. Nak taruk periuk gak kat atas dapur tu, pastu buat buat nak hidupkan api gas. Terjingkit jingkit sebab tak sampai. Amik pulak sudip umi dia kengkonon nak kacau kuali. Pastu selongkar tempat garam nak taruk garam pulak kat kuali tu. Dan akhir sekali suap sudip kat mulut umi/daddy suruh rasa.

Aaaaaaaaa. Apakah??

Takkan pulak aku nak beli set dapur mainan utk dia. Memang tak ah. Ke sementara je minat dia ni? Aku terus jadik tak paham. Aku laki bini pandang sesama sendiri then gelak kaw kaw. Apa punya verangan la kau ni nak. Cium laju laju kang haaa.

Muka tu muka tu, tengok ah. Serius kemain. Macam susah benor je resepi yg dia nak masak tu. Padahal.... Haishh-- nak ku larang budak lagi. Bukan tau fikir apa kan. So layan je. Tu kuali terpaksa bagi yg kat dalam store. Kalau ikutkan kehendak dia, nak yg kuali aku selalu guna tu. Tak paham apa dia cakap, tapi kuat membebel. Bla bla bla. Mintak sudip mintak periuk la.

Aku rasa dapur ku syurga ku dah kena start bukan make over la. Nak kena beli drawer, kitchen kabinet yg lebih proper dr sekarang. Kalau tak mcm gini lah aku stress hari hari. Orang sibuk nak masak, dia pon sibukkk jugak nak menyelit sekali.






Wednesday, March 05, 2014

Arjuna beta

Kauorang yang follow fynn jamal mesti tahu kan lagu tu. Ngeee. Suwit angat. Bukan suwit je malah menyentuh hati. Aku kalau tengah stress dgn anak mesti nak dengar lagu tu kasi diri ini calm down. Serius. Ni baru dengar kat hotfm. 

kokping@fynn jamal.

Bukan selebriti ke apa. Dia aktif kat fb dan latest kat ig. Dalam donia blogger dah lama kot. Aku je yg baru follow. Wuwuwu. Anak dia, arjuna tu alololo gila genteng. Kokping suka sangat lah upload pic juna kat ig. Aku ni geram je tgk. Dah la comels, pastu macam bijak je. Tapi sapa yg tahu kisah dia mesti tahu juna tu bukan la apa yg kita fikirkan. Macam macam kisah wei. Kauorang nak selidik, baik poie gugel. Malas aku nak cerita. Kang salah cite jadik isu.

Aku bukan apa, aku sentap bila dengar lagu arjuna beta. Rasa feeling mak mak tu sangat mendalam. Kalau lah anak bujang ku tahu bagaimana umi dia sangat kat dia...

Haishh.

Apa ni pepagi dah emotional. Tak kewl lah.


Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa..





Tuesday, March 04, 2014

Menghitung hari

Sedar tak sedar dah masuk bulan Mac. Dan sedar tak sedar jugak aku ni dah dikategorikan perempuan yang sedang sarat mengandung. Kihkihkih. Hey, iolls dah masuk 8 bulan lebih hokay. Next week insyallah genap 9 bulan. Homaigad Homaigad. Takuit.

Semalam,
pegi weekly checkup kat ppum. Macam biasa la timbang berat semua, 51.2kilog already. Wuwuwu berat dah kau ni haaa. Patutla dah rasa macam senak perut ni. Baby dah semakin membesar, umi pulak semakin mengembang. T__T Apa boleh buat, lepas bersalin baru pulun kasi diet la gamaknye. Eh tapi ni ok lg, masa aqif hari tu aku lagi gomok. +56kilog kot. Memang buyung lah. Malu nak kasi tunjuk gamba.

Semalam jugak ada attend ceramah penyusuan susu ibu. Aku rasa wajib kot kepada mommies yang buat pregnancy checkup kat situ. Kiranya, sambil kauorang tunggu turn, isi masa dengar ceramah. So far, ni kali kedua bagi aku. Banyak info, bertambah la ilmu pengetahuan aku tentang breastfeeding ni. Kalau boleh second baby ni nak jugak fully bf mcm abg aqif dia. 


Siap ada praktikal ok. Sesapa yang baru 1st baby memang kekok la. Pegang patung tu pon dah macam hape. Nasib mak nak masuk anak kedua. Jadi macam expert terlebih lak. Wakaka. Amboi belagak eh. Patutnya ceramah ni suami pon kena attend. Tapi sebab daddy macam rushing, plus dah nk masuk anak kedua kan (alasan lettew) so dia tak join. Same as time aqif dulu. Pon dia tak attend. Sebab aku tak tau yg hari tu kena masuk ceramah. Hahaha. 

Tapi bukan itu yg aku nak tekankan disini. Aku cuma nak bagitahu yang tak sampai sebulan dah aku nak delivery ni. 

Perasaan?

Kang aku cakap tak takut, pentipu lah kan. Takuit weh. Takuit nak hadap saat contraction. Wuwuwu. Sakit dia cemana? Aaaaaa, tuhan je yang tahu. Lepas tu macam tak boleh nak bayang lak keadaan aku nak bersalin tu cemana. Kot jadi kat ofis ke, kat rumah time daddy takde ke. Tengah jaga aqif ke. Aaaa tak tahu lah cemana. Macam blur pon ada. Padahal bukan tak pernah lalui kan. Bak kata org tua, setiap anak sakit bersalinnya berbeza-beza.

Doc cakap kepala baby dah ada kat bawah cuma belum masuk laluan sepenuhnya. Patut le rasa asyik nak terkucil je. Malam malam bangun toksah cakap. Aku ni dah takde rase nikmat tidur yang nyenyak dah. So bertabah lah ye. Kata pengorbanan seorang ibu. 

Tak sabar nak tengok baby pon ada. Cuma entahlah. Cadang nak hantar aqif balik sban awal sikit. Before aku delivery. I mean one week before my due date. Tapi tgk lah cemana. Daddy dia cakap nanti rindu la apa la ini la. Haihh aku igt nk le rehat before delivery. Eleh, macam la tak jumpa anak bujang awak tu nanti.

So hospital dan baby bag already packed. Baru semalam lepas balik dari ppum. Hahaha. Gila lama aku nak amik mood. Sebenarnya barang semua dah list down, dah kumpul dalam beg pon. Cuma tak kemas dengan proper. Malas tu no.1. Tah hape yang dinantikan tah. Eh stokin, tak beli lagi. Baby stuff pon nak tambah sikit lagi. Biasala, mak mak. Dah ada, nak kasi ada lagi. Hahaha.

Eh oklah. Ada orang belanja rojak. Yummy. Bai.