life is beautiful

life is beautiful

Monday, November 17, 2014

Friendster dulu dan kini

Kauorang dulu before ada akaun Facebook, ada join Friendster tak?? Aku ada weyy tapi lama gila tak log in until tadi. Kahkahkah. Please lah koranggg aku nak cari balik pics yang aku pernah upload kat Friendster tu. Nan ado kekdahnya. Dah la lupa password tapi nasiblah memang guna email yang sama sejak dari tahun 2003.  Hurm hurm. Apa dah jadi Frienster more kepada games jer.  Aku yang log in tadi macam eh apa ni... nak tekan apa ni... nak tengok profile cemana... ahahahah sungguh naive.

Mana nak dapat balik eh gambar gambar dulu tu? Rare kot since waktu tu jaman jahiliah budak baru nak up... kahkahkah. Budak up umur 17-18 tapi aku lejen... umur 21 baru nak hegeh hegeh kenal dunia. (: Ok apa takdalah istilah aku terjebak masuk ke dunia songsang. Itu jam kalu... memang nak mintak mesin cuci otak sebab taknak ingat kisah jaman tak matang itew.

Dulu takdo selfie, welfie, gopro ahh semualah. Takdeee ok. Henfon pulak camera cap 2.0MP. Paling latest kalau yang ada compact camera. Dslr tak popular lagi masa tu plus mahal bebenor tak mampu cheq. Ke aku je yg tak up to date? Hurm hurm.

Friendster ni pon satu kenapa tak simpan je album gambar kita. Ni habis semua dah tak ada... list friends pon takde jugak. Sedih gila nak search apa pon tak reti. Ke aku yang tak up to date ke cemana. Cuba bagitahu sikit? Rasa nak pegi email CEO Friendster supaya dia wujudkan kembali gambar yang lama tu supaya aku boleh download.

No comments: