life is beautiful

life is beautiful

Thursday, October 30, 2014

Family Bonding: Aquaria KLCC

Actually since aqif and dareez belum lahir lagi kitaorang dah list down kan tempat tempat yg perlu dilawati oleh kami anak beranak kelak. Hahahaha kelass kau in advance sungguh. Bukan apa... dulu masa bercinta boringg dah tak tahu nak pergi mana asyik wayang, wayang dan wayangg saja itu yg timbul idea bilamana nampak taman burung, taman rerama, zoo dan lain lain meh kita senaraikan tempat yang mesti kita lawati atau bercuti pabila kita dah berkeluarga nanti. Wahh matiks lah weii macam masa tu dah confirm sangat jodohnya kitaorang laki bini. Heheheeee

So since aqif kesayangan daddy ni dah pandai cakap, eh takde pandai sangat tapi boleh la dengar suku kata patah perkataan tu dari bebel tah papa kan... dah pandai mendengar arahan dan dah boleh dikawal... kitaorang decide nak bawak dia tengok ikan. Kemudian nasib memang lucky habis sebab Groupon ada offer tiket murah tak berapa nak murah sangat la untuk masuk ke Aquaria. Alah murah seploh hengget pon murah jugak kan... kemudian toddlers below 3y FOC makanya bolehhh sangat ni nak bawak aqif. Mihmihmih

Kemudian kitaorang laki bini gigih ambik leave supaya takde orang nak calling calling mengganggu privacy kami sekeluarga. Ewahhh kemahin lah kau. Aku ok jer, daddy la semak tahu tak bila dok dating berdua ke beranak-anak ke sibuk naw orang call tanya itu ini. Apa awak ni pak jib pon tak sebusy macam tu.

So jom tengok gambar!
Kualiti gambar adalah tak berapa nak clear kerna menggunakan compact camera kemudian flash tokleh digunakan okay. Kang terkejut ikang tu semua... naiya. Hahahaha.








Actually kan, dia ada masa masa yang kita boleh feed ikan. Tapi aku tak tunggu pon sebab malas. Aqif kita dah bagi tengok ikan macamni pon dah suka gila kooo. So tak payah nak tunggu sangat. Mihmihmih






Kat section tunnel ni yang aku paling suka. Ada moving walkway yang bawak kita mengelilingi aquarium. Eh aquarium ke? kekekeke. Belasah je lah labu. Nanti kalau bernasib baik akan ada penyelam/pekerja bagi ikang besar besar tu makan. Wahhh teruja! Sebab dalam aquarium tu ada jerung tahu... jerunggg! Mampu??
Ok umi gemok. Sekian.




Haaaa, nampak tak? nampak tak jerung tu lalu? 
Nak jadikan cerita tetiba aquarium pecah kemudian jerung terlepas, 
habis la habis la kitaorang kena ngap. 
Hurm hurm.
 Ni sapa yang suka angat ni... daddy ke aqif? feninggg.
Kat section ni memang agak lenguh sikit kalau sesiapa yang ada baby/toddlers... strollers tak boleh bawak masuk tunnel sebab walkway akan bergerak... so berdukung okay. Tak nak berdukung pon takpe cuma tak best la anak kau kan rendang acane nak menghayati ikan ikan kat dalam tunnel tu.
 Haaa tu deh penyelam bagi ikan makan.






   










Kauorang tengokkk... orang ajak bergambar pon susah... ada yang aku gigit ni kangg. 
Kerja nak kesana kesini nak explore bagai. 
Rileks lah qif, kita tengok ikang duluuu. Nak explore tu nanti nanti la.
Bukan selalu umi daddy bawak awak tengok ikang ni.
Silap silap lepas tu tunggu dareez besar sikit baru jejak balik Aquaria ni.


 Obor obor lawa dek pantulan mentol warna warni. Eh betul ke tak? Ke bukan?
Obor obor kaler putih kan? Ke cemana?

Ok dah habis. Punyalah tak perasan dah habis kita menjelajah Aquaria ni. Lepas tu salah kan satu sama lain. Bahaha. Tak puas hati kemudian kitaorang pergi balik kat main entrance cakap kat Supervisor dia yang kitaorang tak tahu pon tetiba dah sampai kat tempat souvenir... mana aciii. Tak puas nak menerokai segenap pelusuk Aquaria ini. Tahu tahu je dah sampai pintu belakang. Nasib abang tu baik hati lalu bagi kitaorang masuk and explore untuk kali kedua. Hurm hurm.

Kemudian, lahhhhh. Betul la tak besar mana pon Aquaria tu wakakakakaka. Ada 3-4 section jer. Kemudian habis. So kalau nak lama lama dok kat dalam tu jangan le engkorang follow then flow/orang ramai. Lepak lama sikit kat satu section kemudian baru bergerak ke section seterusnya. Barulah puas nak membelek ikan, meneliti hidupan aqua marin gitew.

Before pulang mari ler kita makan. Perut pon dah lapar, aqif pon dah macam tak boleh nak dikawal. Haa tu tandanya dia pon lapar jugak.


Kauorang tengok...perangai angat tauuuu. Nasib memang hari dia hari ni. Memang nak entertain dia seharian ni maka bertabahlah daddy. Kahkahkah

Selesai satu hari di Aquaria. Dah boleh remove dalam list. So next kemana pula kita? Daddy pleaseeee, swimming pool satu!

Diakhiri dengan gambar terbaru dari dareez zaumar yang dah nak masuk 7months. Bila membesar tak tau. Alih alih je budak ni dah boleh makan... dah berpusing... dah bergerak kedepan kebelakang. Heyy jangan la besar cepat angat!
Kbai.







No comments: