life is beautiful

life is beautiful

Thursday, August 28, 2014

Meet my new bestfriend

Sebab anak kedua aku ni masih menyusu badan lagi (Alhamdulillah) maka aku kena cari pump baru. Bukan apa, cuma pump yg lama dah tak serasi dgn aku. Dah tak grip. Hahahaha. Ok tipu. Sebenarnya dia mcm kureng sikit. Bila kau pump, susu mcm malu malu nk kelua. Kemudian boleh guna single je. Apa barang kan. Org nak double. Jimat masa, tenaga dan ah semualah bagi mak bekerjaya mcm aku. Matiks lah weh gaya ckp macam manager bank je superbz nya tu.

So memang dari 3rd trimester lagi aku dok usha. Ni kalau daddy tak beli kan, aku gigih beli pakai duit sendiri. Sebenarnya dah tahu condition pump lama dah tak ok. Hahahaha habis la iols kalau daddy baca blog ni. Tulah nak cakap, org sibuk beli ip5s tapi aku sibuk beli breastpump baru. Alah, beli yg biasa je takde medela bagai hoccay. Spectra m1 menjadi poojaan hatiku. 

Tadaaaa.

Gamba atas ihsan ig 

Meh aku review sikit. Pada pendapat aku, ianya ok. 
Ringan tu yg semestinya. Portable. Boleh charge macam henfon. Boleh dibawak kehulu kehilir. 
Point yg sebenarnya supaya mudah aku nak pump susu kat dalam keta in case berjalan jauh. Hihihi. 
Suck ada 5 level. Kemudian dia ada suck yg mcm massage breast kita. Entahla aku nk terangkan pon payah. Tapi aku tak guna pon sebab lebih selesa dgn suck yg 5 level tu.
Boleh single or double pumping. Then susu berlebihan takde terkeluar kelua masuk kt dalam pump.
Bunyi ok, takde macam vibrate handphone. Sama mcm spectra 3. Pada pandangan aku la.

Kiranya aku beli setakat ni alhamdulillah berbaloi. Takde lagi rungutan berat le bawak pump kulur kilir pegi ofis balik ofis kat telinga daddy lagi. Hahaha. Itu sebenar cito eh.

Aku beli kat onebabyworld shah alam. Betul betul beli dua minggu sebelum raya. Takde beli online sebab bila kira balik, samo je harganya. Kalau lebih pon lebih bape hengget je. Ada dapat warranty card. Pendek kata ok lah bagi aku yg bajet tak berapa nak ada ni. Hajat dihati kemahin nak beli medela freestyle. Tapi apakan daya harga dia boleh tahan buat aku nak meninggal. Kang beli mahal tapi hasil kureng kan ke sentap jiwa dan raga.

So marilah berdoa agar perjalanan penyusuan susu ibu utk anak kedua aku ni #dareezzaumar berjalan seperti yg dirancang. Stok dah banyak dah. Tak cukup peti ais sendiri, aku tumpang peti ais kat rumah mak aku kat sban tu. Hahahaha. Adoii la. Stok masa berpantang tuuu ngko jgn tak tahu. Harap harap boleh la guna lagi. 

Happy breastfeeding uolls!
Doakan aku ok!



No comments: