life is beautiful

life is beautiful

Monday, November 17, 2014

Karnival Upin Ipin 2014

Aku takdelah minat sangat pon Upin Ipin ni. Dulu. Tak hingin nak tengok. Menyampah lagi ada. Siap kutuk berbakul bakul lagi, amendeeeee animasi semua ni. Baik layan movie omputih lagi best. Nampak tak? Nampak tak punyalah keegoan tak nak melihat hasil titik peluh produk anak tempatan. Dasar sungguh.

Kemudian, pabila dah ada anak dan anak kau dah makin bujang dia punya favourite beralih daripada Super Simple Song kepada kartun animasi Upin Ipin dan etc... Hurm hurm mak dia kena lah layanzz jugak. Sebagai mengikuti perkembangan anak anak dan bonding time.


Hujung minggu ni sila block tarikh yang berikut ok daddy. Kita bawak anak bujang kesayangan awak pergi mengenali watak kartun kegemaran dia. Wakakaka. Serius lah wei kena paksa suka Upin Ipin ni kalau tak nanti henfon kena baling. Grr grr. Nasib baik umi kau kerja dibidang ala ala IT dan menggunakan teknologi komputer sepenuhnya. Boleh la nak upload video buat stok kat rumah. Takmau bazir penggunaan data internet semata nak layan video awak. Never ok. Kita kena berjimat. Kata nak jadi orang kaya. Kahkahkahkah, Pentamak oi!





No comments: