life is beautiful

life is beautiful

Monday, January 19, 2015

Privacy

Kalau kauorang perasan ada lah dalam seminggu dua aku private kan belog sendu ni. Kahkahkah weyy bajet je kan ada orang baca belog ko. Betullah wey.. aku private sekejap sebab rasa macam ada stalker menyinari hidupku. Dah la stalker depan depan... eh, eh. Baca pon baca lah... dah baca harap diam. Jangan la tanya aku kat depan orang... ai is malu like that. Dah tu kalau malu kenapa kau tulis belog? Eh sebab aku suka lah. Nak cerita macam macam. Nak abdikan kenangan banyak betol. Sapa lah yang sudi mendengar? Belog sendu ini jugakkkk. 

Oklah aku tak private lagi dah... tapi kalau aku rasa macam terancam aku private balik ok. Lantak kau situ. Rileks lah weii... kauorang ni macam tak pernah stalker belog orang pulak kekdahnya. Dah baca tu diam sengsorang dah la... kalau taknak sengsorang boleh je cerita kat anyone tapi jangan depan aku. Ini kau cakap kat depan semuaorang ''eh aku baca belog kau''.

Aaaaaaa.

Kau ni kan, tak pandai jaga sensitiviti orang langsung tau.

Hidup aku biasa je. Aku menjalani kehidupan macam orang lain jugak. Ada suka, gembira, nangis, sentap... aku prefer ke belog. Tapi kalau tengah gaduh dengan suami ke bff ke family ke takdelah jam tu jugak aku pi tulis kat belog. Cannot. Tak bagus ok. Ada sesetengah part tu u should be silent and duduk diam diam serah kepada Allah swt. Nak cerita boleh tapi kena jaga sensitiviti orang, kena jaga adab kita dengan orang tu. Contohlah kau tengah bengang dengan PIL, kemudian kau tulis ke belog. Kejap lagi anak anak buah, ipar duai stalker belog kau, hah. Mampus kat situ. Sekarang zaman IT ok. Kena berhati hati lebih.

Faham x?

Tu belom lagi boss.
Tiba tiba kau tak puas hati kat boss, kemudian boss jumpa pulak belog kau. Hahahahahaha.
Ye, ku akui dulu ada la sempat gak kutuk kutuk boss. Tapi sekarang aku lebih berhati hati. 
Play save kata orang. Yeeee, play save ok. 





No comments: