life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 31, 2015

True


Think like a man tu aku rasa aku selalu kena marah dengan Daddy kot. Hahahah abisss cemana nak think like a man? Cuba bagitahu sikit. Aku banyak benda nak kena fikir kot. Sambil buat kerja sambil fikir ok next nak buat apa pulak. Rasa fikiran selalu bercelaru. Alaa kerja kerja aku kerja rumah la apa lagi. Tapi aku pon syak lepas dah bersalin anak kedua ni, kelupaan memang menjadi jadi. Nak kena remind dalam hp or lebih teruk lagi kau kena tulis ok. Hahahahah tu Daddy punya stail la.

Erm ermm rasa kan macam nak operate otak ni buang bendalir yang mengganggu saraf otak aku supaya berfikir macam Tan Sri Zeti si Gabenor Bank Negara itu. Kelas kan cita cita?

Dia perempuan tapi pemikiran dia ishh superb. Kagum seketika.

So nak jadi macam dia cemana?

Nak kena luaskan pergaulan ke apa ni?
Ke nak pergi amik class bahasa inggeris?
Ke nak sambung study lagi?

Tell me.







Saya pilih NERD

Before
Kemain muka cekgu cekgu suci murni pekerti mulia sangat. Kahkahkah. Spek Daddy yang lama. Spek waktu hantaran. Ermm ermm power +50 je kot kiri kanan. Memang baik takyah pakai spek lah weyyyy. Tak membantu langsung. Tapi ini je yang ada buat masa ni... jadi saya pasrah walaupon nak lintas jalan memalam balik kerja memang super duper scary. Mata berpinauuu, dabel silau. Krik krik rasain. Sapa suruh spek hadiah Daddy haritu kau letak merata bagi anak main???

Kemudian,
dengan duit gaji yang baru masuk [duit tak sempat panas katakauu]

Haiiii Moscot in da houze yawww. Barulah geng specky sehati sejiwa tara taraa. Aku memang dah tak dulik. Jadi apa jadilah janji spek baru kena ada. Mesti. MESTI. Hahahaha. Bergambar pulak dengan retis ehh malu sayaaaa rasa tak padan pulak. Kahkahkah nak muntah ijo macam lah laki kau tu ensem gila. Wekk nak muntah.
Erm erm rasa macam budak sekolah pulak... ke cemana ni.
Kasi ai fefeling muda boleh tak?








Family Bonding: Bukit Cerakah / Taman Botani Shah Alam

KL dengan Selangor ni banyak je tempat untuk kita beridah bersama family, friends, etc... cuma kita je yang tak rajin nak explore. Tak rajin tu satu, kemudian maybe ada antara kita yang lebih gemar pergi mall. Ok aku tak ye... kadang kadang kalo ada tujuan nak membeli tu oklah... tapi kalau sajaaa... ermm ermm kena fikir doplohpat kali. Aku tak faham lah kat KL ni shopping mall banyak... tumbuh macam cendawan baru lepas hujan... tapi hari hari pon ramai orang. Hehehehe cannot go aku.

So minggu tu memang tak kemana... rasa macam kesian pulak anak nak bujang dok terperap kat rumah. Ikutkan haku memang nak bermalasan jeeee well u know me. Kerja rumah tak pernah nak habis -___- percayalaaaah. Kalau lah rumah bawah.....

Okok so lets kita beriadah. Disamping tu boleh la the zaumar menikmati keindahan alam. Esok kalau dah pindah Semenyih kita panjat Broga Hill pulak. :P

 Daddy sound setepek, camera Iphong cerah melampau.
Ehhhh, suka saya laaaaa.
 Sebenarnya yee tu dua dua anak bujang saya.
Saya dah bernikah  nak masuk 4 tahun dah this year ^__^


Ni nak cerita pasal beskal since aku upload kat IG share kat FB. Beskal ni boleh sewa ikut jam. Dan ada dua tempat untuk sewa basikal. Ikut la kauorang nak sewa kat mana. Aku sewa yang ada carrier punya sebab nak bawak Aqif kan. Tapi maaflah ye basikal dia a lil bit besar bagi aku. Terkangkang aku nak menaiknya. Hahahaha dah la pakai jeans. Ok lainkali kita pakai baju sesantai. Tu nasib tak pakai heels. T__T kalu pakai la aku ingat memang fashion victim namanya. Peliks je kan orang tengok kau pehal kayuh beskal pakai heels. Dah nak mampussss. Hahahaha.

Erm ermm boleh pecah lemak ok beriadah kat sini dengan kayuh basikal dengan carry Aqif. Setiap saat aku suruh dia pegang peganggg nanti tak pegang jatuh ehh memang nak jatuh dah pon tau maluu saya. Nasib baik Aqif takde pape kemudian aku kena marah dengan Daddy. Ehh Aqif dok sibuk nak tengok lori lepas tu goyang goyang... aku mana bolehhh.

Nak mandi pool tapi pool dah kena booking. Hahahahaha melampau tau. Aku baru ingat nak perkenalkan Dareez dengan swimming. Hari tu kat Johor sekejap je merasa... tak puas budak tu. Dah la dia kepantangan tengok air. Tu belum lagi aku bukak air pancut kat dalam bilik air... menderu dia datang macam aku nak tinggalkan dia. Eh ni nak pergi kat umi ke nak main air??




Dareez Zaumar menyeri hari Umi, Daddy dan abg Aqif.
Dah nak masuk setahun tapi tak serupa budak umur setahun pon.
Takpalah, janji sihat dan aktif kita bersyukur je ok.
Meh nak geli geli kat ketiak tu. Hahahahah



Ada Taman Haiwan, Taman Orkid... taman itu taman ini kemudian ada Extreme Park lagi. Uishh memang tak larat le nak pergi sana naik basikal. Kita naik Shuttle Bus je. Hati tak kental. Hahahaha lepas tu kan sebenarnya dalam tu ada chalet/rumah penginapan. Sebab aku tengok eh apa ramai bawak kereta masuk dalam ni. Ooo rupanya diaorg dah checkin kat situ so kereta boleh la bawak masuk. Ishh kalau aku tahu awal memang duduk lah berkampung kat situ. Bukan apa, tak puas nak explore. Sebab nak pergi satu satu taman tu jalan agak berbukit so ko mampu nak naik basikal??? Ghentikanlah. Hahahah Orang gems memang macamni so maafkanlah beliau.




Jambatan gantung pon ada tapi Aqif poyo buat buat takuit jalan separuh je lepas tu dah. Hahahaha apadaaa tak mencabar langsung, Penat hokeh nak layan bujang besar ni. Kalau stop kat satu place tu memang ko stick kat situuu jela, Tak tahu la dia nak explore ke atau memang habit dia tengok lama lama. Nasib baik umi kau tabah orangnya. Itu kat rusa tu memang lama. Tah hape dia belek taktau la. Aku dah rimas dengan carry Dareez lagi. Daddy kasi can dia berehat. Kita give n take. Ni pon aku siap siap bawak bekal the zaumar. Siapkan makan, minum susu bagai baru ajak meronda ronda lagi. Kesian anak weyy lapaq bak hang. Umi kenalah prepare awal awal. Biarkan anak anak beriadah dengan perut yang kenyang. Hehehehe


Hebat sangat kan kahkahkah

Lepas pulangkan basikal kita naik shuttle bus pergi tempat yang extreme tu. Owner basikal pon cakap, abg akak nak naik basikal boleh.. tapi nanti basikal yang bawak abg akak. Hahahah amboii kau ingat akak tak larat yee. Nak kena ni. Eh tapi betullah... masa otw ke atas tu aku tengok ada lah couple couple usung basikal. Tak larat lettew. Jalan pon boleh tahan curam dan bengkang bengkok. So double hati hati.

 Fail betul aku nak wefie wefie satu family ni.
Maklomlah tangan kemetot  -___-

Haaa nilah dia tempatlah. Happening ok.
Masa ni ada orang book untuk birthday party anak dia.
Eh bestlah..buat party kat sini.
Something different ai like.

Lalu jelah tak singgah pon sebab dah penat. Ada flying fox, jalan bertali kat atas pokok eh banyaklah tak reti aku nak explain satu satu. So wajib next trip tapi kena tunggu budak budak besar sikit. Sementara tunggu budak besar mak kau dah bunting lagi satu kahkahkahkahkah amboiiii mulut masin kang caneeee. Ok tak kelakar ye. Aku target 2 tahun nak dapat baby baru or lebih spesifik dalam umur 32, 33 ke kannn. Insyallah mudah mudahan. Perancangan kena ada. Anak anak nak membesar perlukan perhatian mak bapak. Sekarang pon aku rasa tangan macam sotong, hectic week sometimes... so i need my family planning.

Lepas ni tak perlu soalan klise, bila Dareez nak dapat adik?

Aku jawab je, erm erm maybe lagi 3 tahun sebab saya dah pasang implan.

KAHKAHKAHKAHKAH

Bai.





Thursday, March 26, 2015

Sakit Mata

Hai hai hai kembali lagi bersiaran setelah beberapa lama tak jenguk belog sendu ni. Kihkihkih. Woihh soo super busy last week. Ekceli kan last week aku MC start dari hari Rabu sampai Isnin ni disebabkan sakit mata. Sakit yang bukan biasa okeh ni sakit kat biji mata hitam tu ada ulser kaler putih. Aaaaa tolonglah scary.

Mula mula macam biasa la pergi keja then memang dah ada rasa mata kanan ni macam berpasir pasir. Bila pakai lense jadi tak selesa... tapi ku layankan jua. Hinggalah hari Selasa jadi makin teruk, mata merah tapi takde taik mata so esoknya pergi Mediviron tapi doc klinik tu cakap ini bukan sakit mata. Terus dia buat refer letter untuk aku jumpa pakar. Glup glup jugaklah aku telan ailio. Takuit sejarah lama berulang kenbali. Ni semua pasal lense la kan. Dulu pun pernah jadi jugak tapi bukan ulser. Mata kering then efek ke keliling biji mata hitam. Tapi tu dulu punya cerita. La ni lain kes pulak.

So ke PPUM lah aku.

Spotted putih tu dah nak jadi ulser kalau lambat dirawat or kalau aku buat sambil lewa tak pergi jumpa pakar. So for the 1st step mata kanan ni kena cuci dengan iodin. Sila bayangkan ye dia dok pancut air kat mata kemudian ditenyeh tenyeh mata ini dengan kain/kapas entahlah tak boleh nak describe sebab geli geli kot. Hahahaha. Aku dah gelak gelak sebab baju basah dah. 

Doc tu memang dah syak ni pasal contact lense la apa lagi. Merasa lah aku kena bebel sejenak. Terus taubat taknak pakai lense dah hahahaha eh iye ke tu?

1st day mata merah aku syak sakit mata terus aku rembat Dareez punya ebm.
Nak ikut petua orang dulu dulu lah katanya.
Penawar sakit mata adalah susu ibu.
Hahahahahahaha

Tu yang last week mendapatlah aku MC lama bawak ke minggu ni. Hiks. Tapi tulah MC pon bukan duduk rumah... kena followup checkup everyday every morning. Balik rumah dah tengah hari mana nak kemas rumah nak masak lipat baju lagi. Kahkahkah kemahin banyaknyee kerja rumah ngko iye. The Zaumar of course la aku hantar ke rumah pengasuh dia. Takde kerja okeh nak ngangkut mereka pagi pagi buta pergi hospital. Cannot. Kang tak pasal mata aku lagi sakit. Hehehehehe.

Sebelum jumpa pakar mata, doc ambil keterangan dulu 
cewahhh ayat tak boleh belah.

Sementara tunggu turn baiklah kita main sudoku.
Eh iolls tak pegnen anak ke-3 lagi ye.
Ni memang habit kalau sedang menunggu giliran.
Bazir masa ai tau.
Kalaulah boleh bawak kain baju untuk dilipat, aku orang pertama yang bawak.
Mihmihmih

Seee. Takuit. Pinar pinar mata ai.
Masa ni doc mata tu pergi bilik sebelah nak double confirmkan dengan doc lain.
Tah pebender tah ada ke nak suruh aku admitted.
Haruslah aku tolak.

Actually aku cuak jugak sebab mata kot mata kot. Aset penting ok. Terus terbayang kang mata buta sebelah cemana nak kerja... cemana nak pantau perkembangan anak anak. Alaa buta takutnyaaa. Punyalah berfikiran negatif aku ni.

So far next week kena follow up balik. Harap harap la ulser tu dah semakin ok. Ni aku selamba badak je pakai spek Daddy yang hantaran punya. Nak buat cemana, spek rayban dah patah anak bujang iolls yang kerjakan. Spek sebelum rayban mmg dah patah gak T___T semakin sedeh hidup aku hahahaha. Hoi spek ibarat nyawa kedua aku hokay. La ni semenjak sakit mata, kat rumah aku tak pakai pon spek or kurangkan penggunaan spek. Saja nak free kan mata. Dan kalau pakai pon kan aku rasa takda beza antara pakai ke tak sebab kau pon pakai spek orang hahahahahaha. Eh paham tak apa yang aku cakap tu. Lantak la. Malas nak fikir. Esok baru buat spek baru.


Aku rasa penggunaan contact lense selepas ini mungkin... mungkin laaaaa tak pakai kot. Krik krik krik. Teghase taubat seketika. Ishh dulu dah jadi, kali ni jadi lagi... kau ghase apa petanda? Takkan nak kena kali ke 3, 4, 5 dan seterusnya??? Nak kena makian free dari Daddy kesayangan ke? Eh haruslah taknak... aku kan nak jadi isteri solehah -___-





Wednesday, March 11, 2015

3series Birthday

Eh aku tak cerita lagi eh birthday Daddy? Hahahaha kelupaan aku. Maklomla kejap kerja pagi kejap kerja petang... lama lama aku pon fening, So tanggal 2hb Mac hari tu birthday Daddy kesayangan beta. Dah masuk 3series dah weyyy. Apapon tak boleh. 

HAPPY BIRTHDAY DADDY.

Semoga penambahan umurmu seiring dengan peningkatan iman dan taqwa. Ameen.


Setiap kali birthday kena ambil gambar ye. Sebab dalam kepala otak ni dah create idea macam macam. So itulah rupa masa umur 30an. Mihmihmih. Umur 30an bergambar dengan anak dua. Esok 40an, 50an cemana ceritanya?

Hadiah hadiah takdolah wey. Bajet bulan ni lari jauh. So nanti ye. Memang ada plan nak celebrate kat mana tapi tunggu dulu. Nak kena cari masa yang sesuai sebab kalau boleh biar 2-2 cuti supaya dapat meluangkan masa bersama dengan lebih kualiti. Eh? Hahahaha takdo kena mengena dengan warna biru.



Birthday Daddy tapi yang excitenya Aqif. Hahahaha. Actually dari beberapa minggu yang lepas Aqif dok nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu... aku macam eh kesiannya birthday dia lambat lagi. So masa birthday Daddy kena jugak beli kek walaupon retis tu takde la teruja sangat. Aku memang cepat kesian kat anak ok lebih lebih lagi bila anak kau dah mengerti keadaan disekeliling dia.

Ada lah dalam doplohpat kali tiup lilin sampai dah naik cair sampai dah kena sound dengan Daddy. Tapi Aqif rileks jeee apa dia kisah. Yang dia tahu nak tiup lilin dan hembus. Kahkahkah.

Ada video tapi tak sampai hati pulak aku nak menguploadnya mengenangkan keadaan rumah masa tu macam kapal baru lepas perang. Hihihi -___- Buat simpanan sendiri aje lah.






Tuesday, March 10, 2015

Mood kelaut

Ni la akibatnya setelah dua bulan lebih aku kerja pagi straight, kemudian start minggu ni back to normal. Huwaaaa. T__T terus badan tak boleh terima kahkahkah. Semalam pukul 9pm dah ngantuk. Apa taknya, selalu kat rumah tu time tidurkan anak anak bujang. So secara tak langsung aku pon ketiduran jua. Ngam ngam 1120pm terjaga terus menggelupur get ready nak punch out. Aaaaaaa.

Apa la khabar anak anak bujang beta tu. Daddy dah lama tak jaga diaorng sendirian. Takut hilang skill je kang. Semalam aku call nk tanya khabar, Daddy cam kelam kelibut. Ohh Dareez berak. Hahahahah. Merasa la ye cebok anak bongsu awak tu. Selama ni tak pernah lagi diceboknya. Tapi bagus gak, bonding time with daddy banyak la kan. Tidak tu asyik kojoooo je. Anak anak pulak memang rapat dgn dia. Asal Daddy balik je baru bukak pintu... Dareez laju laju merangkak meraih simpati nak kat Daddy. Tak nyempat nyempat. Hoi dah lupa umi ke.

Aku risau ni. Eh risau ke? Tak lah. Aku sebenarnya rindu. Sebab dah lama kan tak kerja malam. Sekali kerja malam haa hamik ko... terus teghase rindu kat anak terutamanya si Dareez. Dah la nak tidur suka menyondol kemudian suka hempas badan sesuka hati. Silap silap hempas kepala kena bibir aku. Esok je tengok apahal ada darah beku ni -____- tak boleh belah betullah.

Alaaa rindu laaaa.

Ustazah kata kalau rindu anak baca Al-Fatihah. Niat dalam hati semoga Allah pelihara anak anak kita. Oklah nak baca ni.
Bai!





Thursday, March 05, 2015

Update



Anak pengasuh memang rajin update perkembangan anak anak kat rumah tu. Seee. Orang nak makan epal dia pon nak jugek. Tak dibagi kang tahu ye kawan kawan budak ni mengamuk pastu nangis. Dah macam orang besar sangat tau. 

Mak dia tak potong kecik kecik epal tu sebab takut Dareez tercekik. So bagi je yg sebijik besar tu. Hahahaha. Puaslah awak makan. Mana taknya, gigi atas dah 4, bawah pon 4. Ni ailio asyik meleleh aku syak nak tumbuh gigi lagi, Bubur dah tak lalu. Nak nasik lembik kepal kepal. Apa apa lah nak, janji awak makan. Heeee.

Idris's Clan Family Day Trip 2015 - Part 2


Day 3 and last day


Pagi pagi subuh dah kemas barang nak balik. Sekali breakfast sekali kita checkout. Tapi before tu kena la main bowling bagi mencukupkan syarat penggunaan fasiliti resort. Kahkahkah.







A complete set of Idris and Rugayah sons and daughters.
Eh tapi napa ada cucu cucu menyelit??

So cukup lah 22nd family of member Idris's clan.







Settle semua baru shoot pergi Melaka visit saudara kat sana. Singgah pulak late lunch kat Malim Ikan Bakar yang sangat sangat fullhose cam hagham hahahaha. Orang ramai, lauk dah nak habis, perut lapa... aaaaaa. Padan muka. Tapi sempat ah jugak rembat ikan bakar kembung je pon yang tinggal dua ekor. Alhamdulillah kenyang tapi kan maaf cakap Ikan Bakar Istana lagi superb. Hehehehe. Ke tak kena dengan tekak aku... ke cemana? Ok abaikan.

Diaorang singgah Masjid Cina Melaka
Kitaorang?? 
Terlajak jalan hahahahaha
Aqif tu sebab dia naik dengan pakngah dia.









 Gambar paling rare sebab nak paksa Aqif bergambar senang je...
Bawakkan naik beskal.
Hahahahahah


Sekian saja percutian kali ni. Lain kali tak tahu lokasi mana pulak ye. Hahahahaha. Akak dah hint hint vote for Sabah pelishh. Wow wow wow. Kena menabung dari sekarang tu. Flight tiket bape hengget ye kawan kawan?

Gambar ada yang tapis tapis. Nak tepek sini semua apa ingat ini album ke.  Kang ada pulak yang muntah darah tengok aku feeling jelita sokmo. Kahkahkah. Ok aku tak kurus ye... ada lemak sana dan sini. Tadi baru timbang 47kg. Nak nangis ke nak ketawa terbahak bahak ke tak tau la. Makan dah control tapi resultnya tidak lah memberangsangkan. Aku ingat dah lose 2kg. Dapat 45 ke 44 ke wuuuuuu barulah rasa pwincess.

Ok tak kelakar lah.
Bai!