life is beautiful

life is beautiful

Monday, October 13, 2014

City Park S2

Semenjak Aqif dah semakin mudah dikawal ni daddy suka angat ajak pegi jalan. Alah.. Bukan jalan mana pon.. Jalan pegi playground lah, jalan pegi rumah sepupu sepapat lah dan lain lain. Shopping je tokleh ikut... Mihmihmih. So kali ni alang kepalang lepak Seremban lama... Maka moh kita ke City Park cuci mata tengok ikan.

City Park S2
Masalahnya lawa ke?
Lawa lah woih... sebab ada angin angin. Eh apa kena mengena?

Nak tengok ikan punya pasal berpusing lah kita ye. *pheww* Lap peloh. Mak kau ni dah la puteri lilin. Pakai heels pulak tu. Daddy selamba je suruh kita jalan jauh jauh. Balik sakit betis huahahaha. Tulah... perasan sangat macam anak dara. Kan dah sakit. Well, beauty is pain... Sekian makaseyy.


Aqif ni mengada. Cakap nak tengok fish, tapi nak dimasuknya dalam tasik. Fening daddy kau melayan. Umi macam biasalah... lepak tepi. Malas nak layan. Kang nanti umi jadi singa betina kang acanee. Nasib dareez tak ikut... tinggal kat rumah cik jaga. Kalau adik ikut lagi haru. Budak kenit tu dah pandai berpusing badan. Takde nak duduk diam bila orang dukung hoccay. Dah besar!



Aqif Zaumar abang kawasan yang sukar diduga. Kadang kadang comel rasa nak pelok ketat ketat. Kadang kadang perangai rasa nak cekik cekik je. Umi kau urut dada. Nasib lah anak dapat umi garang macam ni. Eh bukan garang... tegas je. Tegas sebab umi kena jaga adik jugak dalam satu masa. Tu tak cukup kaki dan tangan. Kalau awak tinggal sorang dengan umi, umi ok jer. Hihihihi


Lepas tengok ikan, moh kita tengok diaorang aerobik. Kat sini kalau tak silap aku, every weekend MPS ada anjurkan senaman aerobik untuk orang ramai. Free je. So datang lah wey. Agak agak malu buat sengsorang kat rumah sebab nanti laki gelakkan, jom kita ajak kawan kawan join aerobik kat sini. Buat ramai ramai ok apa... takde malu sangat kan. ;p

Biasalah aqif kalau dah penat macam ni la gayanya. Baik dukung terus dari suruh dia berjalan. Daripada kau sakit hati tengok dia berguling kat tengah jalan tu kannn. Haihh. Balik jom balikkk. Kesian adik kena tinggal kat rumah.

See ya!





No comments: