life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 19, 2014

Pantang larang ketika mengandung

Cececeaaa..dah, jangan buat spekulasi. Iolls tak ngandung lagi la. Wiwiwi. Ni sebab bff aku dua dua tengah preggy kan so ada discussion sikit pasal pantang larang masa pregnant. Aku takde la power sangat tapi sebab selalu tanya mr.gugel kemudian saya kan orang kampung -___-  jadi mak aku, makmen aku ahh ramai la... ada je tips diorang bagi.

Ni pengalaman aku lah sebab dah 2x ngandung kan. Hakhakhak. Kalau 3,4 dan seterusnya taktaulah nak kata... mungkin boleh terbitkan buku barangkali ;p

Dilarang siang ikan
Masa pregnantkan Aqif aku dgn daddy memang jaga betul... maklumla anak pertama. So urusan siang ikan, siang ayam semua laki den yg buat. Memang tak sentuh ah. Ketam lagilah... tak beli kot. Sebab ada dengar org kata masa pregnant tokleh siang ketam nanti kaki, tangan baby jadi cam ketam... like that. Rumors ke apa taktau la... tapi kita ikut. Heeee.

Menjahit pakaian
Ini aku nak percaya ke tidak pon tak tahu tapi aku ikut jer. Cuma ada je masa ngandung Aqif aku jahitkan seluar daddy... tapi masa tu tak confirm lagi pregnant. Bila bagitau mak aku dia tegah cakap jangan menjahit lagi dah. Kata orang tua tua, nanti kalau tak habis jahit, yg kt bawah kita tu pulak jahitan terbukak. Errr. Pitams. Terfikir gak kan cemana tukang jahit kalau pregnant takkan nak stop production pulak. Mungkin dia takut jari kita tercucuk jarum kot. Positip, positip.

Jangan duduk kat pintu atau tangga
Ini aku rasa macam betul lah jugak... masa ngandung Aqif [hahahah asyik ngandung Aqiffff je] aku punya habit suka duduk kat pintu. Tak kisah la pintu kat ofis ke atau kat rumah sendiri. Kesudahnya memang Aqif dok lama kat pintu umi dia... kepala dah lonjong. Haishh. Anak pertama kan, zero knowledge. Maafkanlah.

Kau nampak tak, nampak tak kelonjongan kepala dia tu. Tapi dah besar besar ni takdolah. Pheww~

Jangan makan/minum menggunakan bekas yang retak atau sumbing
Alah benda ni kalau kauorang dapat bekas makanan yang retak or sumbing tepi tepi tu mesti nak tukar kan... ke tak? Ke aku sorang je yang paranoid. Hahahah. Eh dari dulu sampai sekarang tak ngandung ni pon aku check ok tepi tepi bekas tu. Rasa tak selesa lak... rasa semak mata ketika makan pinggan tak cantik. Hewhew. Nanti dikhuatiri dapat anak sumbing. Wallahualam. 

Jangan lilit towel kat leher
Ni nak gelak gak bila tahu tapi aku selambar je buat mihmihmih. Aku tak tau sebenarnya ada ke pantang larangan sebegini sebab yang bagitahu ni pon kawan aku. Dia cakap nanti tali pusat baby terbelit kat leher dia. Erkkk. Ok take a note jap. 

Jangan minum kopi/makan kicap
Orang cakap suka nau minum kopi nanti baby lahir kulit hitam. HAHAHAHA lawak kebender kah apa ni. Tak kelakar lah. Benda tu semua bukan ikut baka ke? Lainlah kalau awak berbaka gelap kemudian nak baby putih melepak lantas telan aurawhite 20tin. Tu sure anak putih woo. Aku punya habit makan nasi kena ada kicap, tapi Aqif dgn Dareez kauorang tengok...


Ko ghaseee??? Anak omputeh angat. [muntah beger makan tadi]

Tak boleh nak percaya bulat bulat ni... satgi kang jatuh syirik pulak. Mana yang logik aku ikut la, mana yang meragukan aku ignore je. Ikut sangat pon tak, tak ikut pon tak boleh jugak. Maklomla, esok lusa kita akan tua jugak, sikit tak banyak ada je nanti nak nasihatkan anak menantu. Eh? Hahaha. Eh ada lagi satu... jangan pakai kain sarung dari atas kepala dahulu. Kenapa tidaklah aku faham sebab ni MIL pesan kat daddy. Aku pon haa oklah... lagipon celah mana pulak kalau sarung kain dari atas nak muatnye kan. Tentunya porot dah besar nanti jadi tersekat kot. Hehehehe ;p

Apa apa pon enjoy your pregnancy. Bukan selalu pon kita ngandung ngandung ni. So masa mengandung ni la jaga diri, jangan buat tak elok, jaga perangai, jaga perilaku, jaga adab aahhh semualah kena jaga. Agak agak macam marah tu rileks rileks je. Kang jangan ditanya apesal lah anak den dah keluar ni kuat mengamuk, kuat menangis. kuat semua. Tu dari pembawakan mak dia lah tu. Sebenarnya sedikit kesal masa pregnant kan Aqif aku suka nak hempas barang. Kau tengok sekarang Aqif punya perangai cemana. Aku urut dada je.





No comments: