life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 05, 2014

Sebelum dan selepas


Hahahahahaha.

Takde lah betul semua... ada lah yang lain sikit. Aku pakai tudung... kadang bawal kadang shawl. Boleh jer lilit lilit... tapi make sure kena kemas... pin kena sorok... atau kurangkan penggunaan pin. Sebab nanti kalau tengah dukung baby, baby suka main tarik tarik. Hurm. Saja taknak kasi can umi dia melawa.

Bau breastmilk takdo eh. Tipu lettew. Kita mak mak ni kena la jaga kebersihan. Kalau dah rasa breast tu macam laju jer susu boleh keluar... sila lah pakai breast pad ok. Jangan malas. Atau, pump secara konsisten... maka takdo sebab susu nak mengalir doplohpat jam. Mihmihmih. Atauuu, bawak perfume siap siap dalam beg.

Erm erm apa lagi ya.

Flip flop tu setuju sangat! Kau adalah kental bila gigih pakai heels semasa melepak bersama anak. Aku? hurm hurm kena fikir limapuloh kali. 

Satu, 
balik rumah kaki confirm sakit. 

Dua,
tak selesa nak bergerak... asyik nak cover langkah kaki... uhh cannot tahan.

Tiga,
nak kejar anak payah... sebab anak den suka main kejar kejar... bahahaha.


So kesimpulannya, ikut keselesaan la. Ada mak suka jer melawa melaram bagai. Itu mungkin laki dia memang pesen yang memang wajib dia jer dukung budak. Aku kalau nak melawa ni ikut tempat dan tema. Kalau setakat bawak aqif sorang je berjalan boleh la. Tapi kalau dareez ada sama, marilah bersantai. Kang satgi masa dukung dia tetiba terpelecot lalu jatuh maka dengan anak anak sekali pon jatuh. Haruuu.

Bukan dah ada anak ni tak boleh nak melawa. Bolehhhh. Tapi ikut kesesuaian ok. Ikut function pon iye jugak. Tapi daddy asyik la suruh aku pakai heels. Aaaaa. Memang la nak pakai. Tapi dengan dukung anak? Hurmmmmm. Memang takdo la.





No comments: