life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, August 27, 2014

Our 2nd bundle of joy - Part 2

Sambung balik part 2.

Maka bermula lah episod aku warded sampailah hari bersalin nya. Kronologi sungguh. Contraction pon takde, doc dah suruh masuk. Ikutkan hati nak balik rumah, rest kat rumah sambil tunggu tanda. Duduk wad bosan ok serius bosan. Ko duduk pandang dinding, ko dok pandang patient kiri dan depan. Mihmihmih. Actually aku kn warded kat ppum. Dapat satu bilik 4 orang.  Yang kiri masuk wad sebab air ketuban keluar tak henti henti. Dengar khabarnya dah sebulan duduk wad. Homai. Pitams mak dengar. Yang depan sebab nk operate anak ke-3. Sempat le borak borak tanya pengalaman gituh. Aku ni mujur duduk tepi tingkap. Boleh la fefeling pemandangan federal highway jammed pepetang. Wakakaka. 
 Lauk hospital yang tak berapa nak win. Sebab dah takde choice je aku telan.
 Akak kat depan katil aku ni dah selamat kena operate. Hishh seram iols.

01.04.2014 Selasa
Start contraction tapi boleh tahan lg. Petang tu daddy datang melawat. Yang aku ni pulak tengah makan sambil tengok gamba dlm hp. Tetiba tgh tgk gamba anak bujang terus sedih. Pastu nangis. Tak paham okeh. Daddy datang pujuk cakap mungkin aku sunyi. Ohh mungkin la sebab dah le warded. Tido sensorang. Sakit sensorang. Borak dalam hp tak sama dengan borak face to face. Masa ni memang menahan sakit. Bukaan pon dah 2-3cm. Kena tunggu 5cm baru tolak ke LR.

Malam memang tak lena tido. Contraction semakin mengganas. Tapi aku dah train diri ini, cakap kat diri sendiri, sakit kat perut bukan kat seluruh badan. Hahahaha. Kira okey la sebab aku rasa aku boleh tahan sakit tersebut. Tak macam 1st pregnancy. Maklumla dah ada pengalaman. -__- Kiranya aku macam dah bersedia lah utk sakit contraction. Bila dia memulas je aku tahan. Aku dengarkn ayat ayat Al-Quran dengan harapan sakit boleh reda. Tp tulah nk bagitahu, baby dlm perut mcm tahu tahu je tau. Bila pasang ayat al-quran terus kurang contraction. That mean dia pon mcm dengar sekali. Tapi tula, kalo contraction kurang maknanya bukaan lambat lah kan. Ke cemana. Hahahaha. Sambil melayan contraction sambil berwhatsapp dgn daddy. Daddy pn tak lena tido. Siap cakap, anything happen inform cepat. Manalah tahu kot bersalin malam ni ke. Tapi aku rasa tidak.
Please jangan kutuk iols. Mihmihmih. Daddy la. Aku tak bersedia kot.

02.04.2014 Rabu
Pagi aku dah siap mandi sebab mcm tahu kejap lagi nak masuk LR. Aku siap minum air zamzam dan makan kurma. Tu je sarapan aku waktu tu. Dah tak lalu nk makan apa. Sempat lagi kemas barang in case anything happen. Takut nnt takda sapa nk clearkan barang. Nak tunggu laki kang lambat. Baik buat dulu. Masa ni contraction makin kerap. Nurse hazabedah siap suruh aku jalan dari bilik sini ke seberang sana suruh check kandungan gula dalam darah. Jalan pegang dinding. Hahahah sumpah lawak sumpah mcm nk hempuk kepala nurse. Nurse bagi ubat buang air besar suruh aku berak. Bukaan dah 5cm tepat 0910Am aku ditolak ke LR. For the 2nd times. Seram weii walaupun ni pengalaman kedua rasa macam bersedia tapi kauorang tahu la setiap anak sakit lain lain. 

Pecah air ketuban 1000AM, tunggulah aku sambil melayan contraction. Rasa adoii lamanya masa nak berlalu. Dalam fikiran dok tenangkan diri cakap sakit kat perut bukan kat seluruh badan. Berulang kali. Memang positif thinking lah. 1500PM start meneran. Doc n nurse yang lain dah start kerumun utk buat apa yg patut. 

1538PM Alhamdulilah our 2nd hero selamat dikeluarkan dari perut umi dia. Lap lap sedut sedut sikit kemudian nurse terus taruk kat dada iols. YA ALLAH sungguh besar kurniaan nikmat-Mu. Now i'm umi of two little caliph. Alhamdulillah subahanallah.

Aku tak kira pulak berapa kali aku teran tapi yg pasti aku siap gelak gelak lagi sebab nafas pendek. Teran dah banyak kemudian rajin lepaskn nafas padahal kepala baby dah nampak. Hahahaha. Tulah nak cakap, memang mencabar diri sungguh nak teran baby ni. Habis... takkan nak keep terus dlm porot kan. Hihihi.

Baby dah dibersihkn baru doc suruh daddy azan. Aku tak tahu berapa lama daddy dh ada kat luar LR. Seperti biasa, mak n pak men aku datang kemudian lama sangat tunggu diorang balik. Tak lama lepas tu dalam 10min diaorang gerak dari ppum daddy call bagitahu yg aku dah bersalin. Hihihi kan ke kronologi tuu. Takde rezeki la nak nengok fresh from oven cucu ke-10 diaorng.

My first experience bila malam tu kena jaga baby sendiri right after delivery. Dah le sakit belum reda, dah ko nak kena jaga anak sendiri. Ececeh xde la kekok mana tapi kalau boleh ingat nak rest. Nasib la baby tak meragam. Tidur sajok dan cuma bangun nak minum susu. Kalau 1st baby dulu mcm pening pening lalat jugak la nak menyusukan baby for the first time. Kali ni rileks jer. Mmg dah bersedia yg 1st day susu akan segan segan nak kelua. Hahaha. Patient sebelah katil aku ni struggle habis malam tu sebab baby dia ayik nangis jer. Tak tahu pasaipa tapi aku syak baby dia kembung porot. Tak silap aku dia ada mkn makanan yg buat badan berangin dan efek ke baby. Dan nurse pon syak baby dia kembung. Tapi aku malas la nk memandai mandai tegur dia sebab dia mcm stress. Oh lupa dia new mommy. Same situation mcm aku dulu mihmihmih.
muka bebetul beberapa jam baru lepas bersalin. seeeee, porot gomok dh tak ada. hihik

baby dareez -__-

Esok 03.04.2014 by after lunch dah boleh discharge. Yeayy!! Settlekn apa yg patut then teruih balik sban. Baby tak sabor nak jumpa abg aqif, atok, incik dan pak pak sedara dia. Dan bermula lah episod berpantang 44hari WAJIB kat rumah mak sendiri. Ohh syukur daku masih mempunyai mak yg berkudrat lagi nak bela anak pempuan solo dia yg baru lepas bersalin.

Sekian.

Best tak kronologi bersalin aku?
Hahahah

Cuma nak bgtahu maybe, maybe la sebab anak no.2 kan, jadi contraction dan sakit nk meneran tu okok la. Kiranya aku dah bersedia nak berjuang dgn contraction. Kahkahkah. Tgk anak no.3 lak nanti caneeee. Lepastu berpantang pon smooth jer. Sebab sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Oh btw kan aku ada ckp aku beli bantal donut a.k.a postnatal pillow. Sangat sangat dan sangat membantu. Especially masa dalam wad duduk atas katil tinggi anak kt sebelah tidur kat tempat dia. Kahkahkah.

Dah tu je. Lama sangat peram dalam draft. Hihihi.
Akhir kata, nah aku belanja gamba dareez@ayis masa beliau dlm pantang.
Sekarang dah besa sikit. ;p




gamba paling WIN








No comments: