life is beautiful

life is beautiful

Friday, October 10, 2014

MyKidz

Itu hari balik Seremban saja singgah sini bawak anak bujang tu main. Itu pon aku nampak ada member post kat facebook. Kalau tak.. memang tak tahu seumur hidup. Bahahaha. Mak kau nama je orang Seremban tapi apa yang tengah in kat sana memang dia confirm tak tahu. Eh, aku kan dah bermastautin di KL. Maka aku secara otomatik jadi orang KL kannn. Ke cemana??

Ada nandek kat dahi. Mihmihmih.
Nyamuk suka angat kat awak eh.
Sebab tu dia bagi tanda.


Kitaorang kan laki bini gilir gilir jaga aqif kat dalam. Alah, bukan jaga sangat.. Just duduk saja sambil tengok dia main. Kalau lah rumah aku besar, dah ku buatkan playground satuuu.. Kahkahkah. Nanti takde la memekak nak pi main nak pi main.. Haaa duduk rumah main kat rumah.. Kalau boring angat ajak sepupu sepapat main sama. Sambil main, umi kau ni boleh la membaking.. Ewahh imaginasi amboi sangat  tuuu.


Aku share gambar kat group. Ofismate aku cakap kat KL dia belom jumpa lagi hok pasir jenis gini. So maknanya Mykidz kat Seremban ni up-to-date lah ye?... Hihihi kerlass. Patut la Aqif beriya sampai tak heran umi daddy ada ke tak kat sebelah dia. Dia punya kusyuk... Ya ampun. Kalau gini la kau main kat rumah... Memang umi kau heaven gila buat kerja rumah.

Aku ada baca satu artikel... Biasakan anak anak kecil kita yang berumur dari 1-3 tahun main pasir, buih, rumput etc... Tu semua boleh merangsang motor skills dan sensory skills dia. Kalau boleh bagi dia sentuh guna tangan dan kaki sendiri. Eh tapi kat sini kena pakai stokin. Cemana tu?




 Budak suka pakai baju banana. Asal nampak minion jer panggil Banana. Hey nama dia Minion lah.
Aku lupa la bayaran masuk dia berapa. Tak silap RM25 untuk dua jam. Mahal tak?... Mahal lah woih. Amanville kat Space U8 baru bape hengget... lagi best. Lagi banyak tempat boleh main. Lepas tu sebelah dia ada subway. Boleh tapau makan kat dalam tu. Bahahaha... Banyak songeh betullah umi kau ni. Dah ini je yang dekat dengan rumah. Nak pegi Senawang nanti aku takut dengan daddy dia sekali tak nak balik. Dah... main kat sini jer. 

MyKidz ni kat dalam Mydin Mall S2, Aku pertama kali jejak sejak dia buka hujung tahun lepas. Lepas ni agak agak malas nak pegi Mydin Subang, kita belah belah kat sini jer ok. Anak anak boleh tinggal dengan atok dan cik. Budak budak tokleh ikut orang besar shopping... Tak bagus untuk kesihatan. Hihihihi... Padahal nak cepat dan nak jimat masa. Nanti la nakkk... Dah besar sikit kauorang nak pegi mana umi daddy Insyallah bawak kan.





No comments: