life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 31, 2015

Family Bonding: Bukit Cerakah / Taman Botani Shah Alam

KL dengan Selangor ni banyak je tempat untuk kita beridah bersama family, friends, etc... cuma kita je yang tak rajin nak explore. Tak rajin tu satu, kemudian maybe ada antara kita yang lebih gemar pergi mall. Ok aku tak ye... kadang kadang kalo ada tujuan nak membeli tu oklah... tapi kalau sajaaa... ermm ermm kena fikir doplohpat kali. Aku tak faham lah kat KL ni shopping mall banyak... tumbuh macam cendawan baru lepas hujan... tapi hari hari pon ramai orang. Hehehehe cannot go aku.

So minggu tu memang tak kemana... rasa macam kesian pulak anak nak bujang dok terperap kat rumah. Ikutkan haku memang nak bermalasan jeeee well u know me. Kerja rumah tak pernah nak habis -___- percayalaaaah. Kalau lah rumah bawah.....

Okok so lets kita beriadah. Disamping tu boleh la the zaumar menikmati keindahan alam. Esok kalau dah pindah Semenyih kita panjat Broga Hill pulak. :P

 Daddy sound setepek, camera Iphong cerah melampau.
Ehhhh, suka saya laaaaa.
 Sebenarnya yee tu dua dua anak bujang saya.
Saya dah bernikah  nak masuk 4 tahun dah this year ^__^


Ni nak cerita pasal beskal since aku upload kat IG share kat FB. Beskal ni boleh sewa ikut jam. Dan ada dua tempat untuk sewa basikal. Ikut la kauorang nak sewa kat mana. Aku sewa yang ada carrier punya sebab nak bawak Aqif kan. Tapi maaflah ye basikal dia a lil bit besar bagi aku. Terkangkang aku nak menaiknya. Hahahaha dah la pakai jeans. Ok lainkali kita pakai baju sesantai. Tu nasib tak pakai heels. T__T kalu pakai la aku ingat memang fashion victim namanya. Peliks je kan orang tengok kau pehal kayuh beskal pakai heels. Dah nak mampussss. Hahahaha.

Erm ermm boleh pecah lemak ok beriadah kat sini dengan kayuh basikal dengan carry Aqif. Setiap saat aku suruh dia pegang peganggg nanti tak pegang jatuh ehh memang nak jatuh dah pon tau maluu saya. Nasib baik Aqif takde pape kemudian aku kena marah dengan Daddy. Ehh Aqif dok sibuk nak tengok lori lepas tu goyang goyang... aku mana bolehhh.

Nak mandi pool tapi pool dah kena booking. Hahahahaha melampau tau. Aku baru ingat nak perkenalkan Dareez dengan swimming. Hari tu kat Johor sekejap je merasa... tak puas budak tu. Dah la dia kepantangan tengok air. Tu belum lagi aku bukak air pancut kat dalam bilik air... menderu dia datang macam aku nak tinggalkan dia. Eh ni nak pergi kat umi ke nak main air??




Dareez Zaumar menyeri hari Umi, Daddy dan abg Aqif.
Dah nak masuk setahun tapi tak serupa budak umur setahun pon.
Takpalah, janji sihat dan aktif kita bersyukur je ok.
Meh nak geli geli kat ketiak tu. Hahahahah



Ada Taman Haiwan, Taman Orkid... taman itu taman ini kemudian ada Extreme Park lagi. Uishh memang tak larat le nak pergi sana naik basikal. Kita naik Shuttle Bus je. Hati tak kental. Hahahaha lepas tu kan sebenarnya dalam tu ada chalet/rumah penginapan. Sebab aku tengok eh apa ramai bawak kereta masuk dalam ni. Ooo rupanya diaorg dah checkin kat situ so kereta boleh la bawak masuk. Ishh kalau aku tahu awal memang duduk lah berkampung kat situ. Bukan apa, tak puas nak explore. Sebab nak pergi satu satu taman tu jalan agak berbukit so ko mampu nak naik basikal??? Ghentikanlah. Hahahah Orang gems memang macamni so maafkanlah beliau.




Jambatan gantung pon ada tapi Aqif poyo buat buat takuit jalan separuh je lepas tu dah. Hahahaha apadaaa tak mencabar langsung, Penat hokeh nak layan bujang besar ni. Kalau stop kat satu place tu memang ko stick kat situuu jela, Tak tahu la dia nak explore ke atau memang habit dia tengok lama lama. Nasib baik umi kau tabah orangnya. Itu kat rusa tu memang lama. Tah hape dia belek taktau la. Aku dah rimas dengan carry Dareez lagi. Daddy kasi can dia berehat. Kita give n take. Ni pon aku siap siap bawak bekal the zaumar. Siapkan makan, minum susu bagai baru ajak meronda ronda lagi. Kesian anak weyy lapaq bak hang. Umi kenalah prepare awal awal. Biarkan anak anak beriadah dengan perut yang kenyang. Hehehehe


Hebat sangat kan kahkahkah

Lepas pulangkan basikal kita naik shuttle bus pergi tempat yang extreme tu. Owner basikal pon cakap, abg akak nak naik basikal boleh.. tapi nanti basikal yang bawak abg akak. Hahahah amboii kau ingat akak tak larat yee. Nak kena ni. Eh tapi betullah... masa otw ke atas tu aku tengok ada lah couple couple usung basikal. Tak larat lettew. Jalan pon boleh tahan curam dan bengkang bengkok. So double hati hati.

 Fail betul aku nak wefie wefie satu family ni.
Maklomlah tangan kemetot  -___-

Haaa nilah dia tempatlah. Happening ok.
Masa ni ada orang book untuk birthday party anak dia.
Eh bestlah..buat party kat sini.
Something different ai like.

Lalu jelah tak singgah pon sebab dah penat. Ada flying fox, jalan bertali kat atas pokok eh banyaklah tak reti aku nak explain satu satu. So wajib next trip tapi kena tunggu budak budak besar sikit. Sementara tunggu budak besar mak kau dah bunting lagi satu kahkahkahkahkah amboiiii mulut masin kang caneeee. Ok tak kelakar ye. Aku target 2 tahun nak dapat baby baru or lebih spesifik dalam umur 32, 33 ke kannn. Insyallah mudah mudahan. Perancangan kena ada. Anak anak nak membesar perlukan perhatian mak bapak. Sekarang pon aku rasa tangan macam sotong, hectic week sometimes... so i need my family planning.

Lepas ni tak perlu soalan klise, bila Dareez nak dapat adik?

Aku jawab je, erm erm maybe lagi 3 tahun sebab saya dah pasang implan.

KAHKAHKAHKAHKAH

Bai.





No comments: