life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 04, 2014

Muka ada senyum

Macam dah lama sangat kan tak cerita pasal anak bongsu aku tu. Hewhew bongsu sangat... ewah macam taknak beradik jer lagi. Hahahaha. Dareez dah 8m 1w... dah boleh sikit sikit merangkak, memanjat pon iye jugak... dah pandai mengeram ngeram kalau tak suka or nak sesuatu... rasa cam nak cubit cubit jer pipi yang tak berapa nak tembam tu.

Tapi yelah, budak ni comels sangat dimana kalau kauorang tengok tak serupa baby umur 8 bulan. Hurm hurm. Halus tapi tinggi... kahkahkah. Berat tak sampai 7kilog ok... itu yang tensi mak dia asyik ulang alik klinik setiap bulan. Anak orang dah checkup dua bulan sekali... anak kita haishhh sebulan sekali jugak. Apadaa. Takpa lah nak... kurus ke halus ke janji sihat walafiat tak susah kan umi dgn daddy. ;p

Dareez anak yang baik... sentiasa baik. Jarang nak meragam [buat masa ni] Belum pernah ambik ubat kat klinik [pasal umi dia guna kaedah tradisional mihmihmih]... Batuk selesema biasa dah kena... demam yang teruk belum dan insyallah mintak dijauhkan. Takde nak bangun malam ajak main... rutin tido seawal 8malam dengan selena yang mungkin... tapi pagi subuh dah bangun. Bagus! Tak payah susah susah umi kau nak set alarm. Senang nak handle... dan yang paling win sekali adalah muka dia ada banyak senyum. 

Tak percaya?

4months



Oh lupa, baru tumbuh gigi dua batang...but still makan bubur yang dikisar halus. Takuit weyy nanti tercekik lak.

Akhir sekali meh belanja gambar dareez with umi... maafkanlah umi dia tu muka penuh minyak maklom lah baru balik dari work. Pipi jangan ditanya...tah bila la nak surut. Hurm hurm.






No comments: