life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 16, 2014

Pre-aqiqah

Ewah kemahin lah nak pre pre ni... tak seswai. Hahahaha. Ekceli Insyallah next year dalam awal tahun [ tak lama lagi tuu ] nak buatkan kenduri aqiqah Dareez Zaumar yang comels tu. Plan nak buat kat Shah Alam since Aqif dulu kita buat kat semban kan. Hurm hurm kau tahu lah daddy tu orangnya cemana... ni dah siap draft ok. Pitams mak. Tinggal lagi nak survey barang doorgift, kanopi, katering semualah. Kambing tak jadi masalah sebab kali ni kami decide nak buat kambing golek. Hurm hurm.

Aku macam biasa la, part doorgift aku yang handle. Eh aku kan queen. Hahahah. Dalam kepala otak yang kretip buat buat ni dah plan macam macam. Tapi jangan la kauorang expect aku punya taste ni meletop letop. Takdeee. Aku biasa biasa je. Ikut suka anak tekak aku je. Hewhew.

So last week pergi Jalan Chowkit sebab review kata situ banyak pemborong barang/bekas plastik. Aku dengan daddy nak survey harga dulu. Nak tengok lah ada ke tak design plastic container yang berkenan dihati. Dah tahu market price barulah boleh pi survey kat tempat lain pulak [since SIL aku suruh pegi GM Klang].

Dalam kepala otak ni dah plan,

Untuk orang marhaban kena bagi doorgift special sikit. Sikit jerrr. 
Untuk tetamu jemputan pulak kita buat yang biasa biasa. Biasa tak biasa pon kena nampak grand jugak. Hewww.

Eh apa ni dah macam nak kenduri kahwin je gayanya.

Takdelah macam tu. Since PIL aku ni luas pergaulannya, maka kena jaga muka sikit. Hewww. MIL orang marhaban gitew. So secara tak langsung dia ramai  kawan kawan mak mak datins. Sama jugak dengan FIL aku tu... orang masjid. Kauorang tahu la masjid negeri tu. Haaa gitew. Ikut aku bagi kurma kismis kemudian cakes ke, cekedis ke, udah. Takyah membazir. Ini majlis aqiqah bukan kenduri kahwin. Hehehehe. Tapi masa diskusi hari tu... betul jugak cakap SIL aku... Idris family dah lama tak buat kenduri besar besaran [selepas kitaorang nikah] so layanzzz. Mak nak apa mak? Kita buat... Mak nak doorgift lawa? Ok kita bagi. :D Harap parents aku tak kecik hati pulak. Kang buatnya mak den baca belog kusam ni naiya weyyyy. Alaa mak itu hari sebab bajet ngam ngam. Kali ni Insyallah adik badik daddy ada tolong tolong.

Oh ye, Aqif ada balance seekor lagi kambing. So kambing tu Insyallah nak sedekahkan kat fakir miskin / anak yatim. Tu taktau cemana sebab tukang cari rumah rumah tersebut ditugaskan kepada pak mentua den.

Tema apa weyy?

Tak terfikir lagi doe. Apa ni tema bagai ingat raya ka. Wahahaha. Eh taktau la tu sebab tak termasuk dalam minit mesyuarat. Mungkin usul itu akan diutarakan kemudian. Ahh tapayah nak tema angat la. Atau yang tema hanya kami anak beranak je. Yang lain tema pelbagai ok. Heeeee.

Dah tu jelah nak bagitahu.
Aku tengah survey lagi designer printing yang boleh bagi harga murah ni. Jemputan kitaorang hurm hurm katanya 400px. Hihihi Matiks lah nakkk






No comments: