life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 04, 2014

Menghitung hari

Sedar tak sedar dah masuk bulan Mac. Dan sedar tak sedar jugak aku ni dah dikategorikan perempuan yang sedang sarat mengandung. Kihkihkih. Hey, iolls dah masuk 8 bulan lebih hokay. Next week insyallah genap 9 bulan. Homaigad Homaigad. Takuit.

Semalam,
pegi weekly checkup kat ppum. Macam biasa la timbang berat semua, 51.2kilog already. Wuwuwu berat dah kau ni haaa. Patutla dah rasa macam senak perut ni. Baby dah semakin membesar, umi pulak semakin mengembang. T__T Apa boleh buat, lepas bersalin baru pulun kasi diet la gamaknye. Eh tapi ni ok lg, masa aqif hari tu aku lagi gomok. +56kilog kot. Memang buyung lah. Malu nak kasi tunjuk gamba.

Semalam jugak ada attend ceramah penyusuan susu ibu. Aku rasa wajib kot kepada mommies yang buat pregnancy checkup kat situ. Kiranya, sambil kauorang tunggu turn, isi masa dengar ceramah. So far, ni kali kedua bagi aku. Banyak info, bertambah la ilmu pengetahuan aku tentang breastfeeding ni. Kalau boleh second baby ni nak jugak fully bf mcm abg aqif dia. 


Siap ada praktikal ok. Sesapa yang baru 1st baby memang kekok la. Pegang patung tu pon dah macam hape. Nasib mak nak masuk anak kedua. Jadi macam expert terlebih lak. Wakaka. Amboi belagak eh. Patutnya ceramah ni suami pon kena attend. Tapi sebab daddy macam rushing, plus dah nk masuk anak kedua kan (alasan lettew) so dia tak join. Same as time aqif dulu. Pon dia tak attend. Sebab aku tak tau yg hari tu kena masuk ceramah. Hahaha. 

Tapi bukan itu yg aku nak tekankan disini. Aku cuma nak bagitahu yang tak sampai sebulan dah aku nak delivery ni. 

Perasaan?

Kang aku cakap tak takut, pentipu lah kan. Takuit weh. Takuit nak hadap saat contraction. Wuwuwu. Sakit dia cemana? Aaaaaa, tuhan je yang tahu. Lepas tu macam tak boleh nak bayang lak keadaan aku nak bersalin tu cemana. Kot jadi kat ofis ke, kat rumah time daddy takde ke. Tengah jaga aqif ke. Aaaa tak tahu lah cemana. Macam blur pon ada. Padahal bukan tak pernah lalui kan. Bak kata org tua, setiap anak sakit bersalinnya berbeza-beza.

Doc cakap kepala baby dah ada kat bawah cuma belum masuk laluan sepenuhnya. Patut le rasa asyik nak terkucil je. Malam malam bangun toksah cakap. Aku ni dah takde rase nikmat tidur yang nyenyak dah. So bertabah lah ye. Kata pengorbanan seorang ibu. 

Tak sabar nak tengok baby pon ada. Cuma entahlah. Cadang nak hantar aqif balik sban awal sikit. Before aku delivery. I mean one week before my due date. Tapi tgk lah cemana. Daddy dia cakap nanti rindu la apa la ini la. Haihh aku igt nk le rehat before delivery. Eleh, macam la tak jumpa anak bujang awak tu nanti.

So hospital dan baby bag already packed. Baru semalam lepas balik dari ppum. Hahaha. Gila lama aku nak amik mood. Sebenarnya barang semua dah list down, dah kumpul dalam beg pon. Cuma tak kemas dengan proper. Malas tu no.1. Tah hape yang dinantikan tah. Eh stokin, tak beli lagi. Baby stuff pon nak tambah sikit lagi. Biasala, mak mak. Dah ada, nak kasi ada lagi. Hahaha.

Eh oklah. Ada orang belanja rojak. Yummy. Bai.





No comments: