life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, December 31, 2014

tapayah nak sentap kuasa 20 sangat lah weihh

Aku paling rasa nak pukul kalau orang suka mengungkit. mengungkit bukan sikit sikit... habis semua lah dia cakap dia je yang buat. Macam lah orang lain takde kepentingan... macam lah orang lain takde apa apa sumbangan. Even tengah marah sekalipon jangan cuba nak ungkit balik apa yang telah kau buat sebelum ni. Tu namanya buat tapi nak kan balasan.

Setiap orang ada peranan masing masing. So takpayah nak cakap kau je buat sorang. Kau je berkorban sorang. Macam lah orang lain tu takde hati perasaan. Cakap ikut sedap mulut... ikutkan kan hati yang tengah marah tu. 

Aku dah penat woih asyik jaga hati orang. Hati sendiri slowly terbakar dari dalam. Penat dah nak puaskan hati orang... penat dah nak ikut rentak orang. Kalau dalam sesuatu kumpulan tu, orang memang tak perasan lah kau sebab kau asyik sangat nak jaga hati orang. Orang tak tau pon agaknya kewujudan kau. T___T

Tapi bila kita defend diri sendiri, nak ikut kepala sendiri, orang macam tak boleh terima pulak. Eh. Kau apahal. Aku ada taste jugak ok. Asyik sangat nak jaga hati kau, hati aku yang remuk ni sapa nak jaga?

Aku ni jenis kalau pilihan aku, aku nak semua suka dan senang hati. Aku ambil kira kehendak dan citarasa semua orang. Aku taknak nanti ada cakap cakap dari belakang. Memang kepantangan aku. Kalau dah bagi sesuatu task suruh aku buat maka jangan kacau. Biar aku settle sendiri. Camane, bagaimana gayanya aku je buat... takpayah nak sibuk sibuk tahu MELAINKAN aku sendiri yang mintak pandangan. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Takpayah nak kompelin sangat. Tiap orang ada citarasa kan. Dah kau bagi aku buat, aku buatlah ikut citarasa aku. Ni kau kacauuuuu jugak. Dah macam tu gayanya, kau buatlah sendiri. Kan senang. Aku pon tak semak.

Kau suruh aku buat itu, ini... aku buat. Walaupon tak mencapai piawaian hati kau, aku sabar je. Tapi kalau nak perfect dan memuaskan hati kau, better kau sendiri buat.

Penat beb melayan kehendak orang ni.

Aku marah aku diam. Aku tak suka aku bagitau awal awal dan depan depan. Takda cakap belakang. Kalau orang sakit hati aku nak buat camaner, dah itu hakikat. Aku memang macam ni kot. Ke nak aku selindung selindung? Nak hidup dalam kepura puraan? Ke cemana?

Tell me.

Eloklah orang cakap benda yang benar daripada kau sorok kemudia menyesal.

Tulah. Bila aku suarakan pendapat, semua macam bagus taknak dengar. Macam pro sangat lah. Bajet. Tapi bila dah sesak gini mula lah menggelabah. Tu aku cakap, aku ni macam tak wujud. Hergggh.

So, kauorang, pandai pandai lah. Part aku dah settle. 






No comments: