life is beautiful

life is beautiful

Thursday, March 27, 2014

Anak bujang

Dah lama tak cerita pasal anak bujang kan. Hihihi. Rindulah pulak. Padahal pagi sampai tghari tadi aku jaga dia. Keleteh dia tu, buat umi geram je tau. Dah pandai mengikut arahan ye kawan kawan. Dan yang paling utama sekali, dah pandai ngikut perbuatan umi dia.

Hari ni aqif dah masuk 1y 6m 21d. Tak lama lagi nak beradik. Fefeling abang tu insyaa allah ada sikit sikit. Boleh la dari takde. Suruh kiss adik dia selak baju then kiss perut umi. Alahai. Macam mana la tak sedih. Uhukk. Takpela, adik dah kelua pon nanti umi daddy still sayang awak jugak. Cuma perhatian lebih tu kurang sikit la kot. Jgn marah ye. Ihikhik.

Kat rumah terpaling suka masuk dapur. Agaknye dia dok perati umi asyik ke dapur je maka automatik dia pon suka masuk situ. Nampak sangat kan umi dia ni rajin masak. Ok sila muntah. Tak nak main mainan dia, suka dengan periuk umi, sudip kuali umi. Pandai amik kuali sebenar kemudian nak tenggekkan kat atas dapur walaupun tak berapa nak sampai. Gigih jingkit kaki. Duhh. Bab ni tergelak sendirian. Panjang akal betul.

Cubaan bukak peti ais semakin berjaya. Good job. Tah mana dia dapat kekuatan. Haihh. Umi memang struggle habis menjaga awak sebab takut awak buat kerja bukan bukan. Bukan tu saja, tahu amik bedak sendiri bila nak tukar pampers. Amik, hulur kat umi. =)

Tahap bebelan semakin kuat membebel. Nak pandai cakap katanya. Umi daddy melayan. Walaupun satu hapah perkataan tak faham. Eh tapi umi faham lebih dari daddy. Hehehe. Instinct kot. Nampak minion terus mulut bebel nananana. Faham lah tu. Amik hp umi suruh bukak upin ipin. Mulut bebel pin pin. Hee heee.

Paling suka sebut ayah. Eh dan dah pandai panggil umi jugak okay. Tapi mie jelah. Alhamdulillah. Sejuk hati umi awak. Dah lama nak dengar awak panggil umi.

Pandai mengikut arahan. Pandai buang sampai dalam tong sampah. Kalau air tumpah, pegi amik kain tak kira la baju daddy dia ke then lap air tu. Ihik. Yee, mesti awak selalu tgk mak awak buat mcm tu kan. Tahu pulak amik penyapu dan nak sapu sampah. Pandai nak seterika baju. Tapi bab ni umi pantau habis. Takut dia main plug. Haihh. Dah boleh sikit sikit pakai kasut sendiri. Tahu nak pegi jalan terus duduk depan grill. Tunjuk kasut nak pakai.

Memberontak nombor satu. Selalu buat nangis kalau ade tak kena kat dia. Mintak pujuk mintak simpati. Alahai anak. Tido mesti nak tido kat lengan umi daddy. Like umi masa mengandungkan awak. Suka tido kat ketiak daddy. =) Ihikk. Suka main gomol gomol dengan daddy. Suka ke rela ke tak tahu la. Kemudian suka sangat nak main sorok sorok. Nak suruh org cari dia agah agah dia.

Haihh--
Macamana la umi tak rindu awak.
Macamana la umi tak kasih awak.

 Tah pasaipa nak baring kat situ.
Feeling boss sangat tgk upin ipin. Fav dia all the time. Umi bohsan dah.

Umi daddy doakan semoga awak jadi anak yg membanggakan hati kami. Anak yang berjaya dunia akhirat. Dan yang paling penting sekali, anak yg tetap imannya. Love u.

Ameen.





No comments: