life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 18, 2014

Minit minit terakhir

Dah nak dekat dekat due date ni rasa macam malas je. Malas keje. Malas masak. Malas itu, malas ini. Haihh. Tambah pulak tengah catuan air ni. Lagi la kemalasan melanda diri. Apa cerita kauorang? Aku sekarang tiap tiap minggu mesti sehari akan mc. Heh heh heh. Now dah weekly checkup. So alang kepalang mintak la mc terus. Malas nak patah balik pegi ofis. Baik duduk rumah rehat. Perut dah senak. Jalan banyak pon dah tak larat. Baby asyik mengeras je. Dah nak bersalin kah aku? Wuwuwu.

Sejujurnya aku dah lupa sakit bersalin ni hoi. Alaaa, nervous la. Lagi satu, asyik terfikir la aqif tu nanti camane. Now dah 37w. So dah tempoh matang dah tu. Jaga jaga cik salmah. Dulu masa aqif full term. Yang ni tak tahu lah. Ku berserah semuanya pada Allah.

Apa nak cerita eh. Takkan nak cerita pasal MH370 kot. Kang salah cerita tak pasal je buat spekulasi baru. Tapi sedih kan. Tah apa la nasib diaorang. Doa kan jela semoga semuanya selamat.

Aku ni macam blur je tau. Penyakit pelupa datang balik. Macam waktu lepas beranak satu dulu tu. Tak kenapa tah. Dalam otak fikir lain, tapi buat lain. Kerap sangat daddy tegur. Aku pun tak paham kenapa. Ke sebab aku terlalu memikirkan masalah nak bersalin ni. Haihh. Rileks lah weh. Bersalin tetap kena bersalin. Cuma masa dan ketika je tak tahu. So layan jela. Apa nak takut. Kang ke dah ada pengalaman. Eh tapi pengalaman setiap anak kan lain lain. Buat ni kali ni czer camaner weh. Takuit. Mintak mintak dijauhkan la. Aku nk normal. Taknak czer. Ewah boleh main pilih pilih ko eh.

Hahahaha. Apa aku merepek ni labu.









No comments: