life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 17, 2015

Pacifier / Soother / Puting

Lama sebenarnya aku nak cerita. Asal bukak belog je lupa... hilang ingatan mungkin. Dah beranak dua ni haihh kepala otak gagal nak ingat benda benda yang tertentu. Siap kena tulis. Kena buat satu list untuk kerja kerja yang kau nak kena buat. Ke sebab banyak makan semut? Eh tak mungkin. Rumah ai bebas dari semut. Gahahahaha.

Aqif kan dah tak isap puting lagi. Yeayyyy. Official stop masa bulan November 2014... 2y 2m. Tu pon tak tahu cemana boleh terstop. Pada mulanya cewahh ayat tak boleh belah rasa nak tikam diri sendiri. Okok cerita sebenar ada satu minggu tu dia dok la buang puting merata rata. Kadang cari nasib jumpa, jumpa la. Kadang tak jumpa dah kena amik puting yang lama tu kasi dia. Lantak. Suka ke tak suka ke sapa suruh buang puting merata. Aku ni emosi sikit bab nak cari barang hilang. Boleh bergaduh dengan Aqif. 

So masa tu dia dah hilang kan kesemua puting puting dia. Ada la satu spare, puting lamaaaa gila dah tak sesuai nak pakai untuk usia seperti dia. So aku dah marah.

Umi: Umi tak tahu, puting Aqif mana? Cari. Umi taknak cari. Nanti malam umi tak tahu. Aqif tak payah hisap puting.

Aqif: [buat muka tak bersalah kemudian cari puting dia]

By 2yo Aqif agak senang dikawal. Walaupon. Hahahaha. Eh betul la. Dia dah boleh faham arahan. Contoh, aku suruh dia cari puting yang dia hilangkan memang dia akan cari. Kadang dia ingat kat mana dia campak. Kadang dia suruh aku sama sama cari dengan dia.

Tapi puting tu memang tak jumpa. Aku pon tak kuasa nak cari. Hihihi. Malam tu aku cakap dengan Aqif puting takde. Tido tak payah pakai puting. Dia pon macam ok ok je. Takde merengek nak puting ke apa. Cuma malam tu dia tak lena tido. Kejap rengek rengek... lepastu tido balik. Makan seminggu jugak la dia nak biasakan diri tido tanpa puting. Kemudian, Alhamdulillah. Tido dengan aman tanpa gangguan. Lena sampai ke pagi.

Umi suka. Yeayyy.



Kesemua gambar diatas adalah semasa aku dalam pantang. Dareez belum sebulan lagi kot. Nampak muka tak matang Aqif. Gahahaha. Masa ni manja lagi dengan aku. Siap tolak adik supaya aku boleh riba dia. Naik roboh peha umi awak nak riba dua orang.

Kitaorang pon ada lah jugak cakap dengan Aqif, tak payah la hisap puting lagi... Aqif kan dah besar... dah jadi abang tau. Ceceaa ayat skema keibubapaan. Kebetulan Aqif ni bukan jenis budak yang addict dengan puting 24jam. Selalu nak tidur je dia hisap. Kalau siang, memang aku dan mak dia tak bagi pon. Kalau dia teringat, dia mintak. Especially lepas menyusu or nak tidur. Mostly kami akan kurangkan penggunaan puting. 

Alhamdulillah, sampai sekarang bebas dari puting. Tapi kan ada lah dia usik adik dia. Sengaja menyakat pi ambil puting dareez kemudian hisap. Hahahaha. Aku sound balik, nak puting ke? Eeeei tak malu dah besar. Aqif gelak gelak. Ekelehhh rindu puting lettew.






No comments: