life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, August 12, 2014

Our 2nd bundle of joy - Part 1

Alhamdulillah. Selamat dah delivery anak yg kedua ni. Siap dah naik keje dah. Jangan marah ye. Hihihi. Sesungguhnya dah ada anak dua ni tersangat lah superb bz. Kaki tangan dah mcm sotong. Percayalah -__-

Seperti yg diketahui cewahh, baby dareez lahir 02.04.2014 jam 1538. Normal delivery again. Awal seminggu dari due date. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari aku warded two days before sampai la ke hari bersalinnya. 

Jom ah baca kronologi cerita.

29.03.2014 Saturday
Hujung bulan adalah minggu balik sban. Setiap bulan pon mcm tu. Sebenarnya perut dah rasa mengeras sikit tapi aku gagah je berjalan. Malas nak fikir sebab teghase diri dah ada experience. Hihihi. Otw balik tu sempat singgah tgk progress rumah. Sempat pi pekena coconut shake mantin. Nak lepaskn mengidam katanya. Dalam pada tu daddy ada cakap, tak isnin ni, maybe next week awak bersalin. Percayalah. Amboi kemahen teka teka ye. Balik ni pon nk discuss sikit dgn mak pasal nak jaga anak bujang if aku warded awal.

30.03.2014 Sunday
Aqif pegi berjalan. Aku lupa atok dan incik dia bawak p mana. Tak silap pegi kenduri kot. Tapi yg aku bebetul ingat, kami laki bini pegi dating tgk movie Need for Speed. Memang dah lama tak berdua duaan mcm ni so ambik kesempatan sementara aqif takde ni. Padahal perut betul betul rasa mengeras. Asal jalan sikit ko rasa mcm semacam. Eh? Hahahah. Alah, rasa mcm kau tu tak lama lagi nak bersalin. Gituh. Tapi aku biasa la, buat rileks rileks je. Sakit sakit pon jalannn. Kata kaki berjalan kann. Sempat jugak pi Manjaku Senawang beli basikal aqif. Sempat tapaukan family kfc barrel saja nak entertain. Wuwuwu. Nampak sangat tu tak macam nak bersalin. Malam pulak balik kl macam biasa je. Cuma aku ada la ckp kat daddy perut ni haa tegang. Dah letih dah ni bawak perut. Daddy cakap takpa, takpa esok ada checkup kan. Nnt inform kat doc cakap awak sakit camaner. Silap silap esok masuk ward. Ewahh. Suka dia je tau. Dia tak tahu ke aku ni byk fikir. Fikir camne lah nnt aqif tu sapa nak jaga. Sebenarnya aku memang dh inform kat pengasuh awal. If warded, kalau tak sempat nak hantar aqif balik sban, aku nak tumpang la ke rumah dia.

31.03.2014 Monday
Dah sarat ni memang weekly checkup. So that day aku checkup, daddy pon cuti. Sengaja nk teman aku sambil menyelesaikan a few things. Jumpa doc, yess, memang dh ada contraction, bukaan dh 1cm so need to warded. Aku? homai homai tak bersedia ni. Kihkihkih serius cuak lepastu tetiba teringat anak kat rumah pengasuh. Gagah la pi pujuk doc takmo warded hari ni sbb nak uruskn anak dulu. Padahal sebenarnya takuit. Doc siap sound, anything happen kami tak bertanggungjawab if awak tak warded by today. Duhh tepuk dahi aku. Cerita punya cerita doc bagi pelepasan, tapi petang ni kena warded jugak. Fine. Balik rumah settlekn ape ape yg patut. Rileks rileks. Settlekn anak bujang then baru pegi balik ppum. Itu pon nurse dah call banyak kali. Maka bermulalah episod aku duduk dalam ward menunggu waktu bersalin. Mihmihmih.

Actually aku dh faham dah condition diri ini. Takda makna nya de aku nak bersalin awal. Paling kuat makan masa 2-3 hari. Sebab dah ada pengalaman kan. Tapi tulah, doc mengelabah habis. Takuit aku terbersalin waktu otw nk balik hantar anak bujang. Eh lupa lak nk bagitahu, aku warded je daddy terus hantar aqif balik sban. Kalau tahu jadi gini, semalamnya tak yah hangkut dia balik. Duduk la sban tu diam diam. Ni dah berapa kali keja daa.

Dah sambung next entry eh, penat nk cerita.







No comments: