life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 31, 2015

Esok 2016 uolls

Last day 2015 dah ye hari ni. Macam kejap je masa tu berlalu. Tapi yang pastinya esok aku dah masuk 3series. Percaya atau tidak, percayalah. Kekeke.

So ada apa dengan 2015?

Ermm. Banyak benda yang berlaku. Antaranya rumah yang kitaorg beli kat Semenyih tu almost siap... Tinggal masuk api, air dan renovation. Alhamdulillah penantian selama 4tahun dah nampak didepan mata. Gila kau proses beli start hujung tahun 2011... Gedebuk gedebak bagai, tahun ni baru nampak bentuk sebijik rumah. Suka hati kitaorang Allah saja yang tahu. Yelah rumah sendiri.

Tahun ni jugak daddy dah fully setup company sendiri... Ada staff, permis etc. Dulu pon memang dah ada cuma tak proper macam sekarang la. Tahniah untuk daddy sebab berjaya menggapai impian dia sejak dulu. Dia berjaya, aku dgn anak2 dapat la tumpang2 senang. Dia busy atau tidak aku je yang hadap perangai dia hari2. Kahkahkah.

Nak cerita kat sini aku rasa belum tentu habis... Kang buat menyampah je orang baca. Eh masalahnya ada ke pembaca?? Krikk krikk.

Paling best tahun ni dapat stay kat Grand Lexis PD. Salah satu percutian impian aku tu ye walaupon hekelehh PD je kot ko dah kenapa?? Eh aku suka la PD. Ngadap laut.. Tenang.. Ada angin sepoi2. Seafood best tak mencekik darah. Wahh gitew. Jangan la ko pi Telok Kemang diknon... Tu memang hazabedah crowded. Bijak skett :D

Best tahun ni sebab banyak jalan.. Banyak aktiviti bersama keluarga... Walaupon takde aktiviti gempak2 tapi tetap aktiviti dengan keluarga. Family women betul eh aku. Kahkahkah pentipu sangat.

So next year kena giatkan lagi aktiviti bersama suami dan bff lak. Planning dah ada... Kemain nak bercuti berjemaah pi johor la penang la. Takpa, verangan kena ada sebab tak kena bayar pon. Kena faham... Setiap planning yang berjaya bermula dari angan2. Aku dah masukkan dalam list of 2016 nak honeymoon berdua dengan daddy. Hakhakhak. Mampu ke idak tinggalkan anak2 kita tunggu masanya nanti eh. Silap haribulan semua pon aku hangkut. Daddy bukan boleh. Ermm. Baru nak feeling2 pegi Krabi ke Phuket ke. :DDD oklah aku bawak pi Royal Belum je la. Barulah back to nature.

Rasanya takda apa lagi kot. Semoga tahun yang akan datang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Insyallah. Azam tahun depan korang apa? Aku nak kurus. Hahahahahaha. Tak tahu la celah mana nak kurus lagi. Oklah sebenarnya azam yang paling tepat, nak kurangkan berat badan. Biar healthy... Kurangkan sakit2.. Nak jaga makan... Nak fitt dan jugak cergas. Pastu kan aku rasa tiap tahun pon azam yang sama tak berubah.. Nak simpan duit. Hahaha. Aku rasa tahun depan insyallah boleh kot. Dah banyak benda dipotong dari list of my dream so kita shopping light2 je ye? Hahahaha mudah mudahan napsu rimau aku ni boleh dikawal.

Welcome 2016. Semoga baik baik aja.

Nah aku velanja muka penghujung umur 29. Esok dah masuk 3series.









Tuesday, December 29, 2015

Cuti lama kau orang buat apa?

Takde plan apa2 pun cuti panjang hari tu. Daddy kerja kot hahaha. Pon boleh la yek bekerja di public holiday... nak buat macam mana, orang berniaga ni hujung2 tahun la banyak benda nak kena settle. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru... azam kauorang dah pasang ke belum? 

So plan celebrate birthday idris family masih dalam penangguhan. Taktahu la bila nak clear tu... hadiah aku dah beli seawal mungkin. Nampak sangat aku punctual orang nya. ;) Malam hari maulidur rasul saja bawak budak2 berjalan. Plan nak pi I-City. Nama je duduk KL tapi I-City tak pernah nak jejak. So saddd. Ingat nak ajak family akak sekali, the end akak ajak datang area rumah dia ada inside playground kat dalam mall mana tah. So layan je lah sebab budak2 ni mesti suka jumpa kakak icha dgn yani.


 Budak penggeli.
Aku paksa je dia masuk kat dalam pasir ni.
Jerit2 nangis. Ewah2 budak KL sangat. 
Last2 ok je dia dok main kat dalam tu.
 Adik dengan abang memang susah la nak berenggang.
Asalnya abang main sorang then tiba2 adik datang nak naik sama.
Ok lettew senang hati aku tengok dua beradik rapat begini.
T_______T
Maklongggg

So far ok lah tak sebest Amanville. Tapi dengar cerita dari owner dia Amanville nak pindah ke Setia City Mall sebab Space U8 dah bungkus. Daddy ada seminar hari tu then memang satu group dengan owner dia. Adoii tak best la nanti yek sebab kat Setia sure crowded gila.

Balik Seremban lepas solat jumaat. Itu pon singgah dulu kat kampung bapak aku ada rewang majlis bertunang sepupu hari sabtu nya. Aku ni sepupu sepapat ada yang anak dia dah nak kahwin kot. Hahaha. So kiranya aku ni dah pangkat maklong lah ye. Adoi teghase tua ai tauu.





Gambar gambar ni semua anak bujang beta Aqif Zaumar yang snap. Pandai dah sekarang ni nak henfon ummi nak amik gambar. Eh eh suka hati dia jer. Tak tahu ke hp ummi ni mahal tau dak. Hahahaha. So ini lah hasilnya... masih boleh digilap lagi bakat terpendam tersebut yek? Kot lah boleh jadi seperti Tuan Hj Saiful Nang. Wooow mak kau tersenyum simpul kuasa dobelas.

Btw aku kurus gitu gitu jelah. Masih ada part2 yang perlu di adjust lagi hahaha. Takat pinggang je ramping, perut flat tapi lengan sado... tak usahlah feeling2 kuruih. Porot ni ada je lelemaks tapi masa bergambar kau cover lah sikit ye dak. Kahkahkah. Seriuslah kan aku ni nak kurangkan berat badan tapi workout lopong2... habis cane tu? Tolonglah ambik lemak aku kat lengan ni haa. Nyampah tau dak. Baru je nak verangan kuruih bila terpandang lengan sado terus nak menitik ayak mata. Tu takpa lagi, peha batang pinang ni mana nak sorok? 

Ramai kata ko nak kurus cane lagi, dah kecik macam ni pon ko cakap bukan kurus, habis yang aku ni nak kategori apa? Hahahahahahh okokok maafkan saya.


Btw Aqif tinggal dengan atok seminggu ni so new year baru amik balik. Saja la tinggalkan dia duduk seremban. Hari tu beriya nak duduk dengan atok, ni kita bagi. Tapi semalam aku call dah cebek2 cakap napa ummi tinggalkan dia. Eh eh pon boleh. Ate masa ummi nak balik KL hari tu takde pulak mencari. Siap kata ummi balik la KL, Aqif tinggal Seremban. Ewah sangat perangai. Tapi aku sedih la jugak sebab dia kan bukan cari sangat aku dengan daddy, dia dok zikir kat atok, adik mana adik. Yang adik pulak duduk kat rumah pengasuh dah boring sebab takde abang. Asyik nak berkepit dengan mak je. Oklah next time tak yah tinggal yek kalo begini kisahnya.


Hai la anak. Takde dirindu, bila ada bergaduh saja.
:DD






Monday, December 28, 2015

YLEO dah sampai uolls

Ingat dak lagi aku ada share pasal YL hari tu. Haa dah sampai dah last week dan dah guna jugak kat Dareez. Hihihi. 

Aku takdelah addict sangat dengan eczema si Dareez tu. Ada lah jugak tanya2 orang ubat apa yang sesuai untuk kulit eczema. Before ni ofismate aku memang ada share pasal YL cuma aku je malaz nak amik port.

So bila dah dapat ni aku try amalkan tengok cane progress dia ok ke dak... Yang penting adakah ia sesuai dengan anak aku.

Aku buat cane yang kawan aku ajar. Kena jimat ceremat oii sebab mahal kan. Kahkahkah. Paling best bau lemon. Aku titis kat air dalam tupperware bagi menggantikan lemon slice yang kita buat untuk detox. Sama je rasa malah lagi best. Ni bukan nak up untuk diri sendiri tapi hakikat. Aku ada jugak titis sikit kat atas tisu then kepitkan kat tempat aircond kereta. Wahhh semerbak bau lemon buat kita dalam kereta tu rasa fresh. Oh ye aku x beli pon orb, diffuser dia sebab rasa belum lagi untuk keperluan buat masa ni. Maybe later.

Untuk lavender aku blend sekali dengan vco. Then baru applykan kat seluruh badan si Dareez especially kat bahagian yang ada eczema. Macam sekarang ni ruam banyak naik kat celah kangkang. Kes lambat tukau pampers lah ni. penat jugak nak membela anak yang ada masalah eczema ni ye. Kita kena try and error segala macam jenis ubat. Mahal or murah semua aku tapau. Huhuhu. Takpalah, kita nak yang the best untuk anak ye dak.


So baru ada dua jenis essential oil. Hajat dalam hati nak grab peppermint pulak. Harga boleh tahan tak masuk akal gak. Hahahaha. Sebulan kena beli satu jenis la nampak gayanya kalau nak mengumpul.





Friday, December 25, 2015

Monthly Expenses

Kauorang ada buat tak record montlhy expenses? Tak kisah la apa pon. Macam aku, adaaaa. Gila tak ada. Urat dah putus banyak so potensi pelupa itu adalah sangat tinggi. Actually benda ni aku dah amalkan semenjak beberapa tahun yang lepas. Cuma dulu tak proper macam sekarang. Maklom la dapat laki spesis semua benda nak terurus so ikut la rentak dia. Btw bagus jugak. Sebab apa tau, sebab senang nak monitor. Kahkahkah.

Setiap expenses ada file yang tersendiri. Bills/rental untuk rumah satu file, kereta, motor, insurans anak2 semua dok dalam file masing2. Kang nanti nak update dokumen kang ke senang capai je file apa yang kau nak. Mudah bukan?

Setiap surat menyurat, slip bank semua tersusun. So takyah pening kepala nak ingat taruk kat mana bagai. Eeeii takde masa. Hahaha. Banyak lagi benda nak buat. Then kitaorang create satu sistem. Contoh la, loan belajar dulu dah habis... so dah takde apa nak update. Maka secara automatik file tersebut disimpan dalam kotak. Nanti takde la bersepah expenses yang masih on dengan yang dah close. Faham ke idak ni? Satu lagi, cover file tu tulis siap2 details yang penting supaya mudah nak semak. Turutan dalam file pon kena betul... Jangan selit suka hati. Kalau macam tu baik takyah buat filing.

Sama macam kat ofis la kan... dept sumber manusia buat sistem tersusun so kita praktikkan la kat rumah. 

Dan lagi satu kenapa perlu buat filing bagai ni, contohlah kan... mana tahu umur masing2 tak panjang... tak tahu pulak hal hutang piutang suami isteri. I mean hutang yang besar2 macam car loan, personal loan... housing loan.. kita tak tahu progress dia tahap mana... so dengan ada nya sistem filing akan memudahkan waris nak cari info2 yang diperlukan. Macam insurans... ko tahu ke idak laki ko punya pakej insuran.. aku terus terang cakap memang tak tahu. Hihihi. Urusan insurans anak2 pon dia uruskan. Aku memang tak tahu menahu sebab dia yang bayar bulan2. Haaa tu penting tu ok. Sat g nanti sia2 kena tipu. 

Kauorang tahu kenapa kitaorang buat filing untuk setiap expenses? 

Aku ingat lagi betapa akak ipar aku tak tahu menahu nya pasal arwah abg Bob punya monthly expenses semasa arwah masih hidup. Tahu2 arwah ada 3 pakej insurans... ada beberapa simpanan... dan lain2 lagi. Status pinjaman rumah pon akak ipar aku tak tahu samada diaorg buat loan bersama ke tak. Nampak macam lahhhh suami isteri kot takkan tak tahu? Tapi itu hakikat ye. Macam aku, ada benda yang aku tak cerita tak daddy. Takkan la ko simpan duit setiap bulan kat Tabung Haji pon nak kena bagitau. Kantoi la nanti. Hahaha. Biarlah nampak aku sengkek setiap bulan dimata dia padahalllll...

Macam tu ah maksud aku. Aku pon takde la semua benda yang aku tak tahu. Kereta, motor, personal loan daddy berapa dia bayar bulan2.. aku ambik tahu gak. Roadtax mati bila... aku tahu tu sebab aku yang bayar. Kihkihkih. Tu credit card? Mana dan la ko nak amik port. Gitew. So dengan adanya rekod dalam file kan senang. Baru tahu ko hutang tinggal lagi berapa. :DDDD

Ayuhhh, kita sistematik kan hidup kita. Tak susah pon. Beli file yang 50sen... pastu filing cantik2. Takyah mahal2.


P.s, biar tulisan tak cantik janji file ai tersusun kemas :DD








Tuesday, December 22, 2015

Zakat Pendapatan

Dah lama sangat aku nak buat benda ni sebenarnya. Alang2 aku nak renew lesen so aku pi la kat Pusat Pungutan Zakat. Before tu dah google siap2 cemana kekdahnya. Ko tahu, rupanya haku dah daftar online tapi tak pernah buat potongan gaji. Hihihihi. Dasar tak alert dengan benda2 macam ni. Ke dulu kalau nak buat pemotongan gaji kena pergi kaunter? Lupaaa weh sebab daftar online pon tahun 2013.

So sekarang aku dah sedor diri.

Aku taknak ah dalam setiap sen dari gaji aku tu tak berkat. Maksud aku kat sini, dah la cukai pendapatan aku tak bayar sebab tak layak T_______T jadinya takkanlah zakat pendapatan pon aku tak buat pemotongan pulak. Betul tak?

Alah bila kira2 balik berapa je yang kena tolak. Kau beli barang merepek boleh pulak khenn. Perangai.

Daddy dah buat tolakan lama dah kot sejak dia start kerja. Haku ni dah 10 tahun kerja baru hegeh2 nak buat. Matiks lah weh baru nak terbuka hati. Alasan busy, alasan takde masa nak pergi kaunter tu poyo je.

Setip dari gaji kita bukan semua milik kita, ada untuk orang lain.

Sempena tahun 2016 yang akan datang ni aku rasa dah sampai masanya untuk aku ubah mentaliti diri. Selalu kerja nak bertangguh je tau. Kadang2 nyampah gak dengan diri sendiri pesal lah boleh perangai macam harem. Kadang2 memang sengaja. Lepastu lama2 lupa. Macam kes potongan zakat ni la. Ada sesetengah perkara yang aku memang macamtu. So azam tahun 2016 tak mahu kerja bertangguh ok?

Please la. Kerja dah lama kot.
Dah buat potongan gaji untuk zakat ni tiba2 aku rasa macam tenang je hati.
Eh?
;p









Friday, December 18, 2015

Ada apa dengan Star Wars?

Aku kan macam pelik sikit ah... best sangat ke Star Wars tu sampai ramai gila dok upload status kat FB kata tak zabar la apa la itu la. Heh. Best sangat ke cuba kauorang bagitahu sikit sapa yang dah tengok tu. Best ke??

Aku memang tak amik port kot hahaha. Maybe sebab aku tak minat filem sains fiksyen dan yang sewaktu dengannya. Jujur cakap eh aku TAK PERNAH tengok movie star wars ni dari episod first sampai la yang tengah launching ni. Ada je kat Astro tapi tukar channel lain. Hahaha. Memang tak minat ah. Rasa macam membaziaq kalau pi wayang tengok movie macam tu.

Dulu zaman anak dara rajin tengok wayang. Asal movie terbaru keluar bergigil2 lutut ajak boyfriend keluar. Daddy lah kan boyfriend ai sampai jannah Insyallah. Hahaha. Dulu tak banyak aktiviti bersama macam sekarang. Asal dating mesti nak tengok wayang... tak kisah la movie dia kau tak minat janji dapat dating berdua dah seronok sangat lettew. Macam hampeh perangai.

Ada satu movie sampai sekarang aku rasa bongok gila... the day the earth stood still. Aaaa tolong lah... sebab Keanu Reeves berlakon terus ingat best. Masa ending tu kami pandang2 then gelak... adoii tak boleh terima. Kalau tahu la macam tu jalan cerita dia memang tak ah nak tengok. Tapi laki aku layan gak sains fiksyen ni. Macam Avatar dia cakap best gila. Rasa nak tengok 4,5 kali. Eh eh. Haa tu satu... orang kata best gila camnia cap eh [tunjuk ibu jari sikittt] tapi aku memang tak pernah tengok. Hahahaha sedih kan. Kat Astro ulang berpuluh kali aku memang tak ah nak tengok. Baik aku bukak channel lain... macam movie romance2 sweet like candy tu suka la. Hahahahaha bukan kata aku romatik nak mam. EH geli laaaa. Cuma aku suka movie santai. Movie yang berfikir ni pon suka jugak cuma kena tengok dia boleh go ke tak. Logik ke tak... saspen ke. Kan. 

Nak borak pasal movie, paling aku sukaaaaaaa sangat movie Italian Job. Ulang lapanploh kali pon tak boring. Dah tengok, tengok lagi... tengah masak pon boleh berhenti jap. Kahkahkah. Ok betul... aku tak tipu. Lagi, The Peacemaker... Angel & Demon... The Da Vincci Code... pon suka gak tu. Korang suka tak? 

Tahu tak kenapa aku suka sangat Italian Job tu? Sebab movie tu ada sentimental value. Meh nak cerita kat sini kang takut dah tua nanti lupa pulak... at least ada gak sumber yang boleh aku rujuk nanti. Kahkahkah. Aku ingat lagi itu la movie aku tengok sorang diri sebab bengang dengan daddy dia balik awal padahal kitaorang lama gila tak jumpa. Dia tak tahu cemana rindu aku kat dia time tu. Aku punya bengang terus book tiket terus masuk wayang.... pastu silent hp. Hahahaha macam biasa la kan saja nak buat orang tu risau dengan kita. Well masa tu aku kat Seremban dia kat Ipoh belajar. Hujung bulan dia balik Shah Alam aku balik rumah mak aku... plan balik hujung bulan baru kita dating. Wahh gitu. Boleh pulak kan dia turun Seremban jumpa aku... tiba2 bagitahu kita sekejap je tau sebab ada plan dengan kawan2 Shah Alam. Ekelehhhhh aku nak merajuk kang nampak nau aku hegeh2 kat dia. Tolong sikit ek.. ai jual mahal. :DDDD

So cerita la kenapa Star Wars tu hebat sangat? Aku selalu nampak DP orang pakai topeng hitam dengan putih. Tu sapa dia? Watak dia menarik ke cemana? Aku rasa jugak nak pakai masa kat ToyRus tapi maluuu. -____- Ko kenapa lak kan buang tebiat... laki aku tu kang dia punya melahar boleh tahan tiga hari tiga malam.. Mana nak taruk muka nanti?

Agaknya lah kan aku kena tengok dari episod awal sampai yang tengah launching ni kot. Baru tahu kenapa orang meroyan sangat. Macam orang dok selalu kata, tak kenal maka tak cinta. So tengok dulu baru tahu best ke idak. Ni tahu nak kondem je. Haa maghah? Maghah?








Thursday, December 17, 2015

Hutang wajib dibayar... kena tahu tu.


Hari ni viral benda ni. Muahehehe. Tak tahu nak simpati bagaimana. Sebab tiga tahun yang lepas pernah terjadi kat aku. Cumanya bukan PTPTN... sebab aku dah settlekan hutang ptptn awal2 masa kerja dulu... siap buat potongan gaji uolls. Ini loan belajar zaman sijil, KPM. Sekarang dah takde dah kot loan dari KPM. 

Serius lah kan ptptipu ni sangat2 menjerut leher ngko. Aku buat tak banyak... so saja je kan bayar lambat2. Padahal masa tu takde komitmen apa. Bila kau leka, tiba2 gatal tangan nak update baki, tuh diaaa sakitnya tuh disini... kemahin ramai interest. Ko dah kenapaaaaa makan banyak sangat. Ok dulu 3%. Tak bayar sebulan dua, ibarat bayaran seterusnya ko buat bayar untuk interest tersebut. Gitu konsep dia. Now dah ada ujrah. Itupon kena apply. Kalau tak semendang 3% dia charge engko. Harey.

So aku decide buat potongan gaji. Takyah pening kepala. Memanglah sakit hati nengok dalam payslip bersepah hutang tapi aku rasa berbaloi gak la. Nak tunggu ko pegi kaunter ptptn setiap bulan memang tak ah. Betul kan? Jangan bohong nanti Allah marah. :DD

Dalam 3 tahun settle hutang ptptn aku. Yahuuu. Masatu pulak tengah plan nak kahwin. See? Bayar je ah sikit2 pon... nanti2 habis le hutang ngko itu. Time dapat tak beringat ye dak. Aku buat apa eh dulu duit tu? Tampung2 duit belanja dengan beli barang pc kot. Lupa dah.

Tinggal la hutang KPM. Tu pon satu hal gak sebab dia takde interest so memang boleh sangat buat bodo. Hahahaha. Dasar sangat perangai. Nak jadi cerita, KPM memang akan trace peminjam2 dia yang kerja gov. Boleh link teruih dengan bahagian akaun kita uolls. Hebat sangat perangai. Seingat aku time bersalin kan si Aqif. Duduk kampung kan mana nak dan pi bank bagai. Aku online banking tengok2 ehhh pesal ada tolakan KPM ni. HAHAHAHAHAHA padan muka sendiri. Nasib seratus lebih. Tu pon puas tunggu tiga tahun baru settle. And now, Alhamdulillah aku bebas dari hutang piutang belajar.

Betul gak tu, kalau KPM tak buat tolakan gaji... memang takdolah nak bayar bulan2 directly. Nak tunggu duit sedepuk? Hahahah mimpi disiang hari. Kang duit tu buat benda lain. Faham sangat perangai.

Aku syak mana2 yang PTPTN buat tolakan gaji secara paksaan ni kemungkinan tak pernah bayar langsung or bayar tapi macam tak berganjak hutang tu. Itu yang mendapat ribu2 dia tolak. Sedih hoi. Baru baca kat fb status junior aku time teknik dulu... dia kena tolak 800 bulan ni. Dah macam bayar loan rumah tu weh. Nengok payslip pon rasa nak nangis... belum pi cucuk kat bank lagi. Balance duit gaji tu tinggal berapalah agaknya?

Oklah, macam yang aku cakap kan tadi... bayar je sikit2. Lama2 settle lah tu hutang kauorang. Kalau malaz nak pi kaunter, boleh buat potongan gaji. Macam leceh tapi sebenarnya menyenangkan kau dikemudian hari. Trust me. Macam kau hutang orang... banyak macammana pun hutang kau pada seseorang maka bayar lah walau sedikit pun. Tak rugi. Hahaha maksud tersirat betul.

Oklah see ya.






Tuesday, December 15, 2015

Breakfast Like a King, Lunch Like a Prince, and Dinner Like a Pauper


So yeah inilah makanan dinner aku malam ni. Hahaha. Rare ke idak? Kau mampu? Gigih sup sayur sajok. Tak lapar ke? Eh tak lah sebab aku dah train kan diri sejak beberapa bulan yang lalu jarang makan malam. Kalau makan pon dalam portion yang kecil dan kalau boleh elak makan nasi. Sebab apa? Sebab pagi kita dah ambil hard breakfast so dinner kena lite2 saja ye. 

Apaaa? Diet?

Eh taklah. Aku cuma nak kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi. Diet tu tahun depan lah ye bak kata kawan aku. Kahkahkah. Kurangkan makan bukan maksud ko diet... maksudnya kau makan dengan kuantiti yang sepatutnya badan kau terima. Get it?

Aku masak apa tu?

Hahahaha. Ni main campak2 je. Sayur sukati kau lah nak taruk apa... kalau lagi banyak kaler hijau lagi bagus. Aku tak pakai minyak masak.. ni aku didihkan air, campak bawang segala... titiskan sedikit minyak bijan then campak sayur. Perasakan dengan garam dan jugak serbuk ayam knorr. jangan lupa kalau tekak ongmelayu kena pedas so patahkan cili api. Mudah bukan?

Nak taruk ayam pon boleh, seafood pon boleh. Kalau taruk bahan mentah kena lah masukkan halia sikit. Macam masak sup ayam. Kali ni aku taruk tofu jepun. Sebelum tu kena goreng dulu. Kang nanti hancus pulak tofu kau tu.

Senang je kot resepi aku ni. Ikut tekak masing2 la. Ni kira simple and pantas and jimat masa. Sambil jaga anak pon boleh buat. Nak tak nak kita je yang tentukan. Jangan malaz2 ye. Hahaha.

Oklah boii.








Monday, December 14, 2015

Perkembangan terbaru kisah eczema dan jugak Young Living. Padia tu?

Hari tu aku ada cerita pasal eczema si anak bujang bongsu tu kan [klik sini] so nah perkembangan terbaru beliau. Nampak macam dah ok. Ke tak? 
05.12.2015

Abaikan muka ummi dia yang over eksaited tu yeh. So cemana? Ni ai gigih control makanan dia dan jugak rajin sapukan lotion Cetaphil. Kat celah kelangkang pon getting better. Alah buat masa ni la. Kan ke benda ni on dan off. Some of part kat tangan, celah telinga, kaki... ada kulit sisik2. Tu pon kena rajin sapu lotion gak. Tak cukup tido? Hahaha dah biasa. Sejak Dareez mengalami eczema ni kauorang jangan tak tahu... malam2 tiba2 dia suruh kau garu kat tempat gatal... so nak tak nak bangun la dengan mamainya. Aku pon bijak sikit... ada satu malam Dareez betul2 gatal kat betis... aku guna satu sikat plastic yang sisir dia lembut. Hahaha nampak macam kejamnya la hai mak kau. Tapi sikat tu bukan sikat yang biasa. Jangan salah faham. Memang sisir dia lembut. Kalau pakai pon tak teghase kau sikat rambut.

Macam ni la rupa sikat tersebut. Lupa beli kat mana. Daiso kot.

Tu memang tahap aku dah tak boleh handle mengantuk. Daddy jangan tanya. Dia tak amik port budak2 bangun malam ke apa. Just in case aku memang tido mati baru la dia bangun. Itu pon dia kejut gak aku. Hahahah. Pon boleh.

So kita tengok lagi result yang akan datang.

Oh btw schoolmate aku masa zaman teknik dulu ada suggestion untuk budak kulit eczema. Dia syorkan guna produk Young Living Essential Oil (YLEO). Pernah tahu tak produk ni? Actually ada sorang ofismate memang dah guna YL untuk anak dia. Aku je yang  macam tak amik port. Yelahhh, orang dah terhantuk baru nak tergadah. Eh betul ke dak peribahasa aku ittew. So macam tu lah aku. Ada gak baca review kat blog. Tapi macam yang aku cakapkan tadi... tak kena kat kita so amik sambil lewa je ah.

Dia memang jual so dia promote la kat kawan2. Before ni aku memang ada baca apa yang dia up kan kat FB. Tapi macam yang aku cakapkan tadi... ambik sambil lewa. Hahaha berapa kali nak ulang daaa nampak sangat memang tak ngikut perkembangan kawan2. Jangan ikut perangai onggiler ni okay.

So bila dah buat rujukan serba sedikit... why not kita try kaedah yang lain. Asyik beli ubat kat farmasi je... dah tentu2 ubat kat situ semorang pon guna. Keberkesanan dia pada setiap budak pon lain2. Harap maklom. Ni aku dah order kat dia... lavender untuk Dareez dan lemon of course la untuk aku. Hihihi.


Lavender mahal sikit. Eh mahal banyak jugak lah T___T tapi untuk mencuba kaedah lain dari yang lain dan setelah mendapat sumber rujukan yang berasas maka ku gagahi jua mengorder. Harap2 berkesan. Nak hilang teruih memang payah oi. Harap bertabah ye anak ummi yang manjes. Aku baru tau sebenarnya ofis YL belakang RTM jerrr. Tapi mana mungkin aku nak ke sana. Ofismate aku yang dah jadi ahli ni pon nak beli kat kawan aku gak. Katanya malaz nak renyah2. Hahaha.

So kita tunggu essential oil ni sampai ke tangan aku. Nak tengok apa yang best nya sampai mahai bebenor. Tu baru aku beli dua bijik botol. Ada aku tengok kat blog sampai berbelas botol, pitams aku.


Oklah boi.










Taman Wetland, Putrajaya /Kidzoona Equine Park

Ni kiranya payback masa2 daddy busy sepanjang beberapa minggu lepas la. Sekarang ni kauorang kena tahu, anak is priority. Aku dah jatuh nombor dua kot. -___- Takpala, sebab nampak kat situ dia lebih concern kat anak2 dia. Kipidap. Eh? Hahaha.

Last week hari Ahad daddy ajak keluar bawak budak2 jalan. Dia suruh aku decide tempat mana yang best... dan paling penting sekali tak ramai orang. Eh boleh pulak macam tu. Dah tentu2 musim cuti sekolah sekarang ni. Oklah aku plan bawak gi Wetland Putrajaya. Alaa kan lately ni ada viral macam best je Taman Penghayatan Alam kat situ. Since kita keluar tengahari so sedang elok ah. Kat sana nanti duduk dalam bangunan je. Ai kan permaisuri lilin. Hahaha.


Elok sampai je hujan pon turun... lebat pulak tu. Hahaha nasib baik. Baru plan lepas masuk dalam ni kita round naik buggy pulak. Nampak gayanya nan hado. Kat sini entrance FOC ye harap maklom. Boleh lepak lama2 kalau suka... ada mini cafe kalau lapaq nak makan. Tapi bagi aku so so jelah. Ingat kat best gila ada permainan kanak2 ke apa. Rupanya yang diviralkan tu biasa je. Aku pon tak tahu nak explore apa. Macam masuk dalam Aquaria la kot. Tapi Aquaria best cam ni cap eh [tunjuk ibu jari sikitttt] Ini more pada pembangunan Putrajaya. Kot. Then ada la ikan sikit... lain lain slide show je. Harapan pelesu.

 Benda ni la yang viral nampak macam best sangat tu.

 OOTD anak
Tapi anak tak pakai barang branded cane tu?
Sandal dia besau... tu pon atok yg belikan. ;p
Abang acah2 photog, adik ala2 ootd.
Sukati korang la.

Nampak tak hujan tu. Sedeh tak dapat explore taman kat luar.
Wetland luas kot kawasan dia.





Yang ni la dikatakan acah2 best sangat tu. Nyampah tau. Selalu memberi harapan palsu kat aku. Ingat kan pom pom melatop lah. Rupanya biasa2. Ops sorry aku cakap dari hati kecil nan ikhlas je. Jangan marah ye aku tak sengaja. Kahkahkah. 

Btw, kalau takde tempat nak bawak anak, boleh ke sini... sebab lepas masuk, boleh explore taman kat luar pulak. Malangnya masa aku datang tu hujan so tak dapek la nak menghayati keindahan alam kat situ. Nampak gayanya kena repeat lagi ke apa ni? Saja je tauuu.

Lepas kesini plan nak bawak budak2 main kat taman. Singgah Masjid Besi tapi tak boleh masuk. Hahahahahaha padan muka dua dua dengan anak2 sekali. Rupanya pakaian aku ketika itu tidak mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan. Then dia suruh pakai jubah dan jubah dia OhEmmGee besau panjang kedaung. So cancel. Kita terus shoot ke Sepang konon2 nak tengok kapal terbang landing lah kan. Lagipon budak2 dah tidur sure lama diorang ni. Hahahaha pon haragpan hancus musnah disebabkan hujan selebat lebat tidak sampai kitaorang decide masuk parking lot klia2. Sedeh gila  apa yang diplan semua tak menjadi. Tunggu dalam kereta sampai budak2 bangun then baru masuk. Dengan haragpan dapat la tengok kapal terbang landing kat dalam tu. Kot la ada nampak ke kan. Hahahah pon sedeh gak ceritanya. Nampak memang nampak... tapi nampak sipi2 dan paling tak boleh belah sekali hujannnnn lebat. T_________T

Last2 aku google je playground terdekat yang duduk dalam building supaya tak basah sambil tu ada tempat makan sebab daddy dah lapor. Dia memang... lapau memanjang. Aku malaz nak layan sebab tank aku kecik macam kelisa... dia punya 4x4 :DDD

Kidzoona AEON Equine Park.

Last2 kesitu jelah. Hahahaha. Aku kan memang dah niat nak bawak budak2 main kat taman je. Tak payah pi tengok kapal terbang pon takpa. Sebab dari hari tu Aqif dok zikir kat telinga aku, "Ummi, nak pi taman... jomlah kita pi taman" .

Puncanya ada satu hari mak dia bawak pi Putrajaya bawak naik bot, bawak main kat playground Masjid Besi. Time tu ada sedara diaorang datang so saja bawak berjalan. Aqif dengan Dareez pon ikut gak.

Aku pulak yang sedeh anak2 dibawak berjalan oleh orang lain. Mak bapak sibuk kerja. -___- Itu yang laju je kepala otak fikir bawak diaorang ke Putrajaya. Malangnya hari tersebut cuaca tak cantik. Sepanjang perjalanan hujan lebat bawak ke malam. Tapi ok gak la Kidzoona tu. Ada dekat sejam setengah mereka berguling. Bapak dah jeling2 pukul berapa nak balik ni. Hahaha.

Oh btw tahniah pasukan Selangor kerana berjaya #misi33
Kemon, kita plan misi yang ke 34 pulak eh.








Wednesday, December 09, 2015

Perangai anak yang rasa nak marah ke tak?

Kauorang tengok dia punya perangai. Boleh dalam kereta otw balik shah alam dia cakap dia ngantuk nak tido and then.....

Tulahhh, kat rumah tadi bila ummi suruh take a nap kejap tak nak. Boleh pulak ye dah masuk bilik ni, adik pon memang dah tido... dia pi kacau adik dan terusss adik bangun. Kemudian boleh pulak ajak bergonjeng atas tilam. Aaaa terus aku jadi mak kau hijau.

Gini lah perangai dia bila dah besar panjang. Dah jadi abang lah katakan. Disuruh tido jawab nak main dulu la, nak makan dulu la, susu la apa la itu la ini la. Ada je niat nak menyerong tu. Kihkihkih. Panjang akal budak ni.







Monday, December 07, 2015

Minggu yang tak berapa nak cantik, orang yang baik selalunya pergi dulu

Banyak benda yang terjadi last week. Aku cerita satu, satu ok?

Perasan lepas, satu, satu berita sedih yang menyelubungi negara kita. Dengan pemergian arwah Pakyus Jambu... seniwati Mariani dan paling terkesan kat dalam hati aku ni adalah Almarhum Tunku Jalil. Adoii aku nangis ok walaupun aku bukan rakyat Johor. Sebab apa? Sebab aku follow IG beliau then memang suka tengok gelagat TJ yang humble, down to earth... walaupun kau tengok melalui gambar je kan tapi aku tahu TJ memiliki hati yang baik. Cara dia bergaul dengan golongan bawahan, cara dia melayan orang disekeliling dia, memang susah nak nampak perangai tu kat anak raja zaman sekarang. Betul ke? Hahahaha. Tu pada pendapat aku la.

Now IG dia dah deactive. Dah takde la penyeri bila aku pi stalker Ig orang. -___- Aku taktau, tapi aku sedih. First time aku rasa begini bila seseorang pembesar meninggal. Tak termasuk Tuan Guru ye. Tu pon nangis gak.

Aku abdikan gambar TJ dalam belog sendu ini mana tahu kot nanti aku termimpi2 wajah dia so aku boleh la tengok. Hiks.

Dia yang anak sultan tu pon struggle untuk mendapatkan rawatan kanser yang terbaik, apatah lagi kita. Betullah tu, sakit tak mengenal pangkat. TJ tahu dia sakit kanser hati pon dah masuk stage ke-4. Ko bayangkan lah apa perasaan? Aaaa aku sedih ni tak habis lagi. Semoga TJ ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Sama samalah kita sedekahkan Al-Fatihah keatas rohnya. Jangan taip je, baca sekali ok.

Takziah warga Johor. Walaupun aku bukan lahir kat johor tapi aku rasa bangga negeri dia ada anak sultan yang berjiwa rakyat macam ni. Takde la aku nak compare kan dengan anak raja negeri lain. Tapi kau boleh nampak lah perbezaan dia. Or maybe sebab dia selalu show off lifestyle dia kat social network so then orang daripada tak kenal dia pon boleh terasa dekatt je dihati. Wahh gitu. Paham ke dak apa yang aku cuba terangkan ni?

Semoga Almarhum TJ damai disana. Insyallah.



Ok back to the reality.

Last week aku EL 2days ye. Unexpected incident. Boleh tak tiba2 Dareez kena serangan ala ala asthma gitew. Teanjat gegirl. Puncanya malam sebelum memang ada dengar Dareez sesekali batuk2 berkahak. Batuk tu tak obvious sangat cuma ko memang dengar dia susah sikit nak tarik nafas. Aku buat biasa jela sebab pagi masa aku jaga dia ok je. Takde menunjukkan tanda2 nak kena asthma ke apa.

So esoknya sebelum daddy dia pergi kerja kitaorang lepak kat depan tv. Budak2 ni memang jenis bangun pagi. Aku dah perasan Dareez pesal dada, perut berombak2. Dia pon flat je baring macam orang demam. Wahhh ini dah lain maciam. Terus whatsapp video kat ofismate sebab dia ada pengalaman anak kena asthma. So gegas aku ajak daddy pi hospital. Aqif aku hantar ke rumah mak dia. Daddy tak boleh nak tunggu sebab dia kena attend meeting. 

First time amik neb. 

Dia punya melalak tu hazabedah macam kena dera. Dah la aku sorang. Tapi aku rileks2 sudah. Kata independent lady. Kahkahkah. Kita pon paham la dengan kerja laki ni cemana. Anak tu tak sakit teruk sangat. So aku boleh settle sendiri. Padahal boleh je aku cakap tolong lah tunggu sama2 dengan saya. Hahahah puii. Alah aku ok je. Apa je dia boleh buat. Dah tentu dareez memang berkepit dengan aku. 


Hahaha aku gigih la masa dia amik neb tu pic snap pic dan amik video. Eh tu boleh dijadikan bukti tu tengok perangai masing time sakit. Sebenarnya aku nak hantar kat Daddy. Dia dok la whatsapp tanya ok ke tak ok ke tak. Ai is rimas. Haha. Lepas amik neb, doc suruh berehat dalam 1/2 jam. Kauorang tengok dia punya muka merajuk. Rasa nak lepuk laju2. Habis lah kerek tu. Hingat ummi takut ke? Grr grr.

Then doc ada bagi satu ubat untuk dia minum. Tunggu 15minit, doc bagi lagi pam inhaler sebanyak 3 kali setiap 10 minit. Aku ikut jela prosedur. Kenapa buat macam tu? Sebab nak pastikan lepas amik neb adakah budak kenit ni getting better or not. Kalau tak ok kena warded. Tapi tulah doc kata katil takde kosong. Ehhh takyah la masuk2 ward ni. Plus daddy dah pesan kalau kena warded terus pi Pantai Hospital. Amboi.

Alhamdulillah. Takde asthma. 

Ni aku nak tunjuk eczema dia macam dah ok sikit. Takleh tegur banyak2 kang nanti tiba2 jeeee naik merah2. Bukan boleh dijangka ni. Haaa ketiduran penat lettew melalak. Malam tadi pon dia tido2 ayam dengan aku aku sekali tak cukup tido. Lagi satu doc ada mention antara penyumbang asthma adalah penyakit eczema. Ohhhh begitu. Oklah kita faham. Next time kena berhati2. Tak nak pisang berbuah berkali2. Ai tak sanggup.


Balik rumah terus ceria. Nampak sangat permainan.

Doc cuma bekalkan ubat minum dan jugak inhaler. Corong tu beli sendiri ye. Matikss mahal nau dah kenapa. Ni semua gara2 gst. Ciskek sungguh. Guna bila perlu sahaja ok. Ubat pon sama. Makan bila perlu. Kita taknak bergantung dengan benda2 ni. Ok?

And then sebelum terlupa, tahniah team selangor dapat masuk final piala malaysia. Semoga misi yang ke 33 akan terlaksana. Aku dah sign kontrak selangor sampai mati ni. Kahkahkah. Good luck sabtu nanti. Aku lamaaaaa gila tak pergi stadium. Rindu tahu.







Wednesday, December 02, 2015

The School, Jaya One, PJ

Last week ada pergi The School, PJ. Mall baru gak ni sebab baru dua tiga kali jejak. Hahaha. Itu pon secara tak sengaja. So kali ni datang sebab Clarks Warehouse Sale buat kat sana. Tapi tapi tapi, aku takde beli apa2 ye harap maklom. Eishh tak reti la ahkak. Nak berebut2 pastu pening nak pilih design. Wahh diva sangat perangai. Ok sebenarnya aku yang tak berkenan dengan design Clarks ni. Hihihi.

Jalan punya jalan nampak booth cecomel ni.



Ampunnnn. Manes angat ni. The School memang untuk port kanak kanak riang ke apa? Yelah kot kan. Memang pergi tu ko nampak kedai baby2, kedai kids.. suasana macam ala2 kidzania. Suka sangat tauuu. Banyak aktiviti untuk budak2. Kena tunggu Aqif besor sikit baru boleh join ni. Tak zabar. :)

Tapi kan aku macam rasa Aqif tu tak minat ke arah craft la. Hahaha. Ewahhh kemain tapi kau kan. Ke cane ni -__-. Macam dia more to fizikal game. Eh ada ke? Aku bagi dia buku kaler2 ada la dalam 5 minit je buat pastu nan hado. Dia lebih suka main car. Main benda2 yang melibatkan aktiviti fizikal. Bukan benda2 yang kretip. Aku nak buat busy book pon kang ke membazil je nanti. Penat ai buat the end anak pandang endah tak endah. Ciss. Tu kang buat lagi playdoh lagi haru dia baling2 je nanti terus jadi mak kau hijau. Hahahah.

Takpa, takpa. Minat boleh dipupuk betul dak? Positip sikittt. ;p










Result Eczema Dareez

Kita tengok hasil sepanjang beberapa hari selepas aku bawak Dareez pi jumpa Dr.Saiful. Tapi aku tak guna setiap hari krim yang doc tu bagi ye. Sebab pesannya bila rashes menjadi semakin worst baru boleh guna dan kena sapu nipis2 sebab ubat tu ada steroid. Ubat minum pon aku tak bagi hari2 jugak. Sama macam pesan doc, bagi bila perlu. Maksudnya bila Dareez tokleh blah gatal la. Gitew. 

 Ni gambar 26.11.2015
Yang ni selepas jumpa Dr.Saiful (28.11.2015)
Nampak macam dah kering sikit penangan Cetaphil.
Belum guna lagi ubat yang doc bagi.
1.12.2015
Dah potong rambut botak lagi obvious biji2 merah tu.
Aku rasa dah ok sikit.
Tapi dalam gambar ni nampak macam teruk.
Hahahaha.
Takpa, takpa.

Buat masa ni rashes kat celah kangkang dah ok. Itu pon kena tengok gak. Kurang penjagaan naiklah balik. So far aku still continue Cetaphil as a daily use. Krim doc kadang2 bagi. Ubat minum dah banyak hari tak bagi sebab Dareez ok je takde merengek malam2.

Kita tunggu hasilnya lagi dalam beberapa hari ke minggu? Hahaha. Kalau rajin update. Ok boii.









Monday, November 30, 2015

Cerita eczema dan jugak Klinik Dr.Saiful

Dareez memang ada masalah gatal2 before ni since lepas dia umur setahun itu paling obvious. Before ni standard time menyusu memang jenis berpeluh kat kepala. Sambil menyusu sambil garu kepala. Habit ke apa tapi itulah benda yang dia buat sejak baby. Masa baby ada lah ruam sikit kat pipi dan jugak kepala. Tu takpa lagi sebab sapu je krim gatal dalam 2,3 hari surut dah. Benda ni on dan off. Tapi tak teruk.

Sampai la kejadian jerebu yang melanda negara baru2 ni (cewah ayat kauu).. Rashes tu takde main kat pipi ok. Terus tiba2 kat kepala dia naik banyakkk biji2 macam jerawat. Tu satu, yang kat celah kangkang lagi, leher, pelipat siku dan jugak lutut. Gatal jangan dicakaplah, aku tengok pon rasa meh la transfer ke ummi gatal awak tu. Dia punya menggaru tak agak2 ye. Sampai nak tido pon suruh aku garu. Tapi aku takde lah garu pakai kuku sebab kita tahu kan kuku ni bisa. My optional lapik sapu tangan then usap2 kat tempat gatal.

Ada beberapa malam dia tak lena tido dok merengek sebab gatal. Gatal dan jugak merenyam ke apa tak tahu la. Dia punya masalah bawak ke hari ni ok. Aku pi klinik biasa, doc bagi ubat gatal biasa tapi tak lut. Cuma ubat minum tu yang membantu Dareez untuk tido lena sepanjang malam. Aku memang dah syak ini tak lain tak bukan anak aku kena eczema. (sebab aku google dan baca review orang)

Doc pon cakap benda yang sama cumanya dia tak boleh nak explain kenapa. Maybe susu, makanan or debu/habuk. Kena try and error. Baru2 ni dapat tahu Dareez alah pada ikan bilis. keropok ikan dan sesetengah ikan. Hahaha ada pulak testimoni ye. Itu baru tahu sebab lepas je Dareez makan cokodok bilis  mak dia buat dalam beberapa jam naik teruk koo dia punya rashes. Merah2 tokleh belah. Dan kalau nak tahu Dareez ni pencinta keropok ikan uolls. Aku memang buat stok kat rumah. Goreng siap2 setupperware buat ulam makan dengan nasik. So memang tak expect keropok ikan tu menyumbang kepada masalah kegatalan dia. Hihi. My bad.

Aku tak terfikir pon anak bujang kenit ni boleh terjebak dengan eczema. First, aku laki bini dan jugak Aqif takde masalah kulit. Families yang lain maybe ada cuma tak obvious. Tu pon baru tahu bila mak aku bercerita. Aku pon lupa. Yelah benda2 macam ni aku kecik lagi kot dulu mana nak amik port adik kena gatal2 ke apa. Hahaha.

Before ni guna krim yang murah2. Name it... betnovate, zaricort, calamine, sebamed, moo goo, buds semua dah pernah try. Elok memanglah elok tapi esok lusa dia naik balik. Keciwa iolls sebagai mak. Paling tokleh blah beli krim Moo Goo dah le mahal yakmat then langsung tak guna sebab krim tu buat Dareez lagi berpeluh. Dah berpeluh terus buat gatal lah kan. Haishh. Ni aku google2 baru tahu yang krim hujung2 nama dia _cort, _nate tu semua ada steroid. Memang cepat elok tapi tak sesuai untuk baby. OMG. Kesian anak den.


Yang ni aku dah tak boleh tahan. Dia punya kulit dahi tu dah macam rupa hape. Tak sehalus kulit baby langsung. Tu dahi ye, kat celah kangkang aku tak tunjuk lagi. Kang tunjuk pitams lak hahaha. Itu pon satu, kejap dah elok, lama2 jadi balik. Takkan aku nak pakaikan napkin. Rajin benau lah ummi dia khennn nak membela. -____________- Eleh kutuk ai lah tu. Naks eribu dalih ye dak.

Walaupun Dareez rashes macam ni, Alhamdulillah takdelah dia merengek sampai nangis like that. Paling win pun malam2 dia suruh kau garu kat tempat gatal. Mendapat la ummi kau tak cukup tido.

Actually hampir sebulan dah pakaikan Cetaphil cleanser dan lotion. Alhamdulillah berkesan memang berkesan. Rashes jadi makin elok tapi macam biasalah dah nama lotion, bila time panas Dareez ni dok garuuu je. Itu yang kat dahi tu kejap on kejap off. So kawan aku suggest pergi jumpa pakar kanak kanak supaya masalah Dareez ni dapat diselesaikan dan kita lebih tahu rawatan mana yang sesuai untuk dia.

Last week balik Seremban singgah Klinik Pakar Kanak Kanak Dr. Saiful.



Sabtu bukak jam 1100am sampai 400pm. Nasib sampai before 12 so rezeki Dareez dapat jugaklah nombor. Lepas daripada tu nak register pukul 2 petang karang. Tengok punya lah ramai orang. Aku pandang daddy, daddy pandang aku. Dalam hati masing2 berdoa semoga cepat lah turn kitaorang. Paham sangat dah perangai masing2. Best jugak klinik ni walaupon dok kat area Kajang yang jammed macam harem tapi overall aku suka sebab ada satu sudut untuk kanak2 bermain sambil menunggu. Takdelah boring ye tak? Kang sat g berlari sana berlari sini terus aku jadi mak kau hijau. Ini ada mainan leka lah sikit budak2. Mak bapak pon boleh tunggu dengan senang hati.

Dr. Saiful kan soft spoken je ok. Consultant thumbs up. Dari daddy yang aku cakap dia memang susah nak percaya, tapi bila Dr.Saiful bagitahu benda yang sama aku bagitahu dia barulah dia absorb dalam diri. Padahal before ni berbuih mulut aku nak yakinkan dia. Doc suggest Atopiclair lotion tapi disebabkan stok dah habis so dia bagi krim Efficort dan jugak ubat minum.

Actually krim tu ada steroid so kena sapu nipis2 bila perlu. That mean bila rashes tu betul2 merah baru boleh sapu. Kalau tak, teruskan pakai Cetaphil or nak tukar boleh pakai Atopiclair.



Kita tunggu result dia seminggu ni. Buat masa ni nampak much better than last week. Merah2 rashes semakin beransur elok. Cuma ada sesetengah part Dareez still gatal2 lagi.

Kemon dikkk.