life is beautiful

life is beautiful

Thursday, September 11, 2014

dareez zaumar

Kalau kauorang perasan aku jarang cerita pasal dareez kan. Amboiii, bajet belog awak ni ada  ramai follower ye. Matiks la nakk. Bahaha, Bukan apa wei, macam masa tu mencemburui aku je. Nak update belog pon bercinta. Maklom la sekarang aku dah kena buat 4 kerja dalam satu masa. Macam supermak kan aku? Hihihi Ok tipu.

Kerja hakiki kena utama kan. Betullll. Sebab tu sumber mata pencarian kau.  Kerja kerja sampingan yang lain aku kena pandai bahagikan masa. Mana nak melayan anak, suami. Mana nak uruskan rumahtangga lagi. Adeyyy, nak cuti satu hari boles tanpa buat apa apa keja? Hurmm hurmm kalaulah boles. -___-

Okok melalut dah ni. Hajat di hati nak cerita pasal anak kedua beta. Eh eh jangan timbul spekulasi. Belum ada ketiga lagi. Tapi kalau ada apa salahnya ye tak hihihi anak tu kan pembawa rezeki. Dareez betul la anak kedua, kadang kadang panggil ayish kadang kadang aku panggil je adik. Tapi nama sebenarnya dareez. Apa banyak benor tapi kau ni kecil. Daddy lah ni kemahin payah nak memanggil dareez... dareez. Terus lekat panggilan ayish. Layan je lah.




 Kejap cerah kejap gelap anak den ni. 
Takpa lah nak, putih ke hitam ke janji awak sihat sudah la.
Kan ke muka baby ni berubah ubah, 
Ada pulak statement cakap anak den putih cam dinding lagi ni kang.
Hahahaha.


 Training botol. Gigih hoccay. Sebab umi kau nak beurut.

Tenapa dareez?

Entah. Jangan la tanya tenapa sebab aku memang takdo jawapan. Tak plan pon nak taruk nama dareez. List nama  masa pregnant memang buat tapi buat jelah. Hahahaha. Derr, panjang kot. Konpius nak taruk nama apa. Semua nampak sodap disebut. So bila dia dah lahir, dah tengok muka barulah boles decide. Dia kena renung dulu muka anak, telek telek, syium syium kemudian baru boleh letak nama. Itu kekdahnya. Maksud dareez? Hurmm hurmm. Orang yang belajar gitu la. Kelass kan aku post kat fb semua cakap nama cam retisss. Hahahahaha pelis la wei. Nama je macam takpa, jangan jadi retis sudah. Tak mahu tak mahu. Tapi kalau rezeki jadi retis imam muda ke pencetus ummah ke boleh dipertimbangkan ;p










Nahh muntah darah kauorang tengok gamba dareez. Ishh aku tengok gamba dia ni terus rindu. Rasa macam nak balik rumah sekaranggg jugak nak syium gomol gomol.

Dalam pantang dia ni alhamdulillah senanggg angat jaga. Pandai bawak diri since abang dia macam sukar dikawal. Maklom la tetiba dapat adik sama jantina padahal baru plan nak manja terlebih lebih dengan umi daddy. Hahahaha. Minggu pertama rumah macam disaster. Pening aku. Mujur atok rajin melayan si abang. Takde istilah kurang kasih sayang hoccay. Umi daddy sayang semua sama jer. Cuma buat masa ni adik kena lebih perhatian. Kecil lagi.

Dareez muka murah dengan semyuman. Dah la murah, manis lak tu ewahh membanding banding kan nampakkk. Eh betul lah orang cakap, setiap anak perangai semua lain lain. Maybe sebab masa aqif dulu aku memang struggle habis waktu pantang so kali ni aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal, Tapi alhamdulillah dareez jarang buat masalah. Keja tidoo jer sampai sekarang. Cuma sometimes ada la angin dia tak kena, meragam jugak.

Kena kacau dengan abang memang selalu. Abang cemburu kau tahu. Bila aqif buat perangai aku cakap taknak kawan, umi nak duduk dengan ayish kooo siap la nanti dia meluru kat adik nak di picitnya budak tu. So memang aku kena dabel berhati hati. Bukan tak pernah jadi dia sengaja ketok kepala dareez sajaaa mengada. Aku memang menyinga. Hahahaha nasib la ko nakk dapat umi garang. Auwmm.


Official dapat menyiarap masa 4m2w. Before tu asal nak menyiarap je jatuh. Bahaha comels. Ni dah expert siap dah boleh mengundur. Pon dah boleh golek golek. Suka sakat dia sampai dia fade up lepas tu nangis. Ahahahaha,



Haaa ni gamba latest. Pasaipa dareez buat muka cenggitu tidak la aku paham. Muka nak feeling confuse. Bahahaha. Cubit kangg baru tahu. Budak ni suka bila kita gomol syium ganas ganas pipi dia. Mula la menganga nganga mulut lepastu mulut boleh tahan bising ;p Haishh macamana tak rindu. Macamana tak hati ni meronta ronta nak balik cepat. Haii la anak.

Ni baru anak dua. Belum tiga, empat dan seterusnya. Cuma yg boleh aku cakap kat sini, being a mom with two kids is awesome. Memang kau tak menang tangan lah. Memang keja semua nak kena cepat, pantas, ringkas dan teratur. Kalau kau skip satu benda otomatik keja kau jadi bertambah tambah lak. Hihihi. Iols takdo bibik maka guna la kudrat empat kerat ni. T__T

So tujelah buat masa ni cerita pasal anak kedua beta. Later cerita lagi ye.





No comments: