life is beautiful

life is beautiful

Thursday, March 27, 2014

Checklist Baby : Nursing Pillow & Bean Bag

Lupa nak update, aku dah beli dah nursing pillow utk baby baru ni. Dulu tak beli sebab jahiliah sangat. Hehehe. Kali ni aku nak betul betul selesa semasa berpantang nanti. Yeahh. Macam tak sabor je kan nak bersalin.

Aku beli kat sini.


Last week kot. Guna alamat sban. Sebab minggu ni aku busy sikit takut posmen datang aku takde kat rumah lak. So minggu ni baru nak balik sban. Jadi tiada gambar utk diupload. Hahahaha. Tapi lebih kurang gini ah rupanya cuma aku punya corak lain. Banyak corak yg sold out. Geram betul.


Tak termasuk bantal kecik tu ye. Jangan salah anggap. Including postage RM75. Oklah tu under bajet aku. Taknak la beli mahal sangat nanti kena sekat kat kastam a.k.a daddy. Huehehehe. Dia tu kalau tahu aku beli benda baru mesti disoal selidik sampai dia puas hati. Aku ni dah la malas nak cakap banyak. Aku nak kan keselesaan aku je.

Eeeii, cant wait hokay. Nak balik sban nak balik sban. Kahkahkah.

Ada lagi satu, dalam check list jugak. Mesti kauorang kata merapu kan. Ahh lantak la janji aku senang hati. Lama dah aim. Baru ni jugak dapat beli. Pon masih menggunakan alamat sban. Aku beli yang ni,

Fb ada, ig pon ada. Pegi la usha. Including postage baru RM119. Pon aku tak tau lagi dia dah selamat sampai ke belum. Hehehe. Maklumla, semua yg beli online buat masa ni kena guna alamat sban. Senang tak payah nak mengangkut bagai. Iolls kan berpantang di sana. Tapi kalau ikutkan trackking number, dah sampai dah tadi adik aku yg amik. Yeayyy! Ni lagi la buat aku tak menyabor nak balik sban.

Jap, kauorang rasa aku membazil ke apa ni? Beli benda yg bukan bukan. Bean bag? Bukan aqif dulu dah ada bouncer ke? Bukan utk diturunkan ke adik dia ke? Aaaaa. Tetiba takuit kalau daddy marah. Aah lantaklah. Aku tahu, nnt daddy mesti suka punya. Sebab dia adalah daddy yg sangat mementingkan keselesaan anak anak dia. Truly.

Aku plan nnt utk tido anak beranak mungkin dalam bilik, bukan macam yg lepas tido kat hall. Bising satu hal. So bean bag ni boleh la guna utk baby lepak kat hall time siang. Tak payah nak hangkut tilam bagai. Lagi satu selesa kot. Tinggi sikit. Ke cemana. Tak sanggup aku nak duduk kat hall time berpantang nnt. Dengan adik adik aku kelua masuk serupa baby tak lena tido dengar bunyi bising. Aku dah ada experience wei.

Dont worry, playpen semua dah hangkut balik sban. Dah planning baik punya. Cooler fan pon dah beli. See, daddy sangat mementingkn keselesaan bini dan anak anak dia. Hahaha. Maklumla, rumah mak iolls takde aircond. Duduk rumah bawah kan ke bahang. Maka kena lah guna alternative lain.

Harap harap, apa yg diharapkan menjadi la. Semoga baby tak banyak ragam. Dan aqif juga.
=)

Rasa rasa utk baby no.2 ni kami laki bini lebih teratur dan terurus la dari segi persediaan mental dan fizikal. Especially aku.

Bai!




No comments: