life is beautiful

life is beautiful

Monday, December 29, 2014

Lunch buffet akhir tahun

Plan asal nak lunch kat Majestic but end up kat hotel biasa biasa je -___- Itulah niat dalam hati memasing nak riak... sekali tak jadi. Adalah isu teknikal sikit. Hurm hurm. Alaaa nak Majestic... *hentak kaki*

Ni pon seminggu jugak pecah kepala nak luncheon kat mana... kata kepala 10 orang... memasing ada citarasa tersendiri... ini kalau berpuluh puluh orang memang aku tikam sorang sorang.  Dah, lepas ni kita buat makan makan kat ofis je. Hahahahaha.

Erm oklah, boleh la. Nak kata rate 5* memang tak la sebab kau bayar pon RM40+ kan. So pada aku kalau just nak santai saja boring boring, di recommended. Kat hati ni tatap Majestic even belum pernah try lagipon. Soon my dear soon. Baca review blogger homai homai macam best macam sedap je... ni yang tak boleh jadi... KENA try jugak. *lap ailio*

Actually, ni makan makan sempena penutup 2014 geng workstation. Hashtag #makanadikbadik muahahahah adik badik sangat katakauu. Motip sangat pergi tampal note kat pintu cakap ada meeting kat luar makan kat hotel... riak sangat tu. Kahkahkah. Diaorang ni bukan boleh dijangka... satgi bila kami keluar berduyun duyun ada jeeee job yang memanggil manggil... ada jeee calling masuk suruh balik cepat kerja menanti. Ni semua lah ni.

Gambar terpaksa tapis tapis sebab takkan nak menunjukkan sisi buruks aku kan. Hahahah muntoh ijou. Tolong lah oi lengan ni besar batang pinang nak sorok camana lagi tak tau. Menitik airmata tahan sedih ;p



#gengworkstation
Ini ada lagi beberapa kerat yang tak join.
Kauorang tengok, sado sangat ni kan. 
Sado tang mana?... Sado tang perut mungkin. Ok tak kelakar.
Hahahahah
Bapak bapak budak katanya, 
Baik. Baik.
Kami jugak yang terpaling comel tahap membina minda.
Eh kat ofis ni ada #gengayamserama.
Hashtag sikitttt. -____-
Tu kauorang tengok, takdenye aku kurus macam baru lepas habis pantang itu hari.
Aku stress ok. Kemudian Daddy macam sengaja taknak bagi aku kurus.
Asal sarapan dibelinya nasi lemak 3 bungkus. 
Satu untuk dia, satu untuk Aqif, satu lagi sapa lagi kalau bukan untuk aku.
Ko ghaseeee??
Berbuih mulut cakap, takpa takpa umi kongsi dengan Aqif.
Haishhh.
*menyesali nasib diri*


Tu je makan makan akhir tahun. Boss tak join... geng opis belah sana pon tak semua yang ada. Takpala kita faham. Terpikir gak lah kan, agak agak kalau... kalau lah kan aku punya rezeki dapat transfer ke Kajang/N9, rasa rasa dapat tak geng ofismate yang macam adik badik ni? Hurm Hurm.... Ni semualah ni kan buat aku belah bahagi. Tsk tskk.








No comments: