life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 22, 2015

Belated & In Advance Birthday

Dah nak masuk bulan Feb baru hegeh hegeh nak cerita pasal celebration birthday ni. Huwaaaa nampak sangat kan aku busy gila. Busy ok untuk preparation aqiqah Dareez ni. Tak menang tangan iolls. Nasib baik la aku runner untuk doorgift je. Phew. Ok ok hari tu dalam bulan Jan jugak la kitaorang geng susuk tak cukup korum ada buat perjumpaan sikit. Gila engko kali terakhir jumpa pon last year. -___- Itu pon bini bini gangster je... yang incik incik suami takde ok. Hahahaha. Tu dah rindu sangat lah kononnya. 

Kebetulan aku memang nak jumpa Sha sebab nak ambik brooch. Oh btw untuk kenduri aqiqah Dareez ni aku ada order kat Sha suruh dia buatkan bunga brooch. So nak tak nak kena free kan masa jugak la untuk perjumpaan kali ni walaupun lagi dua orang geng susuk tak dapat datang. Memasing ada perkara yang tak dapat dielakkan. Alang alang jugak kita buat celebration birthday sikit. Tak yah beriya sangat kan. Takat beli karipap, aku buatkan sandwich sardin, beli kek dan air. Haaa barulah ekonomoney. Kahkahkah.


Ni dua dua tengah membuyung. Alhamdulillah lama menanti ye Sha... akhirnya rezeki awak jugak. Semoga dipermudahkan hendaknya. Si Ecah pulak dah selamat delivery baby girl named Millliy. Haii milliy ni aunty lisa. Kiss kiss sikit. Hahahaha. Dua tiga hari lepas perjumpaan ni terus si Ecah tu bersalin. Nampak sangat kan Milliy nak jumpa aunty aunty, uncle uncle, dan abang abang dia dulu. Nasib le sempat jumpa dan laga porot dengan Sha. 

Ni kakak Milliy. Maaf gambar Milliy takdo pulak. Baby baby dalam pantang tokleh terdedah dengan media sangat. Wahh gitew. Kalah Lara Alana kann. Yelah, kecik lagi... tunggu lah lepas habis pantang... dah habis esok nak adakan press conference pon boleyyy. Mak awak kan tokey handbag. Heeeeheee.



Dah nak masuk 3series dah aku. T__T Ameer pulak dah masuk dah pon. Kauorang tengok kitaorang ni ada rupa umur 30an ke? Hurm hurm takde kann? Wakakaka pelisss lah weyy. Kedutan di wajah manakan nak sorok. Penat tepek bedak 3inchi tau. Well tak kisah lah umur berapa pon janji hati muda belia gitew. Banyakkan senyum barulah awet muda. Kahkahkah.



Lupa nak cakap, tempat kitaorang jumpa ni kat depan PICC. Ada tasik, ada playgorund... ada pondok boleh duduk duduk. Aku beriya ingat kat tempat yang boleh naik boat dondang sayang. Hahahaha maklomla bukan ahkak kawasan. Tu yang blur selalu. Tapi ok je sini... tenang dan tak ramai orang. Jangan kan kat depan Masjid Putrajaya... aaaaaa tolonglah. Tak suka ok. Seronoklah Aqif dengan Airis, tempat luas... kemahin lari lari sakan. Penat daddy daddy awak nak kejar kan. Oklah lepas ni tempat perjumpaan kita buat kat padang je... kat tempat yang boleh beriadah. Barulah family bonding gitew. Barulah rasa awak tu dah ada anak. Ini asyik nak feeling feeling macam belum kawin kekdahnya.

Terimalah gambar ramai ramai yang nak cakap jadi ke tidak tak tahulah... hanya jauhari yang mengenal manikam. Kahkahkah. Ni semua Aqif yang nak ambikkan gambar. Last last ni je jadi. Tapi aku nak cakap macam tak jadik jer. Yang aku ni apahal efek shining lebih. Kesian Dareez tak nampak. Next time tunggu baby Ecah dan Sha besar sikit. Nanti kita planning holiday pulaks. Ewahhh. Angan angan tu kena ada. Betullll.





No comments: