life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, March 11, 2015

3series Birthday

Eh aku tak cerita lagi eh birthday Daddy? Hahahaha kelupaan aku. Maklomla kejap kerja pagi kejap kerja petang... lama lama aku pon fening, So tanggal 2hb Mac hari tu birthday Daddy kesayangan beta. Dah masuk 3series dah weyyy. Apapon tak boleh. 

HAPPY BIRTHDAY DADDY.

Semoga penambahan umurmu seiring dengan peningkatan iman dan taqwa. Ameen.


Setiap kali birthday kena ambil gambar ye. Sebab dalam kepala otak ni dah create idea macam macam. So itulah rupa masa umur 30an. Mihmihmih. Umur 30an bergambar dengan anak dua. Esok 40an, 50an cemana ceritanya?

Hadiah hadiah takdolah wey. Bajet bulan ni lari jauh. So nanti ye. Memang ada plan nak celebrate kat mana tapi tunggu dulu. Nak kena cari masa yang sesuai sebab kalau boleh biar 2-2 cuti supaya dapat meluangkan masa bersama dengan lebih kualiti. Eh? Hahahaha takdo kena mengena dengan warna biru.



Birthday Daddy tapi yang excitenya Aqif. Hahahaha. Actually dari beberapa minggu yang lepas Aqif dok nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu... aku macam eh kesiannya birthday dia lambat lagi. So masa birthday Daddy kena jugak beli kek walaupon retis tu takde la teruja sangat. Aku memang cepat kesian kat anak ok lebih lebih lagi bila anak kau dah mengerti keadaan disekeliling dia.

Ada lah dalam doplohpat kali tiup lilin sampai dah naik cair sampai dah kena sound dengan Daddy. Tapi Aqif rileks jeee apa dia kisah. Yang dia tahu nak tiup lilin dan hembus. Kahkahkah.

Ada video tapi tak sampai hati pulak aku nak menguploadnya mengenangkan keadaan rumah masa tu macam kapal baru lepas perang. Hihihi -___- Buat simpanan sendiri aje lah.






No comments: