life is beautiful

life is beautiful

Thursday, March 06, 2014

Mainan baru

Aku nak cerita pon macam agak malu lah pulak. Ni berkenaan dengan perangai anak bujang den tu haa. Kauorang tahu tak, lately ni dia ada satu perangai yg macam bukan anak bujang tau. Aku tak tahu la kot dia selalu perati apa yg umi dia selalu buat kat rumah tu. Haihh--




Aaaaaaa.
Gelak eh kauorang tu. Tak,, sebenarnya dia nak bagitau la yg dia hari hari tgk umi dia masak. So dia nak praktik lah kan mana tahu kot boleh jadik master chef wannabe. Kahkahkah. Nampak sangat kat aku ni rajinnnn sangat masak kat rumah tu. 

Kalau ke dapur, harus dia mengekor aku. Nak taruk periuk gak kat atas dapur tu, pastu buat buat nak hidupkan api gas. Terjingkit jingkit sebab tak sampai. Amik pulak sudip umi dia kengkonon nak kacau kuali. Pastu selongkar tempat garam nak taruk garam pulak kat kuali tu. Dan akhir sekali suap sudip kat mulut umi/daddy suruh rasa.

Aaaaaaaaa. Apakah??

Takkan pulak aku nak beli set dapur mainan utk dia. Memang tak ah. Ke sementara je minat dia ni? Aku terus jadik tak paham. Aku laki bini pandang sesama sendiri then gelak kaw kaw. Apa punya verangan la kau ni nak. Cium laju laju kang haaa.

Muka tu muka tu, tengok ah. Serius kemain. Macam susah benor je resepi yg dia nak masak tu. Padahal.... Haishh-- nak ku larang budak lagi. Bukan tau fikir apa kan. So layan je. Tu kuali terpaksa bagi yg kat dalam store. Kalau ikutkan kehendak dia, nak yg kuali aku selalu guna tu. Tak paham apa dia cakap, tapi kuat membebel. Bla bla bla. Mintak sudip mintak periuk la.

Aku rasa dapur ku syurga ku dah kena start bukan make over la. Nak kena beli drawer, kitchen kabinet yg lebih proper dr sekarang. Kalau tak mcm gini lah aku stress hari hari. Orang sibuk nak masak, dia pon sibukkk jugak nak menyelit sekali.






No comments: