life is beautiful

life is beautiful

Thursday, September 11, 2014

Evening walk@Putrajaya

Tak plan pon tapi sebab alang alang ke rumah geng susuk kt bangi maka lets kita ke putrajaya melawat kawasan. Hajat di hati nak bawak anak bujang besor main kat dataran putrajaya. Tapi masalahnya hazabedah ramai gila engko manusia. Tahu lah cuti hujung minggu. Derr, takde tempat lain ke kauorang nak menyinggah? Kasi chance la kat kitaorang ni. Oleh itu kami decide pegi ke area masjib besi. Dari jauh nampak macam ada tasik. So kesana terus. Parking pon senang, orang pon tak berapa nak ramai. Aman sikit. Baru lah boleh menghirup udara petang dengan tenang. Mihmihmih.


Ok, pentipu pandai kayuh. Takda makna. Dia tolak pakai kaki jer. Hahaha. 
Takpa. Takpa. Nanti nanti pandai lah kan. Asal boleh bergerak beskal tu sudah. 
Ekceli basikal beli dah lama. Hadiah utk aqif before adik dia keluar. Kira upah nak pujuk. 
Ko budak sengih kemahin kan. Tumbuk pipi tu kang.

Satu perangai aqif dia sukaaa gilaaa tengok ikan, tengok air. 
Tuuu nampak la kalau boleh nak dimasuknya dalam tasik. 
Mulut tak henti henti cakap fish fish.. ikan ikannn.. uuu airrr uuu airrr.
Ye, tahu tu ikan, tu air. Umi lebih dulu makan garam dari awak. ;p


Bila la pipi tombam aku ni surut. Stress tahu tak. 
Now lemaks semua turun ke lengan. Jangan tertipu la kauorang tgk aku kuruih. 
*lap peloh*
Punya struggle aku nak mendapatkan bentuk badan idaman kembali. 
Aaaaa tikam paha sendiri.

Daddy tengah agah ayish. Kemahin gelak sakan. 
Ni lagi satu rasa macam tak tumbukk jugak pipi dia ni. Gerammm tahu. 
Dah la budak pemurah dengan senyuman. Agah sekali, dia punya gelak mak oii berkali kali. 
Macamana lah umi tak ghindu kat awak. Rasa nak gomol sampai lemas boleh? 
Hihihi
Kemahin weii jalan sensorang bajet abang angat tau. 
Budak ni bukan boleh lepa sikit. Panjang je langkah dia. 
Panjang langkah takpa kan sayang, jangan panjang tangan sudah. 
Itu jam memang kena rembat la dengan umi kau ni. 
Umi kau ni garang tahu tak. Grrr grrr.


 My eldest son. Haih. Dah besar rupanya.
Bila masa membesar taktauu.
Ni la deh bukti dia sukaaa air. Sampai camtu sekali engko.
Aku dah cuak takut dia terjun teruih dalam tu.
Budak ni boleh boles percaya. Penuh dengan kejutan kau tahu.
Semput umi kau nak melayan.

Nak pegi main kat luar tokleh setiap minggu, nanti boringgg. So sesekali ada masa terluang ni kita bawak dia jalan. Umur umur macam dia nak jalan kat shopping mall memang tak seswai lagi la. Ada yang buat bergaduh laki bini je kang sebab penat nak mengejar. Hohoho. Takpa, bukan dia tak membesar ye tak. Tunggu la esok dah besar dan bijak sikit kita bawak. Kau nak kemana nak, umi daddy bawakkk. Don't worry. Cuma buat masa ni, nanti dulu. Plus ayish pon kecil lagi. Dia bukan suka kat tempat yang ramai orang ni. Cukup la kat klinik hari tu monthly checkup. Merengek menangis saja sebab nak tido nak syusyu tapi ramai orang. Tak biasaaa. Bahahaha. Macam macam perangai anak anak syurga aku ni. Apa apa pon mari ler bertabah. Hihihihi. 
Last gamba dari kami.
Muka sama tak? Muka sama tak?
Apaa? tak sama?
Ishhh.





No comments: