life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 17, 2015

Aqiqah dan kenduri kesyukuran

Alhamdulillah tercapai gak hasrat Daddy nak adakan majlis aqiqah Dareez awal bulan hari tu. Kiranya kali ni rezeki Dareez datang bergolek golek. Murah rezeki kau nak. Mana yang sponsor candy corner... Idris's family punya portion tak terkira nak cakap. Kerahan tenaga... wang ringgit... ahh semualah. Tu belum lagi sumbangan dari family aku. =) Kesimpulannya majlis hari tu berjalan dengan lancar.

Kali ni kami pakat order kambing bakar Malinja Jalan Reko. Ambil dua ekor sekaligus. Balance kambing Aqif pulak kita buat sedekah kat rumah anak yatim. So settle part aqiqah anak anak bujang den. Lepas ni fokus benda lain pulak. Heeee.

Ramai yang tanya jemputan berapa pax since aku macam busy sangat uruskan majlis tu. Hahahahaha gedik lah kata ai busy. Saya busy sediakan door gift je sebab tu part saya. Yang lain saya tukang survey dan tukang bandingkan harga. Wahh kelas kan. So sini aku bagitahu details majlis untuk tatapan aku jugak nanti for the next baby. Eh? Hahahahaha. Belum lagi.

So jemputan 400pax termasuk kumpulan marhaban [2 kumpulan marhaban]. Kali ni aku propose tema yellow/grey. Dah macam kenduri kahwin dah kauorang tahu. Mihmihmih. Takpalah, sekali sekala kan.

Mostly preparation doorgift aku yang handle semua. Plastic container untuk isi kurma dan peanut barley aku beli kat Jalan Chowkit. Murah berganda ganda. Beg untuk doorgift beli kat GM Klang pon murah gila. Ishh menyesal masa kahwin haritu tak beli kat sana. T___T Kurma dan peanut barley beli kat Kedai Arab Shah Alam [mostly ramai tahu kot kedai ni]. Brooch flower for kumpulan marhaban dan saudara mara perempuan tempah kat my bff Sha. Senduk untuk para jemputan mak mentua ai beli kat Seksyen 19... hikhikhikih. Pernah nampak ke orang bagi senduk plastik? Haaaaa. Special treatment gitew. Lagi...buku doa mini harian aku order kat SINI. Tapi aku design sendiri. Nak cerita pasal design ni sepatutnya aku nak order kat kawan sekolah aku. Dia pon buat gak buku buku doa ni semua. Tapi dia dalam pantang so terpaksa lah aku cari alternative lain. Nasib aku dapat harga yang sama dengan owner yang aku order sekarang. Hihihi. Popcorn dan gula gula kapas akak ipar aku order kat Klang. Tak tahu harga berapa sebab dia yang cari. Thanks kak. Budak budak suka.

Ishh nak cerita banyak ok. Dah macam kenduri kahwin wa cakap lu. Mesti orang bajet aku riak dan takbur. Kahkahkah. Takda maknanya ok. Ni semua Daddy yang memang berhajat nak buat kenduri aqiqah Dareez. Kebetulan memang nak buat kat SA... so ramai je adik beradik nak tolong. Mana lagi jiran MIL sponsor kuih dan sarapan pagi. Ishhh. Tak nak cerita lelebih. Jom tengok gambar.
Peringatan, tolong jangan muntah darah... nak muntah sila keluar. Kehkehkeh



 Nampak tak plastic container tu bermacam jenis.
Pitam saya memilihnya hahahaha
Boss perati je tokei kedai tu buat kira kira.
Berani dia tak bagi harga murah.
Kahkahkah

GM Klang second time visit.
Serupa macam Mangga Dua je ok.
Better dari GM KL.
Puas hati. Sekian maseyyy.
Mary Jane Double Strap
Nakkk jugek
Heheheh

Abaikan muka umi dia. Tak sihat sepenuhnya. 
Rasa nak lepak atas tidur. 
Tapi memandangkan ni kenduri anak bujang den maka kugagahi jua. T__T


Budak tak cukup tidur so akal dia lain macam hari tu.
Aku mampu perhatikan dari jauh.
PakUtih yang ditugaskan untuk  jaga Aqif pon surrender apahal lak kan.
So by tengahari family aku nak balik Seremban, kita pack dia sekali.
Hahahahaha. Nasib kau la nak.
Umi awak tak sihat -____-


 Tengok... tengok permainan dia.
Tu belum dia main air basuh tangan lagi.
Takpe lah nak, tu tandanya awak aktif dan sihat.
Barulah kanak kanak normal.


 Aqif dan PakUtih

Kak Zaty aka anak buah den.
Dia ni la orang kuat candy corner.
Kretip sangat tau nanti kalau ada majlis kita booking awak eh.
Sorry, puting spoil.







 Tema yellow/grey. Aku suka sangat.
Kauorang tak suka?
Eh suka aku.

 Dareez dengan MakNgah dan MakLong.
Tak cukup tidur jugak budak comel ni.
Kena kejut pepagi buta, kena mandi pepagi buta.
Hehehehehe.
 Kumpulan Marhaban Seksyen 17 Kelompok. Kot.
Ehehehe sorry tak ambik port.
Ni portion mak mentua beta.

Amboi adik ipaq den, dah macam model wa cakap lu.



Banyak lagi gambar tapi takkan nak tepek sini semuanya. Hehehe nak tengok jemputlah datang ke rumah... tapi rumah tak siap lagi kahkahkah. Ramai tanya bajet berapa untuk aqiqah. Heeee tak tahu nak cakap sebab semua ni kerjasama adik beradik Daddy. Cuma benda yang besar besar macam katering, kambing, khemah tu memang kitaorang yang keluarkan duit. Alah kenduri aqiqah je kan simple simple sudahla. Bukan kahwin pon. Tips aku nak bagitahu kat sini, preparation kena buat seawal yang mungkin. Doorgift tu semua, barang barang yang tak lapuk/basi dah boleh survey or beli terus beberapa bulan sebelum kenduri berlangsung. Membantu sangat ok. Disamping kauorang tak nampak keluarnya duit macam air. Dan, mana yang boleh buat sendiri, kita buat. Takat nak buat invitation card boleh design sendiri kot. Now zaman serba moden. Internet dihujung jari. Kendian print bagi kualiti yang marbeles. Tadaaa... jadi dah. ;p

So amik masa sangat nak update kenduri aqiqah anak bujang ni. Ai is superbz like that. Dengan demam nya masa belum baik sepenuhnya.,, ko ghase??

Ghase nak pegi bercuti oi!






No comments: