life is beautiful

life is beautiful

Thursday, November 06, 2014

Meroyan

Kadang kadang aku cuba baik dan bertolak ansur dengan semua orang. Tak kisahlah dari segi apa... pertolongan, kewangan, masa dan macam macam lagi. Sampai satu tahap tu aku harap orang boleh faham dengan aku. Aku tak cakap aku tak enjoy kat sini. Best memang best... cuma as usual, kau KENA kerja shift. So dengan aku yang ada anak kecil dengan suami aku BUKAN kerja 8am to 5pm... ko rasa??

Yelah, betullah tu. Orang tak kan nak faham kau sentiasa je. Aku pon sedar lah diri jugek. Sometimes aku tolong orang, dan aku harap orang tolong aku. ibarat what you give, you get back... isn't right? Ke aku sorang je yang syok sendiri? Ke cemana?

Dari awal lagi aku memang tak nak dan tak hingin pon masuk shift ni... tapi bos nakkk jugak suruh aku. Fine... masa tu aku baru kahwin, belum ada anak... so dia ingat aku available sentiasa. Arghhh. Stress aku. Walhal start aku masuk kat sini aku tengah pregnant kan si Aqif. Bila dah dapat si Dareez pulak aku rasa macam dah tak releven nak menghadapi jadual kerja yang macam ni.

Susah bukan apa. Kerja senang je dari yang dulu. Siap boleh kawtim bagai. Siap nak overtime sesuka hati pun boles. Tapi tulah, aku tak available. Tak available tahu takkk. Datang meroyan laki aku hari hari dia zikir kat telinga aku bila lah dapat pindah Kajang, N9 ke. Aku tadah telinga sambil buat muka takdo perasaan. Hoi ingat aku suka sangat ke feeling feeling balik malam ni. Please lah.

Tu satu.
Ni kalau shift lain ada yang cuti/mc/kursus... kena ganti tahu tak. Ganti tu kira overtime la. Mihmihmih. Sejak dapat Dareez takda mana aku nak fikir overtime. Baik duduk rumah jaga anak kemas rumah tolong daddy siapkan kerja dia. Dulu boleh la kot nak kejar OT tiap tiap bulan. Sekarang daddy jelah yang bayar OT aku.

Lagi lagi ada masanya daddy banyak kerja kena stay up sampai malam... ada shutdown apa semua la.. kena pulak masa tu aku masuk petang. Memangggg, memang mendapat aku half day sebab takdo sapa nak jaga anak padahal gomen ada istilah half day ke??? Hahahahaha. Nasiblah ketua shift aku boleh sikit lebih kurang. Tu pon aku malu sebenarnya. Macam kauuu sorang jelah yang bermasalah. Tu yang kadang kadang aku buat kerja takde berkira. Kerja banyak ke sikit ke aku buat. Takde nak tarik muka bila kauuuu je yg buat kerja hari tu. Takde. Sebab i is okay. Suka lagi ada sebab oklah kan buat kerja dari duduk saja lepas tu bosan lalu mengadap internet lepas tu sampai dah tak tahu nak surf apa. ;p

Kauorang yang belum ada anak... belum ada suami... takkan faham.

Kerja shift ni adalah sangat tak awesome bagi aku sebagai seorang mak yang concern terhadap familynya. Tu belum lagi daddy meroyan cakap, "Yang, B yang cari duit untuk menyara korang". Hurm hurm... ni semualah ni.

Bayangkan,
Bila shift petang for sure balik malam... sampai rumah dah pukul 12. Kadang kadang daddy tak tidur lagi semata nak tunggu bini dia balik. Ye aku faham tu. Memang nampak macam aku ok je balik malam tapi dah suami kan, mesti dia ada rasa risau dengan kita. Mesti dia nak nampak dengan mata kepala dia sendiri yang kita selamat balik ke rumah. Ke ada suami tak macam tu?

Hurm hurm.

Bilalah Datuk KP nak approve surat transfer aku ni? Persetankan lah Media City tu semua. Aku nak balik negeri... tolonglahhh. Dah penat tahu takkk.

Kbai. Sekian meroyan kali ni. Sorry lah ye kalau ada geng geng workstation yang terbaca luahan hati iolls yang sengalness ini. Anggap la macam angin bayu berlalu begitu sahaja. Bukan salah kauorang pon.




No comments: