life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 30, 2014

Kelupaan tahap nak hentak kepala kat dinding

Yes, aku pon tak sure apa pasal boleh jadi macam ni. Sejak Dareez lahir, penyakin lupa aku menjadi jadi. Asyik kena marah dengan Daddy sebab aku terlupa benda benda kecil tapi boleh membawa impak yang maksima. Gitew.

Nak kata tak amalkan kan makanan sunnah Rasulullah, herghh tak mungkinlah. Aku makan kismis, makan madu, telan habbatussauda ok. Tapi tatap macam tuuu jugak. Teghasa macam kat kepala otak ni ada cecair kemudian aku nak bukak otak ni, kasi berus bersih bersih kasi buang cecair tu kemudian pasang balik otak. Hahahahaha. Eh ada takkk? OMG aku serius ok.

Semua benda aku kena tulis. Like beli barang dapur... pon tulis ok. Benda yang nak buat satu hari ni, ponn aku tulis jugak sebab takut terlupa,


Eh itu baru suku hari, belum sehari dan hari hari yang berikutnya. Kau tengok lah betapa details nya aku. Ni semua pengaruh Daddy lah ni. Dia suruh ikut cara dia,... kita layanzzz. Tu belom lagi kauorang tengok list pregnancy aku yang dulu. Homai. Aku post kat WA group, memasing tak boleh belah gelak. Tapi aku rasa benda ni worth it ok. Untuk orang pelupa tahap gaban macam aku. Teghasa semua teratur. Maklomlah aku kan punctual hahahahahaktuihh geli ketiak mendengornya. 

Dah dua anak ni hai macam macam nak kena fikir. Bukan pasal kerja je, pasal rumah, pasal family, pasal itu ini dan semualah. Cececeaa nampak macam busy sokmo je kan padahal awak bukan pangkat besor... anak dua pon jerrrr. Hahahaha.

Eh. Suka aku la. Aku nak kesenangan dalam kehidupan seharian. Tak mahu asyik kena marah dengan daddy akibat kelembapan aku ni. Boring ok. Asal benda aku lupa je, kena marah. Dia taktau ka aku ni macam macam hal nak kena jaga. Lepastu tidur tak pernah cukup. Bukankah kecerdasan otak itu dipengaruhi oleh kecukupan waktu tidur. Haa jawab sekarang.






No comments: