life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, January 27, 2015

Nasi Arab Damsyik

Asal keluar dari highway Senawang nak balik rumah aku mesti lalu depan kedai Nasi Arab Damsyik. Menjadi igauan ok. Nak nak bila kau lalu tu time malam... dengan kemeriahan kereta kiri dan kanan jalan berhenti untuk memenuhi isi perut. Arghhhh... tak boleh jadi ni... one day mesti pekena nasi arab kat sini padahal bukannya kesukaan pon. Bahahaha. Syabasss. Kerna marketing anda superpower.

So haritu aku dengan bermurah hati open table untuk family aku makan kat sana. Bukan sebab bonus gomen dah masuk... tapi sebab hari tu kan birthday aku. So memang patutlah aku entertain family sendiri setelah mereka bersusah payah membesarkan aku sebegini rupa -____- Eleh ingat mahal benau ratus ratus... rupanya dalam lingkungan bajet. Hewhew.



Mahal tak mahal tak? Ok kot. So aku dengan mak kesayangan ambik set kebab kambing dan ayam. Maklomlah masing masing jaga badan. Orang lelaki semua makan kambing. Diorang siap amik set yang makan dalam dulang tu. Datang je dalam dulang tapi makan pakai pinggan asing asing. Apadaa tak sunnah nabi sungguh. Malu lettew. Heee. Aqif pon makan sekali... beriya awak ye makan nasi arab. Sedap ke? Sedaplah kot. Bapak aku cakap daging kambing dia lembut. Daddy pulak cakap biasa je, sedap lagi nasi beriani. Aaaaaa. Bariyani memang lah sedap okk. Dah awak tu tekak bariyani, hidang ape pon tetap tak boleh lawan bariyani la kan. Hurm hurm. Jom daddy kita ke Batu Pahat makan bariyani.....;)

 Siap bersedia tadah tangan nak baca doa.
Padahal nasi pon tak sampai lagi. -___-
Anak sapa lah ni.
Apak den. Atok Rosli.
Misai tu dah nampak uban dah.
Dah berumur...
 Masih menadah tangan. Perut dah lapar sangat lettew.


Aku kan tak tahu lah napa... Aqif dengan mak bapak aku oklah, boleh je nak tinggal tinggalkan. Kiranya dia tak kisah. Dia boleh get in. Tapi kalau dengan atok  dan wan shah alam, haishh poning den. Atok ok lagi, boleh get along. Turun kereta still boleh lari polok atok, tapi dengan wan dia... Aaaaaa kemain elak elak. Kalau nak suruh salam tu, siap bertolak tolak. Kau kenapa nak? Sentap doploh kali wan kau tu. Mungkinla kan, wan dia tu kalau dah dapat Aqif, dia pi gomol gomol cium sampai lemas. Tu yang Aqif kadang kadang bengang tu. Ke cemana. Hahahaha. Alah masa kecik ni je kot. Esok dah besar tu dia ok kot. Silap silap best friend belajar agama. Hahahahaha. Wan boleh ajarkan Aqif mengaji kannn?

Kauorang boleh imagine tak restoran ni terletak kat mana? Dia ni dok kat area Taman Guru Senawang tu.... before Pusat Dakwah Islamiah Paroi kalau kauorang keluar dari tol Senawang.

 Kebab kambing dan kebab ayam.

Maaflah ye, kualiti gambar adalah sangat tidak awesome. Guna compact camera begini lah keadaannya. Kalau guna henfon sengal aku yang hidup segan tak mahu mahu tu tak tahulah nak cakap cemana. Lagi teruk kot. Hahahaha. Weyyy jangan di kutuk henfon sengal iolls tu ok... itulah tempat nak update gambar dalam ig. Itulah podium nak pi stalker page retis. Kahkahkahkah. Ok tak kelakar lah.






No comments: