life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, November 25, 2014

Rentetan dari Karnival Upin Ipin 2014

Hari tu kan aku ada cakap pasal Karnival Upin Ipin ni... Beriya kata nak pergi bawak aqif. Tapi akhirnya tak pergi. Huahahahaha. Sila jangan sedih ye aqif. Kang kalau kita semua pergi, nak cari parking satu hal... nak menapak jauh lagi... sebab dah memang confirm parking jauh. Sapa yang dapat parking dekat tu memang syabas aku ucapkan... err err datang pukul berapa tuu??

Aku dan daddy tak kental nak mengharungi lautan manusia... tak gigih nak menapak jauh sambil dukung aqif [budak ni tak pakai stroller dah... apa baranggg... dah bujang] So aqif, nanti la next next time ok. Tunggu awak dah bebetul pandai berdikari lepas tu karnival pulak dibuat kat tempat yang super luas macam kat Stadium Bukit Jalil ke... Hahahaha

Seriuslah weyy, before gerak dah recce line... dah google keadaan disana macamana. Group WA, kawan kat FB pon dah update kata ramai orang... bersesak sesak... kereta dah bersusun sampai masuk ke area rumah dia [dimana kawan kitaorang ni dok kuarters putrajaya]. So nak tempuh lagi? Memang tak ah. Tu pon seb baik dareez comels tu tinggal dgn makpak aku. Kalau bawak dia gak memang, memang kami lagi bini saja je nak susahkan diri. Hahaha. Alah takde susah pon tapi sebab dareez kan kecik lagi... lepastu nak bawak kat tempat ramai orang... eyyy sorry ok. Budak tu dah le tak boleh nak stay kat satu tempat doplohpat jam. Dia dah nak merangkak memanjat ok. 

Alang kepalang dah keluar tu jom kita melawat kawasan. IOI City Mall baru bukak... dengar kata ada ice skating. Tujuan pon ada. Aku nak cari sport shoes. Takde cite banyak... ke sana ke kita. Tapi kan sedih gak lah... barang aku tak dapat... Daddy amboiii... shopping sakan nampak. Ni keperluan ke keinginan ni? Hurm hurm.

Besar jugak mall baru ni. Tak larat nak jalan. Aqif la yg paling win. Suka dia kesana kesini lari lari kecil. Kemudian kat tingkat bawah ada tempat  air pancut kauorang boleh duduk tapi aqif kan... boleh pulak suruh bukakkan baju dia sebab dia nak mandi. Ahahahahahaha. Rasa nak gelak guling guling jerr. 

Boleh repeat balik ni sebab tak puas jalan. Nak nak sekarang tengah YES. Memang buat rambang mata... Nasib la aku dah plan nak beli apa. Kalau tak... maun terjebak.


Kau tengok... perangai sangat anak bujang ni. Orang nak try kasut, dia pon sibuk sama. Tu belum lagi dia ajak kita main sorok sorok... Aaaaa mak kau la yg pening. Pastu suruh orang kejar dia. Eh. Penat tau tak. Hahahahahaha. 

So kesimpulannya, bila boleh repeat nak pegi sini lagi ni daddy? Taknak belanja kita as a in advance birthday gift ke? Wakakaka.






No comments: