life is beautiful

life is beautiful

Friday, January 09, 2015

Pernah tak?

Rapat dengan seseorang lepas itu 
sekarang dah tak berhubung lagi dengan dia.

Kauorang pernah tak? Eh eh aku pernah woih. Sampai sekarang kot tak keep in touch. Tak tahu lah pasal apa. Aku pon pening. Bukan pening, mungkin aku lupa ingatan ;p.

Actually aku dulu adalah seorang yang peramah. Peramah maksud disini aku ada ramai kawan, boleh IN dengan sesiapa, dan happy go lucky. Kahkahkah nak up je tau. Tapi bila dah masuk zaman bekerja ni aku tak sure kenapa aku macam malas nak kawan kawan. Kalau ada pon, kawan kawan ofis, kawan kursus, kawan satu batch... perasaan malas nak jadi peramah like dulu dulu dah takde. Faktor umur mungkin? 

Hurm hurm.

Kalau nak bercerita pasal kawan ni... aku nak kategorikan diaorang sebanyak tiga kumpulan. Cewahh abislah kau tu ramai kawan nau. First, kawan kawan masa kat Mantin. Ni aku panggil Geng Childhood. Dulu aku duduk Mantin since family aku duduk kuarters. Kemudian bila rumah mak kat Seremban dan siap, kitaorg pindah sana. Kitaorang kawan rapat sejak dari sekolah rendah [aku tak masuk tadika uolls, terus naik year 1] sampai aku masuk teknik... ke sampai masing masing masuk teknik. Gitu la. Masa tu almost geng kitaorg semua dapat teknik. Ada beberapa kerat je yang tinggal. 

Zaman tu [awal 2000an] mana nak ada handfon, internet bagai. Surat antara medium perhubungan kitaorang selain telefon rumah. Tapi berjambul lah kan nak pakai telefon rumah... dah kau weekend pon kadang balik kadang tak balik. Jadi, persahabatan macam dah tak mesra. Ke aku je yang terasa sebab kuarters dengan pekan jauh sikit. Kadang diaorg lepak pon mamak kat pekan. Gitew. 

Masa sekolah menengah rendah, kami ada geng. Poyo ah weyy. Dalam geng tu aku tiga orang dapat teknik. Yang lain stay kat sekolah lama. Tapi kan aku tak tau lah cemana dah jadi tak rapat. Mungkin bila kitaorg masuk teknik, geng yang stay tu rasa cam tak best. Alah, diaorang bukan tak pandai, sama je macam aku tapi sebab rezeki tak dapat nak buat camaner. Mintak sesama kot.

Sampai lah now, walaupon ada Facebook, nak Whatsapp boleh jer tapi, keadaan dah berubah. Dah tak semesra dulu. Kalau dulu tu, topik apa pun macam best je nak kongsi. Kemudian mungkin kita dah ada geng sendiri... geng yang lebih IN barangkali. So budak budak lama ni dipandang sepi. Tapi ketahuilah yang aku sangat rindukan diaorang. Tapi tahlah, nak mulakan langkah tu rasa macam malu. Macam kau lah yang beriya iya. Pernah diaorang buat reunion, masa tarikh aku sanding. Memanglah tak pegi. Kahkahkah. Tapi diaorang ramai ramai datang Seremban tengok aku sanding. Rasa macam wahhh kawan kawan kuuuu. Terima kasih.

Second,
ni geng kat teknik. Alah nak cerita mesti kauorang tahu yang  aku pernah tulis kat SINI . Memang sayang lah dengan kesayangan ni semua. Tapi aku pon ada air muka jugak. Dah kauorang selesa bertiga, berempat... takkan aku nak masuk line. Faham faham sendiri sudahlah. Nak pura pura manis mulut? That is not me sangat. Tak gheti weyy nak silang silang kawan. Baiklah aku kawan mana yang selesa dengan aku. Kalaupon diaorng baik je depan aku... belakang?? hurm hurm. Alah, jangan cakap takde nak cakap apa apa... aku kenal dah kawan kawan aku semua. Kahkahkah. Actually kitaorg ok je... dia kawin, ajak je aku. Aku kawin, ajak gak dia. Macam yang aku cakap, takde semesra dulu. Kekok lagi ada. Taktau nak bual topik apa. Sebab lama sangat pendam perasaan. Padahal kau boleh je cakap, ''weyy tak suka lah kauorang buat macam ni, tak suka lah separate separate kawan ni... apahal kan''.

Tulah, masa mendewasakan segalanya. And i'm getting ok. Dah taknak ambik pusing perkara yang dulu. Aku harap kawan kawan aku maafkan aku. Andaikata aku salah cakap, lukakan hati kauorang... imma really sorry. Aku macam kauorang jugak... Dan aku rasa aku yang menjauhkan diri dari diaorang. Sebab aku taknak jadi orang yang menempel. Orang yang paling lastttt tahu best story, love story etc. Nampak sangat kau tak dialu alukan. Kauorang tak cakap, tapi melalui gaya bahasa, tutur kata, aku faham. So kita biasa biasa jelah. Bawak diri. Berkawan dengan orang yang lebih menghargai kita.

Third, kawan kawan kat poli. Ni masa poli memang kawan sekuliah, serumah sewa, selatihan industri dan sebagainya. Kawan suka suka. Heheeee. Tapi dah tak rapat sangat sebab memasing jauh. Ramai duduk Melaka. Kemudian ramai dah kawin, dan ada anak. Kerja pon jauh jauh. Group whatsapp jelah nak mendekatkan kami. Aku suka je dioarg ni sebab laser sama gak cam aku kahkahkahkah. Alah laser tak lah tapi kami gurau memang kasau. Orang melake. Cakap nak ganaz ganaz pastu takde sentap ok. Kalau sentap pi main jauh jauh. Gitu kekdahnya. Rinduuu. 

Dulu kan kat masa kat teknik dalam geng aku tu aku memang rapat dengan budak ni. Tidur pon sebelah katil, time rehat pon aku suka je lepak kat kelas dia, rahsia pon dia suka nak share dengan aku. [actually aku pon tak pasti kenapa ramai dikalangan kawan kawan aku suka share masalah diorang dengan aku]. Tapi tulah, pernah rapat kemudian dah tak tau khabar berita. -___- taktaulah. Kau dengan aku nak malu, kita kenal dah berapa lama? Selama kau kenal aku, ada ke aku jenis yang suka jaja cerita orang? Tak pernah ok. Eh tipu tak pernah. Pernah lah kan tapi tu pon bila semuaorang pon share cerita yang sama ;p


Aku rindu ok. Rindu zaman yang dulu. Rindu nak bercerita apapon dengan kawan kawan tanpa nak peduli kau akan sakitkan hati orang. Orang yang kenal and rapat dgn aku akan tahu aku ni camane. Aku tak suka okeh orang baik kat depan, belakang nak cakap cakap. Hekeleh apahal kan. Macam lah perfect sangat. Tak suka okeh bila ramai ramai kemudian ada dua orang berbisik bisik. Macam budak sekolah rendah. Nak kongsi rahsia pergi jauh jauh la ngok. Sama macam kawan kawan rapat ni. Nak kongsi cerita boleh... tapi jangan lah kat orang ni kau cakap RAHSIA. Kemudian cerita lagi kat orang tu, cakap lagi RAHSIA. Tu dah nama rahsia pebender. Bila kawan kawan rapat kau dah tau, kau boleh buat tak tahu. Kitaorang ni pulak yang tolong memikirkan masalah kau. Padahal kau ok jer macam takde masalah. Haaaa. Takmo lah macam tu.

Kita kawan dah lama kot. Benda benda macamni, kalau kau nak cerita, cerita kasi habis. Macam tak biasa lak kan buat meeting tergempar. :)

Jangan bajet kawan kawan kau nak tanya itu ini macam macam.

Kita bincang, settle baik baik. Apa masalah pon, kita tetap kawan. Kawan setia... susah dan senang bersama. Bukan kawan gampang macam yang kau cakap kan tu. Kawan kawan teghase ok. 


Aku bukan kawan yang baik.
Tapi aku CUBA untuk jadi yang terbaik buat kawan kawan aku.
Walaupon kadang kadang kau lak yang beriya,
Tapi, itulah aku.
Tak sama sembang sama suami, sembang dengan kawan kau.
Lainnn doh.




1 comment:

zurinazakaria said...

syahdu pulak k.zrin baca luahan ni..
sabar lah Lisa, lumrah berkawan memang mcm tu..
k.zrin ni lagi la, takde geng dah..dah la awak ni memang jenis tak byk cakap, jenis tak meriah..mana org nak terus jadi geng..lagi sedih TT