life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, November 05, 2014

Rajin

Aku memang hari hari akan bangun seawal yang mungkin kecuali weekends la... atau masa kerja petang. Heeeheee. Bangun awal sebenarnya nak buat sarapan anak or nak kemas apa yang patut. Boleh la nak sidai kain ke apa. Sebab aku memang suka. Takde nanti bangun ngam ngam pukul 6 pastu nanti tetiba anak kau pon ikut bangun sekali. Arghh. Tensi. Langsung semua kerja tergendala. Nak mandi pon tak feel. Kahkahkah.

So itu hari memang sangatnya lah hai rajin. Rajin terlebih lebih. Rajin jangan diikut. ;p Sebab nanti kauorang penat. Orang bertenaga macam aku je boleh buat... tidur lambat bangun awal. Minum lah kacip patimah. Ok tipu.

 Sandwich sardin inti penuh didalam ^__^
 Mee goreng saya budak baru belajar
Porridge wajah kesayangan hamba

Pehh. Pehh. Pehhh. Rajin angat tu sampai buat 3 menu. Tulah nak cakap... masa tengah rajin kannn. Cuba tengah malas... memang dapur pon tak berasap. Mihmihmih. Since dareez dah start makan aku kena la jadi umi yang rajin. Bubur, puree selagi kita boleh buat, kita buat. Home made gitew.

Seronok sebenarnya kau masak sendiri untuk anak. Allah, toksah yang susah, kita buat yang simple janji sedap dan berkhasiat. Dah la air tangan umi dia, kebersihan pon terjaga. Hurm hurm. Bukan nak avoid makanan segera or dari luar,,, macam yang aku cakap tadi, selagi kita boleh buat, kita buat. Anak aku makan jugak celerac buat topup topup. Kita pelbagai kan jer. Takde anak jadi durhaka pon bila makan makanan yang bukan mak dia masak. ;p

Eh apa kemelalut ni.

So mee goreng buat bekal utk sarapan pagi di ofis. Sandwich kita tapau untuk luncheon. Kemudian ada van jual Feel Fresh so kita beli pulak yang ni,

Healthy sangat tau hari tu.


No comments: