life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 17, 2015

Pre-CNY

Ewah ewah kemahin ye tak sabar nak sambut CNY. Ehh bukan apa sebab CNY ni kitaorang idris's family nak pergi holiday. Mihmihmih. Sukaaaaa. Sebab lama gila aku tak jalan jalan dan aku memang suka jalan jalan. Heeee.

Harap harap semuanya berjalan dengan lancar. Aku bukan boleh excited kemahin, sat lagi ada je benda tak best berlaku. Tak mahu tak mahu. Please be kind with me. Aku harap aku dah get ready dari segi mental dan fizikal. Maklomlah nak jalan jauh kauorang tahu. Mental kena kuat sebab nak handle dua anak bujang yang superb itu. Dalam kereta tak boleh boring sebab nanti Aqif akan buat perangai. So mari kita download cerita yupin dan yipin. Kahkahkah. Dareez jugak yang rileks. Lepas makan tidur, kemudian bangun dan susu kemudian main main dan tidur balik. Barulah muka macam umi kan dik. Hahahahahahahahaha.

JOHO kami datangggggg.

Ewah ingat ni peminat JDT ka?
Saya #merahkuninglambangkebanggaan sampai mati. Eh

HAHAHAHAHAH





Dareez 50days

Tengah nak clearkan folder dalam pc kemudian nampak gambar ni. Hihihihi. Dareez first time keluar jalan jalan selepas habis pantang 44days. Tapi umi dia still pantang 100hari lagi.-___-



Comels gila mata nak terlelap lelap sebab cahaya yang melampau. Selalu duduk dalam rumah je mana nak keluar. Tidak dibenarkan ok. Masa ni aku sempat public nursing dia. Hahahaha kemahin berpeluh peluh dengan pakai nursing cover nya, dengan nak kibas nyamuk nya. Tu belum cerita bab kepanasan. Umi kau ni puteri lilin harap maklom.

Tujuan bawak ke City Park S2 ni sebab nak bawak Aqif jalan. Eh takkan umi dengan Dareez tak ikut. Mestilah nak keluar jugak since masa dalam pantang takda nak keluar merayau ni. Memang berpantang cara orang lama. Jadinya mak aku pon kesian, pergilah bawak budak budak ni keluar tapi hati hati awak tu baruuuu je habis pantangnya. Baikk mak, aku menurut perintah sebagai anak yang mendengar kata.


Aqif belum 2yo lagi. Hahahaha. Suka gila tengok ikan sampai taknak balik. Lepas tu meroyan mintak dukung sebab dah penat tawaf satu park. Umi tengokkan je sebab Daddy yang melayan awak. Tunggu dareez besar ok, nanti bukan taman je kita pusing, kita ajak Daddy bawak kita holiday kat USS ke... Legoland ke... Kahkahkahkah. Angan angan tu penting.





Pacifier / Soother / Puting

Lama sebenarnya aku nak cerita. Asal bukak belog je lupa... hilang ingatan mungkin. Dah beranak dua ni haihh kepala otak gagal nak ingat benda benda yang tertentu. Siap kena tulis. Kena buat satu list untuk kerja kerja yang kau nak kena buat. Ke sebab banyak makan semut? Eh tak mungkin. Rumah ai bebas dari semut. Gahahahaha.

Aqif kan dah tak isap puting lagi. Yeayyyy. Official stop masa bulan November 2014... 2y 2m. Tu pon tak tahu cemana boleh terstop. Pada mulanya cewahh ayat tak boleh belah rasa nak tikam diri sendiri. Okok cerita sebenar ada satu minggu tu dia dok la buang puting merata rata. Kadang cari nasib jumpa, jumpa la. Kadang tak jumpa dah kena amik puting yang lama tu kasi dia. Lantak. Suka ke tak suka ke sapa suruh buang puting merata. Aku ni emosi sikit bab nak cari barang hilang. Boleh bergaduh dengan Aqif. 

So masa tu dia dah hilang kan kesemua puting puting dia. Ada la satu spare, puting lamaaaa gila dah tak sesuai nak pakai untuk usia seperti dia. So aku dah marah.

Umi: Umi tak tahu, puting Aqif mana? Cari. Umi taknak cari. Nanti malam umi tak tahu. Aqif tak payah hisap puting.

Aqif: [buat muka tak bersalah kemudian cari puting dia]

By 2yo Aqif agak senang dikawal. Walaupon. Hahahaha. Eh betul la. Dia dah boleh faham arahan. Contoh, aku suruh dia cari puting yang dia hilangkan memang dia akan cari. Kadang dia ingat kat mana dia campak. Kadang dia suruh aku sama sama cari dengan dia.

Tapi puting tu memang tak jumpa. Aku pon tak kuasa nak cari. Hihihi. Malam tu aku cakap dengan Aqif puting takde. Tido tak payah pakai puting. Dia pon macam ok ok je. Takde merengek nak puting ke apa. Cuma malam tu dia tak lena tido. Kejap rengek rengek... lepastu tido balik. Makan seminggu jugak la dia nak biasakan diri tido tanpa puting. Kemudian, Alhamdulillah. Tido dengan aman tanpa gangguan. Lena sampai ke pagi.

Umi suka. Yeayyy.



Kesemua gambar diatas adalah semasa aku dalam pantang. Dareez belum sebulan lagi kot. Nampak muka tak matang Aqif. Gahahaha. Masa ni manja lagi dengan aku. Siap tolak adik supaya aku boleh riba dia. Naik roboh peha umi awak nak riba dua orang.

Kitaorang pon ada lah jugak cakap dengan Aqif, tak payah la hisap puting lagi... Aqif kan dah besar... dah jadi abang tau. Ceceaa ayat skema keibubapaan. Kebetulan Aqif ni bukan jenis budak yang addict dengan puting 24jam. Selalu nak tidur je dia hisap. Kalau siang, memang aku dan mak dia tak bagi pon. Kalau dia teringat, dia mintak. Especially lepas menyusu or nak tidur. Mostly kami akan kurangkan penggunaan puting. 

Alhamdulillah, sampai sekarang bebas dari puting. Tapi kan ada lah dia usik adik dia. Sengaja menyakat pi ambil puting dareez kemudian hisap. Hahahaha. Aku sound balik, nak puting ke? Eeeei tak malu dah besar. Aqif gelak gelak. Ekelehhh rindu puting lettew.






Aqiqah dan kenduri kesyukuran

Alhamdulillah tercapai gak hasrat Daddy nak adakan majlis aqiqah Dareez awal bulan hari tu. Kiranya kali ni rezeki Dareez datang bergolek golek. Murah rezeki kau nak. Mana yang sponsor candy corner... Idris's family punya portion tak terkira nak cakap. Kerahan tenaga... wang ringgit... ahh semualah. Tu belum lagi sumbangan dari family aku. =) Kesimpulannya majlis hari tu berjalan dengan lancar.

Kali ni kami pakat order kambing bakar Malinja Jalan Reko. Ambil dua ekor sekaligus. Balance kambing Aqif pulak kita buat sedekah kat rumah anak yatim. So settle part aqiqah anak anak bujang den. Lepas ni fokus benda lain pulak. Heeee.

Ramai yang tanya jemputan berapa pax since aku macam busy sangat uruskan majlis tu. Hahahahaha gedik lah kata ai busy. Saya busy sediakan door gift je sebab tu part saya. Yang lain saya tukang survey dan tukang bandingkan harga. Wahh kelas kan. So sini aku bagitahu details majlis untuk tatapan aku jugak nanti for the next baby. Eh? Hahahahaha. Belum lagi.

So jemputan 400pax termasuk kumpulan marhaban [2 kumpulan marhaban]. Kali ni aku propose tema yellow/grey. Dah macam kenduri kahwin dah kauorang tahu. Mihmihmih. Takpalah, sekali sekala kan.

Mostly preparation doorgift aku yang handle semua. Plastic container untuk isi kurma dan peanut barley aku beli kat Jalan Chowkit. Murah berganda ganda. Beg untuk doorgift beli kat GM Klang pon murah gila. Ishh menyesal masa kahwin haritu tak beli kat sana. T___T Kurma dan peanut barley beli kat Kedai Arab Shah Alam [mostly ramai tahu kot kedai ni]. Brooch flower for kumpulan marhaban dan saudara mara perempuan tempah kat my bff Sha. Senduk untuk para jemputan mak mentua ai beli kat Seksyen 19... hikhikhikih. Pernah nampak ke orang bagi senduk plastik? Haaaaa. Special treatment gitew. Lagi...buku doa mini harian aku order kat SINI. Tapi aku design sendiri. Nak cerita pasal design ni sepatutnya aku nak order kat kawan sekolah aku. Dia pon buat gak buku buku doa ni semua. Tapi dia dalam pantang so terpaksa lah aku cari alternative lain. Nasib aku dapat harga yang sama dengan owner yang aku order sekarang. Hihihi. Popcorn dan gula gula kapas akak ipar aku order kat Klang. Tak tahu harga berapa sebab dia yang cari. Thanks kak. Budak budak suka.

Ishh nak cerita banyak ok. Dah macam kenduri kahwin wa cakap lu. Mesti orang bajet aku riak dan takbur. Kahkahkah. Takda maknanya ok. Ni semua Daddy yang memang berhajat nak buat kenduri aqiqah Dareez. Kebetulan memang nak buat kat SA... so ramai je adik beradik nak tolong. Mana lagi jiran MIL sponsor kuih dan sarapan pagi. Ishhh. Tak nak cerita lelebih. Jom tengok gambar.
Peringatan, tolong jangan muntah darah... nak muntah sila keluar. Kehkehkeh



 Nampak tak plastic container tu bermacam jenis.
Pitam saya memilihnya hahahaha
Boss perati je tokei kedai tu buat kira kira.
Berani dia tak bagi harga murah.
Kahkahkah

GM Klang second time visit.
Serupa macam Mangga Dua je ok.
Better dari GM KL.
Puas hati. Sekian maseyyy.
Mary Jane Double Strap
Nakkk jugek
Heheheh

Abaikan muka umi dia. Tak sihat sepenuhnya. 
Rasa nak lepak atas tidur. 
Tapi memandangkan ni kenduri anak bujang den maka kugagahi jua. T__T


Budak tak cukup tidur so akal dia lain macam hari tu.
Aku mampu perhatikan dari jauh.
PakUtih yang ditugaskan untuk  jaga Aqif pon surrender apahal lak kan.
So by tengahari family aku nak balik Seremban, kita pack dia sekali.
Hahahahaha. Nasib kau la nak.
Umi awak tak sihat -____-


 Tengok... tengok permainan dia.
Tu belum dia main air basuh tangan lagi.
Takpe lah nak, tu tandanya awak aktif dan sihat.
Barulah kanak kanak normal.


 Aqif dan PakUtih

Kak Zaty aka anak buah den.
Dia ni la orang kuat candy corner.
Kretip sangat tau nanti kalau ada majlis kita booking awak eh.
Sorry, puting spoil.







 Tema yellow/grey. Aku suka sangat.
Kauorang tak suka?
Eh suka aku.

 Dareez dengan MakNgah dan MakLong.
Tak cukup tidur jugak budak comel ni.
Kena kejut pepagi buta, kena mandi pepagi buta.
Hehehehehe.
 Kumpulan Marhaban Seksyen 17 Kelompok. Kot.
Ehehehe sorry tak ambik port.
Ni portion mak mentua beta.

Amboi adik ipaq den, dah macam model wa cakap lu.



Banyak lagi gambar tapi takkan nak tepek sini semuanya. Hehehe nak tengok jemputlah datang ke rumah... tapi rumah tak siap lagi kahkahkah. Ramai tanya bajet berapa untuk aqiqah. Heeee tak tahu nak cakap sebab semua ni kerjasama adik beradik Daddy. Cuma benda yang besar besar macam katering, kambing, khemah tu memang kitaorang yang keluarkan duit. Alah kenduri aqiqah je kan simple simple sudahla. Bukan kahwin pon. Tips aku nak bagitahu kat sini, preparation kena buat seawal yang mungkin. Doorgift tu semua, barang barang yang tak lapuk/basi dah boleh survey or beli terus beberapa bulan sebelum kenduri berlangsung. Membantu sangat ok. Disamping kauorang tak nampak keluarnya duit macam air. Dan, mana yang boleh buat sendiri, kita buat. Takat nak buat invitation card boleh design sendiri kot. Now zaman serba moden. Internet dihujung jari. Kendian print bagi kualiti yang marbeles. Tadaaa... jadi dah. ;p

So amik masa sangat nak update kenduri aqiqah anak bujang ni. Ai is superbz like that. Dengan demam nya masa belum baik sepenuhnya.,, ko ghase??

Ghase nak pegi bercuti oi!






Friday, February 06, 2015

Kapten Steamboat & Grill

Sapa peminat steamboat and grill angkat tangan? Aku aku aku weyyy. Hahahahaha. Apa ni tanya soalan kemudian jawab sendiri... syok sendiri lettew. -___-

Ishhh... sedap ok. Dah la kedai dia luas... walaupon area SS15 tu parking kemahin payah. Kemudian nak cari restoran ni mahu bergaduh kami laki bini. Tapi akhirnyaaaa,

 Eh baru sampai dah habis makan??
Erm erm.


Daddy si tukang grill. Aku pulak tukang runner amik bahan untuk digrill. Arghh mahu repeat lagi ni. Aku makan sampai senak perut. Dah la time tu pakai korset. -___- Eh memang pakai korset everyday ye kawan kawan. Maklomla saya beranak dua. Kena jaga badan lebih sikit. Ni haaa lemaks kat porot ni sapa nak jawab. Cemana nk sorok tak tahu lah. Ni pon dah gigih saya mengamalkan pemakanan yang seimbang. I'm on diet. Sekian maseyyy. Hahahahahaha poyonyaaaa.

Tak rugi aku entertain daddy sempena birthday aku ni. Eh berapa banyak kali daa nak entertain orang. Heeee. Haritu entertain mak bapak. Kali ni aku entertain suami pulak on my birthday walaupon dah lama gila lepasnya. Daddy yang tukang habis kan makanan kemudian merungut porot dah boroi. Kahkahkah. Rileks la... kan keboroian tu lambang kemewahan lelaki sejati. Boroi lah lagi, boroila. Saya suka.




Sebenarnya aku tahu tempat ni kat instagram. Dok tengok orang post... check in... terliur liur. Tu yang gigih ajak Daddy makan kat sini. Sanggup light breakfast sebab nak space kan perut untuk makan kat sini. Heeeee. Kemudian ngadu perut masuk angin. Lamb honey thorbaek. Sila lah try ok. Datang sini tak rugi sebab taste dia pedas pedas orang kampung. Ahaks.

Mesti kauorang menyampah gila kan sebab aku update sikit sikit kemudian gambar pon sedeh -__- okok meh aku terangkan disini. Lapar laaaa masatu, kita makanlah dulu kemudian tak ingat nak ambik gambar dah. Makan lagi penting. Lagi satu Daddy tu bukan la suka naw nak amik amik gambar ni nanti kan dia cakap aku poyo. Pastu aku dah malu dah. Aaaaa. Tapi orang ambik gambar dia takpa. T__T itu yang kauorang kalauu perasan ada ke banyak gambar aku? ada ke? Eeeeei bencik.





Dah botak

Heheheeeee. Haiii lamanya tak bersiaran. Maklomla sebulan aku dok tukar syift pagi dengan Abg.wan... tu yang nak update belog macam bercinta jer. Banyak nak cerita tauuu... aku tahan tahan je hati ini. Apa apa pon Alhamdulillah, kenduri aqiqah dan kesyukuran anakanda beta yang ensem like Daddy ni dah selamat selesai. Berjalan dengan lancar syukur Alhamdulillah. Nanti la aku update ye... gambar pon anak buah dok send sikit sikit. Tak puas. Hahahaha. Mana yang aku demam kaw kaw before and after majlis lagi. Ishhhh nanti laaaa aku cerita. Epik okkkk tak pernah seumur hidup selama 29 tahun ni aku terlantar sebegitu. Wuwuwu.

Nahhh tengoklah gambar Dareez dah botak. Barulah nampak jantan kan dik. Ini orang asyik cakap pempuan ke lelaki ni. Heyyy lelaki la makcikkk. Tengok muka saya bebetul.... ensem kan. Ensem lah kot. Hahahaha







Ok anak aku dah pandai tepuk amai amai. ;p
Kemudian gigi atas dah ada 4 batang..bawah dah 3 batang.
Syabasssss... nanti umi kasi makan ayam eh. 
Hahahaha.