life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, November 25, 2014

Rentetan dari Karnival Upin Ipin 2014

Hari tu kan aku ada cakap pasal Karnival Upin Ipin ni... Beriya kata nak pergi bawak aqif. Tapi akhirnya tak pergi. Huahahahaha. Sila jangan sedih ye aqif. Kang kalau kita semua pergi, nak cari parking satu hal... nak menapak jauh lagi... sebab dah memang confirm parking jauh. Sapa yang dapat parking dekat tu memang syabas aku ucapkan... err err datang pukul berapa tuu??

Aku dan daddy tak kental nak mengharungi lautan manusia... tak gigih nak menapak jauh sambil dukung aqif [budak ni tak pakai stroller dah... apa baranggg... dah bujang] So aqif, nanti la next next time ok. Tunggu awak dah bebetul pandai berdikari lepas tu karnival pulak dibuat kat tempat yang super luas macam kat Stadium Bukit Jalil ke... Hahahaha

Seriuslah weyy, before gerak dah recce line... dah google keadaan disana macamana. Group WA, kawan kat FB pon dah update kata ramai orang... bersesak sesak... kereta dah bersusun sampai masuk ke area rumah dia [dimana kawan kitaorang ni dok kuarters putrajaya]. So nak tempuh lagi? Memang tak ah. Tu pon seb baik dareez comels tu tinggal dgn makpak aku. Kalau bawak dia gak memang, memang kami lagi bini saja je nak susahkan diri. Hahaha. Alah takde susah pon tapi sebab dareez kan kecik lagi... lepastu nak bawak kat tempat ramai orang... eyyy sorry ok. Budak tu dah le tak boleh nak stay kat satu tempat doplohpat jam. Dia dah nak merangkak memanjat ok. 

Alang kepalang dah keluar tu jom kita melawat kawasan. IOI City Mall baru bukak... dengar kata ada ice skating. Tujuan pon ada. Aku nak cari sport shoes. Takde cite banyak... ke sana ke kita. Tapi kan sedih gak lah... barang aku tak dapat... Daddy amboiii... shopping sakan nampak. Ni keperluan ke keinginan ni? Hurm hurm.

Besar jugak mall baru ni. Tak larat nak jalan. Aqif la yg paling win. Suka dia kesana kesini lari lari kecil. Kemudian kat tingkat bawah ada tempat  air pancut kauorang boleh duduk tapi aqif kan... boleh pulak suruh bukakkan baju dia sebab dia nak mandi. Ahahahahahaha. Rasa nak gelak guling guling jerr. 

Boleh repeat balik ni sebab tak puas jalan. Nak nak sekarang tengah YES. Memang buat rambang mata... Nasib la aku dah plan nak beli apa. Kalau tak... maun terjebak.


Kau tengok... perangai sangat anak bujang ni. Orang nak try kasut, dia pon sibuk sama. Tu belum lagi dia ajak kita main sorok sorok... Aaaaa mak kau la yg pening. Pastu suruh orang kejar dia. Eh. Penat tau tak. Hahahahahaha. 

So kesimpulannya, bila boleh repeat nak pegi sini lagi ni daddy? Taknak belanja kita as a in advance birthday gift ke? Wakakaka.






Wednesday, November 19, 2014

Zumba

Ceceaaa semangat angat tau aku semenjak dua menjak ni. Actually baru je join last week. Disamping dapat memecahkan lemak di sekeliling pinggang, porot dan lengan [harapan]... aku jugak nak memaintainkan fitness. Dah lama sangat dah ni memanjerkan badan. Tak boleh tak boleh. Baju, seluar semua hampir sendat. Aku tak berapa nak ada bajet nak membeli belah baju seluar baru sebab fokus kepada anak anak. Cewahhh tipu sangat. Maka mari ler kita bersukan.

Join zumba ni under bebudak berita. Tak berapa nak kenal pon tapi sebab dah dia buat notis sapa nak join mari ler jangan memalu so lets. Ada la dua tiga orang geng ofis yang join. Memasing nak menyahut seruan kerajaan agar bersukan 3-4 kali seminggu. Kahkakah. Sebulan RM60 pendaftaran RM10... kelas seminggu 2x isnin dengan jumaat... start pukul 515pm sampai 615pm. Tapi aku walk-in jer aci tak hahahahaha. Allah bayar RM15 je. Hurm hurm susah lah nanti kan kalau shift pagi aku tokleh la nak join sebab kang nak ambik the zaumar kang acane. So bila free baru join.

Kira ok lah ni dari kau takde usaha nk buat apa apa tapi berharap agar badan kurus cepat, lemak nyah kau dari badan ku. Berpeluh lenjun weyy tak sangka ooo macamni rupanya zumba zumbit tu. Maklom la aku kan orang kampung... tak pernah umur join benda benda gini. Eh tapi masa sekolah rendah dulu kan aku ada masuk senaman robik tauuu. Siap bertanding lagi dengan sekolah lain... tapi tak menang T___T

Actually boleh je kau download dari utube pastu pasang kat rumah berzumba la kau sengsorang. Tapi tak syiok kan takde regu... macam ahhh sunyinya donia kauuu. Ok tak kelakarlah.

Lepas tu kan macam terhingin nak ada zumba pants. Hahahaha. 



Hurm hurm.







Monday, November 17, 2014

Karnival Upin Ipin 2014

Aku takdelah minat sangat pon Upin Ipin ni. Dulu. Tak hingin nak tengok. Menyampah lagi ada. Siap kutuk berbakul bakul lagi, amendeeeee animasi semua ni. Baik layan movie omputih lagi best. Nampak tak? Nampak tak punyalah keegoan tak nak melihat hasil titik peluh produk anak tempatan. Dasar sungguh.

Kemudian, pabila dah ada anak dan anak kau dah makin bujang dia punya favourite beralih daripada Super Simple Song kepada kartun animasi Upin Ipin dan etc... Hurm hurm mak dia kena lah layanzz jugak. Sebagai mengikuti perkembangan anak anak dan bonding time.


Hujung minggu ni sila block tarikh yang berikut ok daddy. Kita bawak anak bujang kesayangan awak pergi mengenali watak kartun kegemaran dia. Wakakaka. Serius lah wei kena paksa suka Upin Ipin ni kalau tak nanti henfon kena baling. Grr grr. Nasib baik umi kau kerja dibidang ala ala IT dan menggunakan teknologi komputer sepenuhnya. Boleh la nak upload video buat stok kat rumah. Takmau bazir penggunaan data internet semata nak layan video awak. Never ok. Kita kena berjimat. Kata nak jadi orang kaya. Kahkahkahkah, Pentamak oi!





Friendster dulu dan kini

Kauorang dulu before ada akaun Facebook, ada join Friendster tak?? Aku ada weyy tapi lama gila tak log in until tadi. Kahkahkah. Please lah koranggg aku nak cari balik pics yang aku pernah upload kat Friendster tu. Nan ado kekdahnya. Dah la lupa password tapi nasiblah memang guna email yang sama sejak dari tahun 2003.  Hurm hurm. Apa dah jadi Frienster more kepada games jer.  Aku yang log in tadi macam eh apa ni... nak tekan apa ni... nak tengok profile cemana... ahahahah sungguh naive.

Mana nak dapat balik eh gambar gambar dulu tu? Rare kot since waktu tu jaman jahiliah budak baru nak up... kahkahkah. Budak up umur 17-18 tapi aku lejen... umur 21 baru nak hegeh hegeh kenal dunia. (: Ok apa takdalah istilah aku terjebak masuk ke dunia songsang. Itu jam kalu... memang nak mintak mesin cuci otak sebab taknak ingat kisah jaman tak matang itew.

Dulu takdo selfie, welfie, gopro ahh semualah. Takdeee ok. Henfon pulak camera cap 2.0MP. Paling latest kalau yang ada compact camera. Dslr tak popular lagi masa tu plus mahal bebenor tak mampu cheq. Ke aku je yg tak up to date? Hurm hurm.

Friendster ni pon satu kenapa tak simpan je album gambar kita. Ni habis semua dah tak ada... list friends pon takde jugak. Sedih gila nak search apa pon tak reti. Ke aku yang tak up to date ke cemana. Cuba bagitahu sikit? Rasa nak pegi email CEO Friendster supaya dia wujudkan kembali gambar yang lama tu supaya aku boleh download.

Thursday, November 06, 2014

Meroyan

Kadang kadang aku cuba baik dan bertolak ansur dengan semua orang. Tak kisahlah dari segi apa... pertolongan, kewangan, masa dan macam macam lagi. Sampai satu tahap tu aku harap orang boleh faham dengan aku. Aku tak cakap aku tak enjoy kat sini. Best memang best... cuma as usual, kau KENA kerja shift. So dengan aku yang ada anak kecil dengan suami aku BUKAN kerja 8am to 5pm... ko rasa??

Yelah, betullah tu. Orang tak kan nak faham kau sentiasa je. Aku pon sedar lah diri jugek. Sometimes aku tolong orang, dan aku harap orang tolong aku. ibarat what you give, you get back... isn't right? Ke aku sorang je yang syok sendiri? Ke cemana?

Dari awal lagi aku memang tak nak dan tak hingin pon masuk shift... tapi bos nak jugak suruh aku. Fine... masa tu aku baru kahwin, belum ada anak... so dia ingat aku available sentiasa. Stress aku. Walhal start aku masuk kat sini aku tengah pregnant kan si Aqif. Bila dah dapat si Dareez pulak aku rasa macam dah tak releven nak menghadapi jadual kerja yang macam ni.

Susah bukan apa. Kerja senang je dari yang dulu. Siap boleh kawtim bagai. Siap nak overtime sesuka hati pun boles. Tapi tulah, aku tak available. Tak available tahu takkk. Datang meroyan laki aku hari hari dia zikir kat telinga aku bila lah dapat pindah Kajang. Aku tadah telinga sambil buat muka takdo perasaan. Hoi ingat aku suka sangat ke feeling feeling balik malam ni. Please lah.

Tu satu.
Ni kalau shift lain ada yang cuti/mc/kursus... kena ganti tahu tak. Ganti tu kira overtime la. Sejak dapat Dareez takda mana aku nak fikir overtime. Baik duduk rumah jaga anak kemas rumah tolong daddy siapkan kerja dia. Dulu boleh kot nak kejar OT tiap tiap bulan. Sekarang daddy jelah yang bayar OT aku.

Lagi lagi ada masanya daddy banyak kerja kena stay up sampai malam... ada shutdown apa semua la.. kena pulak masa tu aku masuk petang. Memangggg, memang mendapat aku half day sebab takdo sapa nak jaga anak padahal gomen ada istilah half day ke??? Hahahahaha. Nasiblah ketua shift aku boleh sikit lebih kurang. Tu pon aku malu sebenarnya. Macam kauuu sorang jelah yang bermasalah. Tu yang kadang kadang aku buat kerja takde berkira. Kerja banyak ke sikit ke aku buat. Takde nak tarik muka bila kauuuu je yg buat kerja hari tu. Takde. Sebab i is okay. Suka lagi ada sebab oklah kan buat kerja dari duduk saja lepas tu bosan lalu mengadap internet lepas tu sampai dah tak tahu nak surf apa. ;p

Kauorang yang belum ada anak... belum ada suami... takkan faham.

Kerja shift ni adalah sangat tak awesome bagi aku sebagai seorang mak yang concern terhadap familynya. Tu belum lagi daddy meroyan cakap, "Yang, B yang cari duit untuk menyara korang". Hurm hurm... ni semualah ni.

Bayangkan,
Bila shift petang for sure balik malam... sampai rumah dah pukul 12. Kadang kadang daddy tak tidur lagi semata nak tunggu bini dia balik. Ye aku faham tu. Memang nampak macam aku ok je balik malam tapi dah suami kan, mesti dia ada rasa risau dengan kita. Mesti dia nak nampak dengan mata kepala dia sendiri yang kita selamat balik ke rumah. Ke ada suami tak macam tu?

Hurm hurm.

Bilalah Datuk KP nak approve surat transfer aku ni? Persetankan lah Media City tu semua. Aku nak balik negeri... tolonglahhh. Dah penat tahu takkk.

Sekian meroyan kali ni. Sorry lah ye kalau ada geng geng workstation yang terbaca luahan hati iolls yang sengalness ini. Anggap la macam angin bayu berlalu begitu sahaja. Bukan salah kauorang pon.




Wednesday, November 05, 2014

Rajin

Aku memang hari hari akan bangun seawal yang mungkin kecuali weekends la... atau masa kerja petang. Heeeheee. Bangun awal sebenarnya nak buat sarapan anak or nak kemas apa yang patut. Boleh la nak sidai kain ke apa. Sebab aku memang suka. Takde nanti bangun ngam ngam pukul 6 pastu nanti tetiba anak kau pon ikut bangun sekali. Arghh. Tensi. Langsung semua kerja tergendala. Nak mandi pon tak feel. Kahkahkah.

So itu hari memang sangatnya lah hai rajin. Rajin terlebih lebih. Rajin jangan diikut. ;p Sebab nanti kauorang penat. Orang bertenaga macam aku je boleh buat... tidur lambat bangun awal. Minum lah kacip patimah. Ok tipu.

 Sandwich sardin inti penuh didalam ^__^
 Mee goreng saya budak baru belajar
Porridge wajah kesayangan hamba

Pehh. Pehh. Pehhh. Rajin angat tu sampai buat 3 menu. Tulah nak cakap... masa tengah rajin kannn. Cuba tengah malas... memang dapur pon tak berasap. Mihmihmih. Since dareez dah start makan aku kena la jadi umi yang rajin. Bubur, puree selagi kita boleh buat, kita buat. Home made gitew.

Seronok sebenarnya kau masak sendiri untuk anak. Allah, toksah yang susah, kita buat yang simple janji sedap dan berkhasiat. Dah la air tangan umi dia, kebersihan pon terjaga. Hurm hurm. Bukan nak avoid makanan segera or dari luar,,, macam yang aku cakap tadi, selagi kita boleh buat, kita buat. Anak aku makan jugak celerac buat topup topup. Kita pelbagai kan jer. Takde anak jadi durhaka pon bila makan makanan yang bukan mak dia masak. ;p

Eh apa kemelalut ni.

So mee goreng buat bekal utk sarapan pagi di ofis. Sandwich kita tapau untuk luncheon. Kemudian ada van jual Feel Fresh so kita beli pulak yang ni,

Healthy sangat tau hari tu.