life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, August 20, 2014

Raya Keluarga Kecil Kami 2014

Maaf lah ye baru nak update pasal raya. Cececeaa bajet macam retis pulak kan nk update update nih padahal blog takde org baca. Hahaha. Eh ada aku kisah, raya kan sebulan.

Aku raya kat shah alam. Shah alam jerrr. Bunyi macam pasrah tapi takpa. Aku layankan disebabkan ada anak kecil #dareezzaumar. Alasan anak pulak kau ye. Ekceli raya ni turn sban tapi tulah tetiba daddy nak raya dgn makpaknya di pagi raya. Nmpk mcm diktator tp aku ok jer.

Tema takde. Sebab kelaut. Walaupon memasing pakai cokelat tapi suma cokelat pelbagai. Mihmihmih. Alah, anak kecik lagi rasa mcm takpa kot. Lagipon bila dlm gambar nmpk ok apa. Ni asyik sedongdong jer. Boringgg.

Aku mmg awal lg dah beli baju raya. Semangat punya pasai. Eh ok tipu je. Ekceli masa #calaqisya ada buat sale aku ada beli jubah n dress. Tu pon pesan kat geng susuk. Kalo tak, mahu aku pakai tshirt dan seluar di pagi raya. Jubah, dress semua breastfeeding punya fesyen. Takde nak peplum peplum bagai ok. Senang nak menyusu, senang nak pump susu kekdahnya. Nampak tak? Nampak tak disitu anak adalah priority. Takpa la aku dah redho jikalau aku tak hot macam mama mamamia yg lain. Aku lebih pentingkn keselesaan. Lagipon aku kan puteri lilin. Panas panas ni cannot go. Ko nak beraya byk rumah, dgn anak kecil, dgn breast yg penuh dgn susu yg nak dipump lagi. Ko ghase??

Aku bagi can kat kauorang dulu nak beraya sakan. Tahun ni aku dan keluarga bersederhanaan saja. Kan ke gaza tgh bergolak, MH17 punya tragedi, MH370 tak dijumpai lagi. (Al-Fatihah)  So persiapan biasa biasa je. Anak anak wajib baju banyak. Heee. Eh apa ke melalut ni. Org nak cerita pasal suasana raya. Ni dah cerita pasal diri pulak.

Ok sambung balik.

Malam raya tido di s.a sebab ada takbir raya. U know takbir raya? Alah malam sebelum raya org masjid dtg takbir dari rumah ke rumah. Gituh. Kena pulak rumah mil rumah yg pertama. Haa hamik ko tak menang tangan sediakan juadah. Ditambah lg dgn keramaian ahli keluarga  deris sendiri, maka kauorg bayangkan. Hahaha ok tipu lettew aku bertungkus lumus, padahal dok sibuk tido kan #dareezzaumar kat atas. 

Esok lepas salam bersalaman br gerak ke rumah maktam di subang. Adoi jauh kemahin kan. Maafkan lah mereka yg adik beradik dekat ini. Kemudian gerak ke sg.buloh rumah biras aku punya bapak tiri. Mama dia kawin baru tak silap aku before ramadhan hari tu. So lets berkenalan dgn pakcik dia. Peramah ngko jgn tak tahu. Dah serupa bapak aku cuma dia jawa selangor. Dua buah rumah je utk hari raya yg pertama ini kemudian kami teruih pecut balik melaka nenek aku punya rumah (belah mak). Hahaha. Dah dah dah. Jangan gelak. Aku tahu. Aku tahu mcm, aaaaa.. ni raya kebende ni??

dimulakan dgn gamba big familia. tak cukup korum pasal tahun ni abg+kak mas sefamili beraya di perak.

ni namanya tema cekelat pelbagai. 
dareez la yg paling sempoi, pakai baju jalan jer. 
takdo baju melayu. panas!
jubah by #calaqisya
tapi tulah, bencik ah lengan kemahin panjang. 
kena lipat sikit.

Kat melaka stay sampai raya ketiga. Dan boleh pulak raya kedua hujan selebat lebat tidak kendian nenda aku pegi rengit ikut paklang aku. So mak aku ditugaskan utk jaga rumah jikalau ada org datang. Sebab nk dijadikan cerita family paklong aku dan anak anak dr bekas bini 1st dia nk dtg beraya. Adoi mmg confirm tak kelua mana. #aqifzaumar dah mula bosan. So lets ke bandar melaka. Mihmihmih. Ko mampu raya kedua pegi bejalan ke bandar ibarat pelancong asing?

Menara Taming Sari dah dua kali naik masuk ni. Melaka cruise ni baru first time. Aku takuit jugak pasal bawak anak kecil #dareezzaumar kan. Buatnya dia balik nanti melalak melolong matiks la weh. So far alhamdulillah dia memberi kerjasama yg baik. Dalam perjalanan balik puas jugak aku baca ayat kursi semua. Dlm kereta mmg pasal alunan zikir je. Kita ni kalo boleh berhati hati. Tak nak benda yg tak elok ikut kita balik rumah sama.

Raya ketiga balik sban. Terus pulak beraya ke kampung halaman bapak aku. Atok dan wan dan lama meninggal so kita ke rumah kakak kepada bapak aku. Raya situ situ je. Takde beriya sgt. Sebab plan esok kami nk ikut geng atok deris ke batu pahat/muar pulak.  Aku suka pegi batu pahat/muar sebab nnt boleh makan nasi beriyani kambing dgn mee bandung muor. Hahahaha. Best kan. Sedap hingga nak makan lagi lagi dan lagi. Sampai ko tak sedar eh dah 4x tambah. Tulah deh laki iols. Makan mmg tak pelawa bini dia.

Dari batu pahat/muor teruih shut balik kl. Ko bayangkan la laki iols bawak keta dah mcm hape tah. Aku dah tak sedor kt belakang. Tahu tahu eh dah sampai kl. Ajaibbb. Anak anak pon tido sakan. Penat lettew kena gomol sepanjang hari.

Sebenarnya tak puas beraya engko. Tengok tengok je dh nk habis raya. Anak anak je yg seronok. Seronok dpt duit ghaye. Mak pak dah tak kisah. Asal anak suka hati tu dah cukup.

Raya kauorg cemana? Baju, kasut, tudung berapa pasang? Henbeg baru ade beli tak? Aku takdeee. 
Hahahaha. 

Eh oklah. Aku sebenarnya tgh berkursus. Adobe InDesign gituh. Kalau lepas ni aku tukar profession jadi graphic artist kauorang jangan marah hee.

Babai!







No comments: