life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 30, 2014

Wish list 2015

Tak lama lagi nak masuk tahun 2015. EH tak lama apa bender, lagi sehari kot. So nak tanya ni apa pencapaian yang ko dah capai sepanjang tahun 2014 ni kecil oii???

Jap nak recall balik apa azam yang aku dah buat masa awal tahun hari tu. Ngeh.

Ok, nampaknya azam nak datang kerja awal Alhamdulillah ok lah. Awal awal tahun, mid year success success. Hahaha kagum ok dengan diri sendiri. Tapi bila dah akhir tahun ni homai semua kelautan api. Apa kes ni? Takpalah, dah nak masuk tahun baru dah pon. Ni kira azam terlaksana lah jugak ye tak. Hihihi

Save more money? Tu azam yang aku rasa tetiap tahun di carry forward kot. Ke cemana ni? Langsung tak boleh nak kawal diri. Tsk tskkk. Nangis dibucu meja. Fail! Takde perkembangan! Gagal 100%.
Huwaaaaaa.

Ekceli kan, lepas pantang hari tu ada lah aku punya hajat nak tukar hp baru. Syhhh diam diam, dengar dek hp lama ni kang terus merajuk terus buat buat rosak sampai memaksa aku angkat phone baru tapi serius bajet takde ok. Takde. T___T
Aku beriya ok buatkan satu tabung khas dimana ia dipanggil Dana Iphone target Dec 2014, tapi nan hado. Duit masuk banyak, kemudian keluar pon banyak, kemudian dah tak masuk masuk lagi dah. Hahahahahaha, *tikam dada sendiri*

Ok ok kali ni please....aku buat betul betul punya.

So apa wish list aku untuk tahun 2015 ni?

1. Belajar menjahit
Ni salah satu dari impian aku. Memang minat menjahit sebenarnya tapi takde peluang nak belajar. Eh bukan la takde peluang... cuma masa sangat mencemburui beta. Mihmihmih. Insyallah tahun 2015 ni aku nak start masuk kelas menjahit. Tak kisah la kelas tu ajar basic menjahit baju kurung ke apa... yang penting belajo menjahit. Gitew. Kemudian dah belajo menjahit kena la pulak membeli mesin jahit. Hurm hurm.

2. Deco ruang belajar untuk The Zaumar
Ekceli sejak Daddy dah ada ofis sendiri, bilik tengah tu jadi macam bilik tak banyak kegunaan konsepnya. Just untuk solat, taruk kain yang belum lipat dan bilik untuk taruk segala benda yang pending. Contoh benda pending adalah berbondong bondong beg plastik sampah hitam dalamnya isi kain baju nak derma kat orang. Hewww. So aku rasa dah sampai masanya  aku nak ubah senario dibilik itu. Niat di hati nak jadikan bilik pembelajaran untuk The Zaumar since Aqif semakin membesar, Dareez pon macam tak seswai je nak bergolek kat hall. Mana taknya, asal taruk kat hall, nampak umi masuk dapur, dia pon heboh nak ke dapur jugak. Haihhh, Tak boleh la pulak nampak kelibat umi dia. So aku kena start kumpul mainan yang berkonsepkan pembelajaran. Idea dah ada, cuma belum nak pergi beli. Well kau tahulah daddy tu busy memanjang mengalahkan pak jib.

3. Nak simpan duit banyak banyak
Kali ni tolong lah, tolongggg lah. Bawak bawak mengucap sikit yang ada banyak benda kau kena spend bila rumah dah siap. Ngeh. Seriuslah wey aku sebenarnya memerlukan guide pasal pengurusan kewangan ni. Niat tu dah ada tapi nak laksanakan tu homai macam bercinta zaman budak sekolah. Hati ni tak tetap tau,... benci ai. Kauorang rasa apa patut aku buat? Apa plan yang terbaik supaya pengurusan kewangan ku meningkat dari tak berapa nak ada teruih beranak ranak? Kena tetapkan hati ni... simpan beberapa ratus sebulan lepas tu lelap mata macam tak tahu yang kau ada simpanan. Ke cemana ni?

4. Nak cuba resepi baru
Since Dareez semakin membesar dan boleh dikawal, aku rasa aku dah boleh lama lama kat dapur. Dah boleh dah kot aku selongkar balik resepi resepi masakan yang ada didalam simpanan aku tu. Simpan nak buat apa? Tukun? Hurm hurm. Mak aku cakap, nak ikat suami kena ikat perut dia dahulu. Tapi laki aku boleh tahan selera dia tak sama macam aku. Hahahahah. Tapi takpa, aku cuba memenuhi kehendak laki aku. Insyallah. Kena rajin je ni. Ye. Rajinnnn.

5. Nak hilangkan beberapa kilo lemaks tepu
Ye. Aku perasan lepas raya hari tu berat macam naik mendadak dadak. Padahal kau puasa penuh ok tapi kenapa... kenapa kau kejam sangat ni lemak? Why??? Pleaseee, dapat turun hok yang kat lengan ni pon dah ok. Tapayah nak selim cutting model sangat la. Aku nak lost 3-4kg jer. Please please please.

6. Hadiah untuk diri sendiri
Biasalah dah mak mak ni untuk diri sendiri memang kelaut. Kesudahnya menyesali nasib diri. Aaaaa. Okok kali ni aku nak reward untuk diri sendiri. Tak kisah lah apa pun jenis nya tapi aku nak untuk aku jugak. Itu pon mungkin selepas dahulukan suami dan anak anak. Herghh. -___-

7. Entertain suami
Ngeeee. Lama dah teringin nak buat tapi maluuu sebab nampak macam aku bukan diri aku yang sebenar. Kahkahkah. Entertain maksud kau cemana ni kecill? Gini... maksud aku candle light dinner maybe. Buatkan surprise present sampai suami malu malu tapi mahu mungkin. Alah entertain yang menjurus ke arah begitu lah. Sejak dah beranak dua ni masa untuk berdua duaan semakin meruncing. Ewah nak salahkan anak pulak... buat anak pandai pulak. Kahkahkah. Takdelah, cuma dalam islam pon ada mention kan, suami jgn diabai walaupunnn sesibuk mana isteri menguruskan hal rumahtangga dan anak anak. So tak salah aku nak entertain like that right? Mungkin aku akan plan hornymoon lagi ke. Hiks.


Korang punya wish list apa dia? Aku rasa untuk aku buat masa ni dah cukup kot. Itu pon agaknya tak tahu lah dapat laksanakan dengan jayanya ke idak. Takpala, kita pelan pelan kayuh sudah. Biar lambat asal buat, dari tak buat langsung. Jadilah macam angan angan mat jenin.


Goodbye 2015.
Please be good ok.
And lagi satu,
kauorang agak agak tahun 2015 ni aku dapat transfer ke idak?
Transfer la weyyy. Rumah nak siap dah tu.

;p

No comments: