life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, November 19, 2014

Zumba

Ceceaaa semangat angat tau aku semenjak dua menjak ni. Actually baru je join last week. Disamping dapat memecahkan lemak di sekeliling pinggang, porot dan lengan [harapan]... aku jugak nak memaintainkan fitness. Dah lama sangat dah ni memanjerkan badan. Tak boleh tak boleh. Baju, seluar semua hampir sendat. Aku tak berapa nak ada bajet nak membeli belah baju seluar baru sebab fokus kepada anak anak. Cewahhh tipu sangat. Maka mari ler kita bersukan.

Join zumba ni under bebudak berita. Tak berapa nak kenal pon tapi sebab dah dia buat notis sapa nak join mari ler jangan memalu so lets. Ada la dua tiga orang geng ofis yang join. Memasing nak menyahut seruan kerajaan agar bersukan 3-4 kali seminggu. Kahkakah. Sebulan RM60 pendaftaran RM10... kelas seminggu 2x isnin dengan jumaat... start pukul 515pm sampai 615pm. Tapi aku walk-in jer aci tak hahahahaha. Allah bayar RM15 je. Hurm hurm susah lah nanti kan kalau shift pagi aku tokleh la nak join sebab kang nak ambik the zaumar kang acane. So bila free baru join.

Kira ok lah ni dari kau takde usaha nk buat apa apa tapi berharap agar badan kurus cepat, lemak nyah kau dari badan ku. Berpeluh lenjun weyy tak sangka ooo macamni rupanya zumba zumbit tu. Maklom la aku kan orang kampung... tak pernah umur join benda benda gini. Eh tapi masa sekolah rendah dulu kan aku ada masuk senaman robik tauuu. Siap bertanding lagi dengan sekolah lain... tapi tak menang T___T

Actually boleh je kau download dari utube pastu pasang kat rumah berzumba la kau sengsorang. Tapi tak syiok kan takde regu... macam ahhh sunyinya donia kauuu. Ok tak kelakarlah.

Lepas tu kan macam terhingin nak ada zumba pants. Hahahaha. 



Hurm hurm.







No comments: