life is beautiful

life is beautiful

Thursday, September 18, 2014

Remind



Dalam hidup setiap orang pasti punya rahsia yang tersendiri.
Ada yang perlu dikongsi.
Ada yang perlu disembunyi.

Bukan semua perkara perlu dicerita.
Biar terus menjadi rahsia kita...
Mungkin itu lebih bahagia...



see u when i see u,
xoxo




Saturday, September 13, 2014

Aqif turns 2

No matter how old you grow, our love for you will always show.
No matter where you are, we will be your best wishes by far.
No matter how rich you become, you will always remain our little son.

Happy 2nd Birthday, sayang.
06092012

Semoga jadi anak yg membanggakan ahli keluarga mu.
Umi, daddy, adik, semua sayang awak.

Ni namanya pre-celebration. 
Beli 2 slice jer pon.
 Bebetul punya kita celebrate dgn idris's clan ye.
Hadiah pon tak beli. Mihmihmih.
Kijam umi ko ni,


video

Kauorang tak rasa aqif comel ke? Wakakaka mati la nakk puji anak sendiri. Takdeee, sebab dia pakai baju kaler kuning sebab tu macam menyerlah bajet sesuci embun pagi giteww. *lap peloh sikit*
Ni kek tunggu daddy balik keje baru pegi beli. Kasihan kan kami. Gini lah nasib iolls yg beranak dua sejak akhir akhir ni. Kemana mana skrg mmg daddy je la yg runner. Kang takkan nak mengangkut baby kecik tu. Tak mahu tak mahu.

Hadiah nanti eh nak. Umi daddy tak sompek nak pegi beli, Maklomla, kami berdua ni busy mengalahkan pak ajib.




Thursday, September 11, 2014

dareez zaumar

Kalau kauorang perasan aku jarang cerita pasal dareez kan. Amboiii, bajet belog awak ni ada  ramai follower ye. Matiks la nakk. Bahaha, Bukan apa wei, macam masa tu mencemburui aku je. Nak update belog pon bercinta. Maklom la sekarang aku dah kena buat 4 kerja dalam satu masa. Macam supermak kan aku? Hihihi Ok tipu.

Kerja hakiki kena utama kan. Betullll. Sebab tu sumber mata pencarian kau.  Kerja kerja sampingan yang lain aku kena pandai bahagikan masa. Mana nak melayan anak, suami. Mana nak uruskan rumahtangga lagi. Adeyyy, nak cuti satu hari boles tanpa buat apa apa keja? Hurmm hurmm kalaulah boles. -___-

Okok melalut dah ni. Hajat di hati nak cerita pasal anak kedua beta. Eh eh jangan timbul spekulasi. Belum ada ketiga lagi. Tapi kalau ada apa salahnya ye tak hihihi anak tu kan pembawa rezeki. Dareez betul la anak kedua, kadang kadang panggil ayish kadang kadang aku panggil je adik. Tapi nama sebenarnya dareez. Apa banyak benor tapi kau ni kecil. Daddy lah ni kemahin payah nak memanggil dareez... dareez. Terus lekat panggilan ayish. Layan je lah.




 Kejap cerah kejap gelap anak den ni. 
Takpa lah nak, putih ke hitam ke janji awak sihat sudah la.
Kan ke muka baby ni berubah ubah, 
Ada pulak statement cakap anak den putih cam dinding lagi ni kang.
Hahahaha.


 Training botol. Gigih hoccay. Sebab umi kau nak beurut.

Tenapa dareez?

Entah. Jangan la tanya tenapa sebab aku memang takdo jawapan. Tak plan pon nak taruk nama dareez. List nama  masa pregnant memang buat tapi buat jelah. Hahahaha. Derr, panjang kot. Konpius nak taruk nama apa. Semua nampak sodap disebut. So bila dia dah lahir, dah tengok muka barulah boles decide. Dia kena renung dulu muka anak, telek telek, syium syium kemudian baru boleh letak nama. Itu kekdahnya. Maksud dareez? Hurmm hurmm. Orang yang belajar gitu la. Kelass kan aku post kat fb semua cakap nama cam retisss. Hahahahaha pelis la wei. Nama je macam takpa, jangan jadi retis sudah. Tak mahu tak mahu. Tapi kalau rezeki jadi retis imam muda ke pencetus ummah ke boleh dipertimbangkan ;p










Nahh muntah darah kauorang tengok gamba dareez. Ishh aku tengok gamba dia ni terus rindu. Rasa macam nak balik rumah sekaranggg jugak nak syium gomol gomol.

Dalam pantang dia ni alhamdulillah senanggg angat jaga. Pandai bawak diri since abang dia macam sukar dikawal. Maklom la tetiba dapat adik sama jantina padahal baru plan nak manja terlebih lebih dengan umi daddy. Hahahaha. Minggu pertama rumah macam disaster. Pening aku. Mujur atok rajin melayan si abang. Takde istilah kurang kasih sayang hoccay. Umi daddy sayang semua sama jer. Cuma buat masa ni adik kena lebih perhatian. Kecil lagi.

Dareez muka murah dengan semyuman. Dah la murah, manis lak tu ewahh membanding banding kan nampakkk. Eh betul lah orang cakap, setiap anak perangai semua lain lain. Maybe sebab masa aqif dulu aku memang struggle habis waktu pantang so kali ni aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal, Tapi alhamdulillah dareez jarang buat masalah. Keja tidoo jer sampai sekarang. Cuma sometimes ada la angin dia tak kena, meragam jugak.

Kena kacau dengan abang memang selalu. Abang cemburu kau tahu. Bila aqif buat perangai aku cakap taknak kawan, umi nak duduk dengan ayish kooo siap la nanti dia meluru kat adik nak di picitnya budak tu. So memang aku kena dabel berhati hati. Bukan tak pernah jadi dia sengaja ketok kepala dareez sajaaa mengada. Aku memang menyinga. Hahahaha nasib la ko nakk dapat umi garang. Auwmm.


Official dapat menyiarap masa 4m2w. Before tu asal nak menyiarap je jatuh. Bahaha comels. Ni dah expert siap dah boleh mengundur. Pon dah boleh golek golek. Suka sakat dia sampai dia fade up lepas tu nangis. Ahahahaha,



Haaa ni gamba latest. Pasaipa dareez buat muka cenggitu tidak la aku paham. Muka nak feeling confuse. Bahahaha. Cubit kangg baru tahu. Budak ni suka bila kita gomol syium ganas ganas pipi dia. Mula la menganga nganga mulut lepastu mulut boleh tahan bising ;p Haishh macamana tak rindu. Macamana tak hati ni meronta ronta nak balik cepat. Haii la anak.

Ni baru anak dua. Belum tiga, empat dan seterusnya. Cuma yg boleh aku cakap kat sini, being a mom with two kids is awesome. Memang kau tak menang tangan lah. Memang keja semua nak kena cepat, pantas, ringkas dan teratur. Kalau kau skip satu benda otomatik keja kau jadi bertambah tambah lak. Hihihi. Iols takdo bibik maka guna la kudrat empat kerat ni. T__T

So tujelah buat masa ni cerita pasal anak kedua beta. Later cerita lagi ye.





Evening walk@Putrajaya

Tak plan pon tapi sebab alang alang ke rumah geng susuk kt bangi maka lets kita ke putrajaya melawat kawasan. Hajat di hati nak bawak anak bujang besor main kat dataran putrajaya. Tapi masalahnya hazabedah ramai gila engko manusia. Tahu lah cuti hujung minggu. Derr, takde tempat lain ke kauorang nak menyinggah? Kasi chance la kat kitaorang ni. Oleh itu kami decide pegi ke area masjib besi. Dari jauh nampak macam ada tasik. So kesana terus. Parking pon senang, orang pon tak berapa nak ramai. Aman sikit. Baru lah boleh menghirup udara petang dengan tenang. Mihmihmih.


Ok, pentipu pandai kayuh. Takda makna. Dia tolak pakai kaki jer. Hahaha. 
Takpa. Takpa. Nanti nanti pandai lah kan. Asal boleh bergerak beskal tu sudah. 
Ekceli basikal beli dah lama. Hadiah utk aqif before adik dia keluar. Kira upah nak pujuk. 
Ko budak sengih kemahin kan. Tumbuk pipi tu kang.

Satu perangai aqif dia sukaaa gilaaa tengok ikan, tengok air. 
Tuuu nampak la kalau boleh nak dimasuknya dalam tasik. 
Mulut tak henti henti cakap fish fish.. ikan ikannn.. uuu airrr uuu airrr.
Ye, tahu tu ikan, tu air. Umi lebih dulu makan garam dari awak. ;p


Bila la pipi tombam aku ni surut. Stress tahu tak. 
Now lemaks semua turun ke lengan. Jangan tertipu la kauorang tgk aku kuruih. 
*lap peloh*
Punya struggle aku nak mendapatkan bentuk badan idaman kembali. 
Aaaaa tikam paha sendiri.

Daddy tengah agah ayish. Kemahin gelak sakan. 
Ni lagi satu rasa macam tak tumbukk jugak pipi dia ni. Gerammm tahu. 
Dah la budak pemurah dengan senyuman. Agah sekali, dia punya gelak mak oii berkali kali. 
Macamana lah umi tak ghindu kat awak. Rasa nak gomol sampai lemas boleh? 
Hihihi
Kemahin weii jalan sensorang bajet abang angat tau. 
Budak ni bukan boleh lepa sikit. Panjang je langkah dia. 
Panjang langkah takpa kan sayang, jangan panjang tangan sudah. 
Itu jam memang kena rembat la dengan umi kau ni. 
Umi kau ni garang tahu tak. Grrr grrr.


 My eldest son. Haih. Dah besar rupanya.
Bila masa membesar taktauu.
Ni la deh bukti dia sukaaa air. Sampai camtu sekali engko.
Aku dah cuak takut dia terjun teruih dalam tu.
Budak ni boleh boles percaya. Penuh dengan kejutan kau tahu.
Semput umi kau nak melayan.

Nak pegi main kat luar tokleh setiap minggu, nanti boringgg. So sesekali ada masa terluang ni kita bawak dia jalan. Umur umur macam dia nak jalan kat shopping mall memang tak seswai lagi la. Ada yang buat bergaduh laki bini je kang sebab penat nak mengejar. Hohoho. Takpa, bukan dia tak membesar ye tak. Tunggu la esok dah besar dan bijak sikit kita bawak. Kau nak kemana nak, umi daddy bawakkk. Don't worry. Cuma buat masa ni, nanti dulu. Plus ayish pon kecil lagi. Dia bukan suka kat tempat yang ramai orang ni. Cukup la kat klinik hari tu monthly checkup. Merengek menangis saja sebab nak tido nak syusyu tapi ramai orang. Tak biasaaa. Bahahaha. Macam macam perangai anak anak syurga aku ni. Apa apa pon mari ler bertabah. Hihihihi. 
Last gamba dari kami.
Muka sama tak? Muka sama tak?
Apaa? tak sama?
Ishhh.





Tuesday, September 02, 2014

It's been 12 years

Kalau kawin lepas sekolah confirm anak dah berderet pehtu dah besa kot. Kemudian tak cam mana satu mak mana satu anak. Sat lagi bila jalan bersama dah macam ahkak bawak adik jalan dengan bapak. Kahkahkahkah. Ok tak kelakar.

Selamat ulangtahun perhubungan yang ke dobelas sayang.
2002 - 2014

Ewah sayang sayang kunun. Hek nak muntah ni. Dah dobelas tahun ngko aku mengenali daddy yang kucintai dari hati nurani ini. Dah hampir kenal luar dan dalam malah bila dia sengih dan rasa macam nak cakap sesuatu pon aku dah tahu apa yg dia fikir kat dalam kepala otak tu. Heeeee. Toksah le nak argue sangat dgn iols. Paham dah.

Maka hadiah aku kasi seplastik besar kitkat chunky mini yg aku kirim kat geng susuk dengan ucapan, makan le sampai lebam ye sahyanggg.

Eeeei sayanggg nya kat daddy.

Terima kasih lah ye sebab sentiasa bertahan dengan iols yg kuat menyakitkan hati. Dah le menyakitkan hati, pehtu suka buat kepala sendiri pehtu buat muka keras dan tak bersalah. Lama sikit baru nak menyesali perbuatan diri kemudian menyesal. Hahahaha bukak pekung sendiri nampak.


Gamba raya yg macam hape tah. Ekceli dia nak buat badan abg sado gituh pehtu aku cakap aaa kemon la nnt iols tenggelam. Kesudahnya ni lah gomah eh. Sekali lihat macam aku kawin dgn laki orang tua tauuuu. Bencik ah. Patut la masa kat klinik checkup dareez dulu dulu ada la beberapa biji mata pandang weols semacam jer. Bayangkan la, dgn aku bawak baby baru lahir dgn berstokin masih dlm pantang berpimpin lak dgn daddy yang ko ghase rupa camaner??

Kahkahkah.

Tolonglah jgn sentap ye. Hakikat. ;p