life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 29, 2015

Family Bonding: Taman Tasik Titiwangsa

Sebab nak kan sangat naik kuda, maka ke Tasik Titiwangsa lah kita. Well barulah family bonding. Kalau tak selalu nak pergi mall je. Tak sihat tu. Jadi mari bawak anak anak ke tepi tasik. Disamping menghirup udara segar, boleh la jugak beriadah sambil cuci mata. Kehkehkeh. Sebenarnya KL ni banyak je tempat untuk beriadah sesama family. Kita je tak rajin nak explore.


Sebelum nak mulakan apa apa aktiviti, perkara pertama yang paling penting adalah bagi anak anak makan. Yee betul. Bila dah kenyang perut pasti suka hati ye tak? So amalkan begitu. Maka diaorang takde la hokhek hokhek meroyan. Kalau begitu aku pon boleh stress. 





Naik kereta kuda buat 3 pusingan. Sebab Aqif tak puas. Hahahaha. Nak suruh dia naik kuda pony tu macam tak yakin lak aku. Sebab kau kena naik sengsorang. Makbapak tak dibenarkan naik sekali. So rasanya Aqif belum boleh lagi kot. Hewhew. Naiya je kang tetiba tengah padang tu dia nangis mintak turun. Tak aku yang cuak, kuda tu pulak yang tak tentu arah. Ohh cannot.



Feeling feeling naik kereta kuda sambil korek hidung. Barulah heaven. Yang Dareez dah selamat dah ketiduran. Lepas makan... kena angin angin sikit.. memang time dia lah tu. Maklomlah dipaksa bangun awal... mandi awal... memang lalok je muka dia. Heee. Alah tak mahal pon nak kuda ni. Seround ada lah dalam RM3-6... bergantung kepada jenis kuda dan kereta kuda. Eh memang akan repeat lagi ni. Tunggu anak anak besar sikit. 



Selepas naik kereta kuda, kita naik permainan air pulak. Tak tahu nak panggil menatang apa tapi yang pastinya kita kena kayuh kat dalam air. Dan yang aku paling pasti bukan aku si tukang pengayuh sebab Dareez tido didalam dakapan gua. Hahahaha. Tak bawak stroller sebab tahu memang macam leceh. So gigih umi awak ni pakai carrier.


Yang bola bola air ni tak naik sebab satu bola air seorang dewasa, satu bola air dua orang kanak kanak. So Aqif takde pair. Takkan nak suruh Daddy naik dengan Aqif. Memang tak boleh la. Silap silap tenggelam kang nanti tak pepasal. Tapi kan macam best je. Okok tunggu anak anak besar sikit. Kena repeat lagi ni. Kena.



Rehat lah woih. Jam 10am matahari dah meninggi kat atas kepala. Ini aku rasa nak kena datang lagiii awal kot. Jam 8am matahari mencanak naik. Kau orang bayangkan. Mahu next time keluar rumah sesudah solat subuh.





Rasa macam best tak? Best okk. Harga untuk semua permainan tu takde mahal. Sedang elok. Kalau ada anak besar sikit boleh main in line skater, boleh ajak jogging, ada track skateboard. Ahh macam amcam la antara nak dengan tak nak je bangun pagi. Tak sabar nak tunggu anak besar sikit. Nanti boleh la aku lepas kan je dengan Daddy. Seronok ok family bonding ni. Bila tengok muka anak anak kauorang gembira lari lari... umi dia pon tak stress. Hahahaha. Kalau tak weekend asyik duduk rumah je tak kemana. Asyik asyik balik kampung. Sesekali kena tukar angin. Wahh gitew. 

Ok nextttt, kemana pula destinasi kita?






No comments: