life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 25, 2014

See u when i see u ;-(

Umum kita tahu malam semalam our pm kita dah declare yang flight MH370 ended in southern indian ocean. Terkejut jugak la dengar. Masa tu tengah dok tidokan anak bujang. Daddy pulak tgh layan hp. Memang kami anak beranak semua kat dalam bilik. Alih alih daddy cakap pm buat pc, comfirmkan yang MH370 ended kat lautan hindi. 

T___T
Speechless. 

Kalau dah aku yang takde kena mengena ni sedih dan terkejut, apatah lagi kaum keluarga, sahabat handai warga penumpang, anak kapal semua tu kan. 17 hari menunggu dengan harapan boleh la dapat happy ending. The end, Allah jua yg maha mengetahui. 

Najib cakap ended. So makna ended tu terhempas ke apa? kot hijack ke apa apa ke, hanya orang yg kat dalam flight tu je tahu. Body tak jumpa apatah lg serpihan flight. Ada jumpa objek, tapi tak sure. Ini yg jadi persoalan kat dalam kepala otak aku ni. Bohong la kalau aku kata bukan aku sorang je fikir macam tu kan. Maybe ada sesuatu. Yang kita sebagai orang biasa ni tidak mempunyai hak utk mengetahui dengan lebih dalam lagi. Who's know?

Wahh spekulasi sungguh.

Takdelah, now zaman kan dah moden. Takde nak tunggu pm berucap kat dalam tv lg. Mak aku kat kg tu boleh la kot.  Internet semua dihujung jari. Klik sana sini jumpa mcm mcm link yang terkadang tu eh mcm betul macam boleh percaya. Wahh gitu. Tapi ni pendapat aku la. Susah nak percaya walaupun kauorang cakap lautan hindi tu lautan yg paling ganas kat dunia.

Lagi satu, kenapa nak pegi salahkan captain. Duhh. Sebab dia ada simulator sendiri kat rumah kauorang dah label dia 'sesuatu'. Come on lah. So nak aku cakap editor kat rtm ni boleh je nak bocorkan program yang diaorang edit sebab memasing ada editing suite kat rumah/pc sendiri. Kahkahkah. Sangat kelakar tau. Tu kan minat orang. Tak boleh la nak blame sampai macam tu sekali. Kesian kat family dia.

Aku walaupun malas dah nak amik port pasal MH370 (pasal dah 17hari kot) tapi sedih jugak bila pm umum macam tu. Rasa misteri sangat. Rasa nak tahu pasaipa dan kenapa jadi begitu sangat mendalam. Kita tak tahu kan cemana la situasi keje orang yg tgh buat SAR tu. Berhempas pulas. So jgn nak sedap cakap apa yg susah sgt nk mencarinya flight MH370 tu?? Ko pegi try sendiri tengok cemana boleh belah ke tak boleh belah.

Kadang kadang lebih senang bercakap dari buat.
*peringatan utk diri sendiri.

Semoga Allah permudahkan pencarian serpihan flight tersebut. Jumpa satu pon jadila. Buat bukti supaya saudara mara warga cina yang meroyan kat dalam tv tu terdiam dan terduduk. Tak nak percaya sangat. Suka nau salah kan malaysia.

Satu hari ni memang melayan rancangan khas tribute to MH370 je. Even astro, rtm dan media prima semua hold program cuti sekolah. Aku sedih wei. Sedih sebab tanpa alasan yang munasabah. Masih banyak persoalan yg belum terungkai. Melakar sejarah penerbangan yang aku rasa takde sapa boleh lupa. 






No comments: